Bab 36

Romance Series 22582

Hah apa yang kau tercegat lagi kat situ..tutup la lampu tu aku nak tidur?! Kata Rizqi Zafarel.

Erm..saya nak tidur mana ? Tanya Syara yang masih berdiri menunggu balasan si suami.

Kat sofa tu lah mana lagi...kau jangan harap dapat tidur sebelah aku eh..yang boleh tidur sebelah aku cuma Isteri aku je. Perkataan Isteri itu ditekankan oleh Rizqi terhadap Syara.

Syara menundukkan kepalanya. Jujur dia berasa terkilan dengan bicara Tengku Rizqi. Syara mengambil bantal dari katil Tengku Rizqi dan meletakkannya di atas sofa. Lampu bilik hanya dibiarkan hidup oleh Syara.

Tengku Rizqi terjaga dari lenanya. Tekaknya terasa haus. Matanya terpandang ke arah Syara yang sedang tidur kesejukan tanpa beralaskan selimut.

Selimut lain yang berada di dalam wardrobenya diambil kemudian dibentang menyelimuti tubuh isterinya.

"maaf buat masa ni, aku masih tak dapat nak terima kau sebagai isteri aku walaupun kita berdua sudah sah sebagai suami isteri." monolog Tengku Rizqi Zafarel sambil memandang sayu wajah manis yang sedang lena dibuai mimpi.

Sinaran matahari yang terang benderang membuat Syara terjaga dari lenanya. Syara melihat ke arah jam di dinding yang sudah pun menginjak ke angka 8 pagi.

Ya Allah ! dah jam 8 , aku dah lambat. Kata Syara kemudian melihat ke arah katil yang sudah kosong tanpa kelibat Tengku Rizqi.

Dia kemudian berlari masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Syara yang melihat keluarga barunya yang sedang menikmati sarapan pagi di meja makan menyapa mereka mesra.

Assalamualaikum.. " ucapnya

Waalaikumsalam, hah Syara mari duduk sarapan. Pelawa Tengku Idris.

Syara hanya menganggukkan kepalanya.

Syara minta maaf bonda, Syara tak tolong bonda sediakan sarapan. " Ucapnya serba salah.

Alaa takpe, bonda faham lah ..... Che Sal ada tolong bonda.. yang kat sebelah bonda ni pun bangun awal bukannya tolong bonda , tolong tengok adalah..." perli Tengku Hanis kepada Raisya.

Alaa bonda ni...perli achik pula." Kata Raisya jengkel.

betul apa bonda cakap... " belum sempat Tengku Hanis menghabiskan ayatnya Tengku Idris menyampuk bicara mereka.

hah dah-dah....awak ni pun, beralah sikit dengan anak depan rezeki... " Tegur Tengku Idris.

Saya nak mengajar anak abang yang sorang ni,kalau tak sampai bila dia nak macam ni....nanti takde yang nak dekat dia ni tau." Balas Tengku Hanis.

Tengku Idris hanya mendiamkan diri tanpa membalas bicara isterinya.

"Alaa bonda takpe la sampai masa raisya tu nanti hah pandai la dia nak belajar itu ini." bela Rizqi.

"Kamu lelaki apa tahu...bonda nak mengajar anak dara sorang ni supaya nanti bila dah kahwin tak memalukan bonda, tak kekok nak buat kerja-kerja dapur kat rumah mertua ?! " Balas Tengku Hanis geram kerana Rizqi turut membela anaknya itu.

" Sudah la tu nis, depan rezeki ni kan...awak duk membebel je bila nak habis. " Kata Tengku Idris menghentikan bebelan isterinya namun disebalik itu, dia turut bangga mempunyai seorang isteri yang suka menegur anak-anaknya. Terserlah sifat keibuannya.

Rizqi pergi dulu..Riz dah lambat ni, ada meeting dengan Datuk Zainal." Ucapnya tanpa memandang ke arah Syara yang berdiri untuk menyalami tangan Rizqi tetapi disambut sebaliknya hanya berlalu pergi.

Semua yang sedang duduk dan bersarapan bersama-sama hanya memerhati dengan pandangan yang sayu tanpa mengeluarkan bicara.

Hah ni.. Syara bila nak masuk pejabat balik ? Papa bukan apa, papa kesian dengan Azierah tu ke hulu ke hilir dia nak buat kerja...mana lagi nak jadi PA sementara Riz yang muka ketat memanjang tu dengan kerja dia lain pula bertambah. Kata Tengku Idris lembut.

"Insyallah pa, esok Syara masuk pejabat balik." Syara minta maaf kalau Syara menyusahkan semua orang." Keluhnya perlahan.

"Takpe Syara papa tak marah Syara pun..Papa cuma tanya je...mana lah tahu kan kalau kamu jumpa dengan Riz kat office, kat rumah selalu terbuka pintu hati dia terima kamu." balas Tengku Idris.

Hah nis, saya nak pergi dah ni.." katanya kepada tengku Hanis..

Mari bang, saya hantar awak kat depan." Sambung Tengku Hanis ramah.

Namun dalam hati, Syara berharap sangat-sangat Allah permudahkan urusannya dan bukakan pintu hati Rizqi untuk terima dia sebagai seorang isteri.

bersambung......

• Author minta maaf sangat² sebab lama tidak update ... Kesihatan tidak mengizinkan sangat lagi² Assignment+project banyak perlu disiapkan dengan kelas lagi setiap hari.
• Insyallah Author akan siapkan story ni cepat².

• Ending you guys prefer macam mana ? Sedih ? Happy ? Tergantung HEHEHE ... ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience