BAB 5

Romance Completed 18497

Ditelek wajahnya dicermin. Pipinya kelihatan bengkak dan bercalar. Peritnya masih terasa. Apa salah aku? Soal hati Mashitah . Keluh dilepas perlahan. Mashitah melangkah keluar dari bilik air. Dari jendela masih terlihat adegan lakonan penuh gedik Nayra dan Zareef.

Zareef seperti gaya biasanya, tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, tegak berdiri. Nayra dengan tiada segan silu memeluk erat pinggang Zareef.

“ Allah, kuatkan hatiku..” bisik Mashitah perlahan. Hatinya terguris melihat adegan itu, biarpun Zareef kelihatan tidak membalas sebarang reaksi. Mashitah terluka, dia sendiri tidak pernah merasa mesra hangatnya pelukan suami, kenapa Nayra yang mampu merasainya? Dengannya, Zareef cuma lebih kepada tanggungjawab, hanya seperti melunas tanggungjawabnya sebagai suami. Mashitah mengeluh sendiri.

Kepala Mashitah seolah-olah dihempat batu besar. Terasa berat untuk diangkat. Terasa perit untuk terus berdiri. Usai solat maghrib, Mashitah terus baring di atas katil. Mungkin setelah berehat kepalanya akan kembali sihat.

“ Reef.. Mashitah tak turun makan lagi?” Soal Mak Katy, melihatkan Zareef sedang ralit membuat kerja diruang tv.

“ Masa Ree masuk bilik, dia tidur, and masa keluar pun Ree tengok dia tidur lagi.” Jawab Zareef dengan matanya fokus kepada kerja-kerjanya.

“ Dia tak makan lagi tu, tengah hari tadi pun tak makan, isteri kamu tu ada gastrik.” Ujar Mak Katy penuh risau.

“ Biarlah dia tidur, karang dia bangun, dia makan la Mak Katy.” Jawab Zareef acuh tak acuh.

“ Pergi kejut dia Han..” Tutur Mak Katy lembut. Zareef memandang Mak Katy yang masih tetap ditempatnya. Mak Katy bagai ibu kandung Zareef, suruhan Mak Katy tidak pernah dibiarkan.

“ Okey Mak Katy, Reef pergi jemput menantu kesayangan Mak Katy.” Mak Katy hanya ketawa kecil mendengar tutur kata Zareef.

Pintu bilik dikuak perlahan. Mashitah masih tidur, itu yang dilihat dari kaca mata Zareef. Nak tak nak, Zareef terpaksa mengejutkan Mashitah . Nanti bising pula Mak Katy. Mashitah kelihatan letih, pucat. Zareef duduk disebelah Mashitah yang sedang asyik terlena.

Deru nafasnya kedengaran tidak teratur. Perlahan-lahan Zareef menyentuh jari jemari Mashitah . Sejuk beku? Pantas Zareef meletakkan belakang tangan di dahi Mashitah . Allah! Panasnya.

“ Nanti Mak Katy bawak naik tuala dan air suam ye. Han pergi call doktor.” Ujar Zareef sebaik turun ke dapur. Resah, bagaimana Mashitah boleh tiba-tiba demam. Petang tadi, dia melihat Mashitah baik-baik sahaja. Mak Katy juga terkejut, dengan pantas Mak Katy menurut pesanan Zareef sebentar tadi.

“ Ni kainnya Han..” Mak Katy menghulurkan kain tuala kecil dan semangkuk air suam kepada Zareef yang sudah pun berada di dalam bilik.

“ Mak Katy tuamkanlah..” Zareef menolak.

“ Kamu suami dia, jadi ini tanggungjawab kamu juga Han..” Zareef mengeluh kecil mendengar kata-kata Mak Katy. Dia tahu, cuma tidak biasa. Zareef kembali melabuh punggung disisi Mashitah yang masih lena. Dibetulkan baringan Mashitah . Rambut Mashitah yang menutupi wajahnya, dia kalih perlahan dan betulkan.

“ Kenapa dengan muka Mashitah Mak Katy?” Soal Zareef sebaik terlihat kesan calar dan lebam dipipi Mashitah . Mak Katy cuba menelek.

“ Ish.. tak tahu pulak kenapa, macam kena tampar aje ni..” Zareef mendengus keras. Nayra !

“ Mak Katy ada perasaan atau dengar apa perbualan Nayra dengan Mashitah petang tadi?”

“ Takde la pulak, Nayra cuma tanya dekat Mak Katy, Mashitah mana, tu aje.” Jawab Mak Katy jujur.

“ Ni mesti kerja Nayra ni. Tak habis-habis nak kacau hidup Han.” Rungut Zareef, sedikit keras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience