BAB 7

Romance Completed 18497

“ Kalau ada masa..” Jawapan yang mengundang air mata Mashitah . Hatinya pasti, dia akan merindui Zareef untuk 8 bulan ini. Kenapa payah untuk Zareef mengerti perasaan dia? Apa yang harus dilakukan?

“ Sabar. Menjadi seorang isteri, kesabaran kita sering teruji. Jadi kuncinya, tetapkan iman, tetapkan hati untuk terus bersabar. Ingat cu.. Allah selalu bersama dengan orang-orang yang bersabar.” Kata-kata Tok Usu menjengah ke ruang telinga Mashitah usai solat maghrib. Telekung yang masih menutupi kepalanya dibuka perlahan. Perut yang masih tiada bentuk itu diusap perlahan.

“ Ibu sayang dengan Papa, Ibu janji dengan baby, untuk terus bersabar. InsyaAllah, Papa akan datang ambil Ibu dan baby dalam masa terdekat nih.” Mashitah bersuara perlahan seolah-olah berbual dengan bayi di dalam rahimnya. Pada Allah Mashitah berserah segalanya.

Laungan suara Tok Usu dari dapur, menyedarkan Mashitah dari lamunannya. Segera telekung dan sejadah dilipat dan diletak kemas di atas katil. Rambutnya yang kian panjang, disisir rapi dan dikepit sekemasnya. Langkah diatur perlahan ke dapur. Tok Usu sudah sedia dengan juadah makan malam. Siap dengan jus lobak merah yang Mashitah idam-idamkan petang tadi. Tok Usu sangat baik!

“ Esok Mashitah balik rumah ye.” Tok Usu bersuara sedang kami asyik menikmati juadah makan malam. Mashitah terkejut dengan berita yang dinanti-nantikannya. Takkan secepat ini Zareef berubah? Detik hati Mashitah .

“ Abang Zareef nak ambil Mashitah balik ye Tok Usu?” Soal Mashitah , gembira bercampur bahagia. Mashitah tersenyum-senyum sendiri.

“ Tak. Mashitah balik sendiri, Tok Usu dah siapkan kereta dengan Haji talib petang tadi.” Senyuman Mashitah mati.

“ Kenapa Tok Usu? Abang Zareef tahu?” Mashitah bersoal, gusar.

“ Tak. Tok Usu nak Mashitah balik, tempat Mashitah bukan dekat sini, tapi di sisi suami. Suami mahu atau tidak, Mashitah tetap tanggungjawab dia.” Tok Usu bersuara sedikit tegas. Mashitah hanya terdiam, jemarinya menguis perlahan nasi yang masih banyak di dalam pinggannya.

“ Jangan takut, Tok Usu ada rancangan buat Mashitah . Mashitah nak Zareef sayangkan Mashitah kan?” Tok Usu seakan mengerti perasaan Mashitah yang berbelah bagi tika itu.

“ Memang la nak Tok Usu, nak dia sayang Mashitah , cintakan Mashitah dan terima anak Mashitah dengan dia... tapi Mashitah takut dengan dia, mesti dia terkejut tengok Mashitah kat rumah nanti.” Rintih Mashitah perlahan sambil tangannya mengusap perlahan perutnya. Hatinya seakan boleh membaca masa depan, reaksi dan tingkah Zareef sudah dia rasakan pabila dia tiba di rumah kelak.

“ Mashitah balik, nanti Tok Usu bagitau apa yang Mashitah perlu buat. Jangan risau. Janji Allah itu pasti, kalau benar Zareef jodoh Mashitah , dia tetap milik Mashitah buat selamanya. InsyaAllah.” Mashitah hanya menganggukkan sedikit kepalanya, biarpun bersetuju namun hatinya tetap resah menanti reaksi Zareef ketika melihat dia.

Langkah kakinya diatur keluar dari perut kereta Haji Talib. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam itu, Mashitah hanya mendiamkan diri. Bukan mahu berlaku tidak sopan begitu, tetapi hatinya berkocak kuat, takut! Apa yang Zareef akan lakukan? Marah? Jerkah?

“Ya Allah, jangan biarkan aku takut dengan insan yang telah Kau tetapkan untuk aku sebagai pemimpin perjalanan hidupku..”Doa Mashitah di dalam hati.

“ What? Kenapa Tok Usu hantar dia balik... nanti siapa nak jaga dia?” Zareef sangat tersentak dengan berita yang Tok Usu sampaikan. Alasan tiada siapa akan jaga dipertahankan jua, sedang orang tua itu boleh membaca dengan sejelasnya, ia adalah sekadar alasan yang dibuat-buat oleh Zareef.

“ What with your what? Mashitah is your wife. Siapa yang pilih dia? Zareef kan? Siapa yang kahwin dengan dia? Zareef kan? Siapa yang buat dia mengandung? Zareef kan? Jadi Zareef la yang jaga, bukan Tok Usu. She is your wife, your responsibility! Tok Usu tak pernah ajar cucu Tok Usu lari daripada tanggungjawab!” Tazkirah khas buat cucu tersayang Ahmad Zareef Syarhan Syah. Zareef hanya diam tidak terkata, dia sedar itu, tapi hatinya terasa resah tiap kali memandang Mashitah . Bagaimana pula jika perut Mashitah kian membesar nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience