BAB 9

Romance Completed 18497

“I never realise that I’ve been married to a mute?” Zareef menyindir Mashitah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

“Saya mintak maaf. Saya...” Mashitah bersuara perlahan dan dipintas Zareef yang kembali berdiri.

“Okay. Awak duduk bilik bawah aje, baik untuk awak dan kandungan. Mak Katy balik kampung untuk beberapa hari. Jadi nanti urusan rumah awak kena urus. And now, siap-siap kita keluar.” Zareef pantas memberi arahan. Kunci di dalam kocek di keluarkan.

“Kita nak ke mana?” Zareef hanya memandang dan berlalu.

“20 minit should be enough.” Ujar Zareef sebelum pintu kembali tertutup. Mashitah hanya mengeluh kecil. Bila Zareef akan berlembut dengannya? Mashitah melangkah menjinjit begnya ke bilik berhadapan ruang tamu itu. Mashitah tahu, Zareef sengaja mencipta helah dengan membiarkan dia duduk di bilik bawah, Zareef mahu mengelak daripadanya, Mashitah pasti!

“Barang dapur semua takde, lepas makan ni saya bawak awak pergi pasaraya, and you can buy anything that you needs there.” Zareef bersuara setelah lama suasana antara mereka senyap membisu.

Zareef masih tunduk menjamah makanan di depannya tanpa sedikitpun memandang Mashitah . Mashitah hanya mengangguk perlahan biarpun sedar Zareef tidak nampak anggukannya itu.

Selepas keluar daripada Restoran Masakan Kampung itu, mereka beriringan ke kereta. Sesekali Mashitah menelek jam ditangan. Baru pukul 2.00, dia tak kerja ke? Mashitah bersoal sendiri.

Zareef yang sudah jauh ke depan, dikejarnya dengan lari-lari anak. Tanpa kawalan, kakinya terpelecok dan dia jatuh terduduk di kaki lima itu.

“Aduh!” Mashitah memegang kakinya yang terasa sengal-sengal dan menyucuk itu. Zareef yang sudah berada ke kereta, berpaling dan kemudian kelihatan berlari laju ke arah Mashitah yang terduduk di kaki lima. Reaksinya nampak kalut!

“Are you okay?” Suara Zareef apabila hampir kepada Mashitah . Mashitah hanya mengangguk dengan kerutan di dahi, menahan sakit kakinya.

“Are you okay?!” Soal Zareef lagi. Kini sedikit tegas, tangannya memegang kedua-dua bahu Mashitah , erat. Mashitah memandang terus ke wajah Zareef yang penuh dengan riak yang tidak dapat ditafsir oleh Mashitah yang dalam masa yang sama menahan kesakitan dikakinya.

“Saya okay, tapi kaki ni sakit sikit.” Jawab Mashitah tergagap-gagap. Zareef mengangguk laju dan memandang Mashitah atas bawah.

“Your...your.. it is okay?” Mashitah tidak faham apa yang ingin disoal Zareef, dia memandang Zareef dengan wajah penuh tanda soal.

“Baby... okay? Sakit?” Mashitah tersenyum kecil dan hanya mengangguk. Dalam hati, beribu kesyukuran Mashitah panjatkan ke hadrat Ilahi dengan keprihatinan Zareef tika itu kepada kandungannya. Baru hendak cuba bangun, Zareef menarik kasut yang dipakai Mashitah , agak kasar. Kasut itu ditayang depan mata Mashitah .

“You are pregnant, but you wearing this heel?” Wajah Zareef tika itu, menakutkan Mashitah hingga membuatkan Mashitah bersuara namun tidak kedengaran, hanya bibirnya yang bergerak-gerak.

“Bukak kasut awak ni... and wait here.” Zareef mencabut sebelah lagi kasut Mashitah dan terus berjalan ke arah keretanya. Mashitah hanya memerhatikan gerak geri Zareef. Nak cakap apa-apa pun tidak berani setelah melihat ketegasan Zareef. Beberapa saat kemudian, kelibat Zareef kelihatan kembali ke arah Mashitah yang sudahpun bangun berdiri dengan kaki ayam. Zareef menyerahkan seliparnya kepada Mashitah .

“But... its too big.” Mashitah merungut manja. Zareef menyuakan lagi dengan pandangan menikam.

“Big but safe.” Tegas suara Zareef. Mashitah mencebik dan mengambil selipar itu dan terus menyarungnya. Besar! Boleh tumpang seorang lagi dibelakang. Zareef menahan tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience