BAB 21

Romance Completed 18497

“Ibu mintak maaf Zareef... Ibu buat semua ni sebab bencikan mama kamu, dia perampas! Dia rampas Ayah dari ibu!”

“Mawar pilihan Ismail . Tak ada isu rampas!” Tok Usu cuba menegakkan kebenaran.

“Mak Usu tak tahu apa-apa, Ismail dengan saya dah lama bercinta, tapi Mawar yang datang menggoda!”

“Aku tahu lah, aku ni Mak sedara Mawar dan kamu tu pun anak sedara aku. Kamu dengan Mawar sepupu, kamu lupa tu?!”

“Saya tak lupa, sebab tu saya benci dia!”

“Benci sampai kamu fitnah dia?”

“Saya tekad untuk buat apa sahaja untuk dapatkan Ismail !”

“Kau bukan cintakan Ismail , tapi harta dia!”

“Ye. Memang! Puas hati Mak Usu? Semua orang sayangkan Mawar . Tapi saya? Semua yang saya buat salah, sampai Ismail yang sepatutnya berkahwin dengan saya tapi akhirnya memilih Mawar . Sejak hari tu saya tekad buat apa saja asalkan Ismail jadi milik saya!” Datin Aziah bersuara kuat. Zareef masih tidak mengerti.

“Sampai kau bodohkan Ismail ?”

“Ye! Memang saya bodohkan dia, supaya saya boleh dapatkan dia!”

“Tapi kau fitnah Mawar !”

“Saya terpaksa!” Datin Aziah menangis teresak-esak.

“Saya tak faham Tok Usu...” Zareef mencelah. Datin Aziah menghampiri Zareef dan terus duduk memeluk kaki Zareef.

“Maafkan ibu nak...” ....................... Dari tadi dia hilang dalam fikirannya sendiri, Mashitah masih termenung di jendela. Petang itu, sebaik dihalau oleh Zareef. Terus sahaja dia menelefon Tok Usu yang kebetulan dalam perjalanan. Baru hendak keluar dari rumah, Mak Katy dan Pak Ngah Brahim sudah berada di laman rumah. Tok Usu menyuruh dia duduk dirumahnya, lebih baik daripada pulang ke kampung.

Takut nanti Mak dan Ayah bersoal macam-macam, kata Tok Usu ada betulnya. Dia tak mahu Mak dan Ayah tahu masalahnya. Lamunannya terhenti dek spancaran cahaya lampu kereta yang memasuki perkarangan rumah Tok Usu.

Pantas dia melangkah ke bilik bagi mencapai tudung. Setelah itu, terdengar suara orang memberi salam. Suara yang dia kenal. Kenal sangat. Terketar-ketar tanyanya membuka selak pintu.

“Han...?” airmata sudah berkolam di tubir mata Mashitah, melihatkan kehadiran Zareef di situ membuatkan dia menitiskan air mata. Air mata sedih, gembira dan pelbagai rasa. Semua rasa bercampur baur. Zareef menarik tangannya, dan kemudian terus memeluk Mashitah yang berdiri di muka pintu. Erat dan tak mahu dilepaskan.

“Demi Allah, Mashitah tak buat semua tu. Mashitah takkan sanggup buat semua tu. Percayalah” Mashitah menjelaskan lagi. Zareef mengangguk-angguk.

“Han tahu Mashitah . Han tahu. Han mintak maaf. Maafkan Han.” Mereka berdua berendam air mata. Lama mereka begitu. Setelah beberapa seketika, mereka mengambil tempat di kerusi rotan. Air mata Mashitah dikesat lembut oleh Zareef, dan Mashitah mengesat linangan air mata Zareef dengan jemarinya yang halus.

“Han mintak maaf sebab halau Mashitah petang tadi. Seriously, I’m out of my mind. Semua tu mengejutkan Han.”

“Mashitah nak Han percaya satu benda. Walaubagaimana benci Han pada Mashitah , Mashitah redha. Mashitah takkan pernah sanggup nak bodohkan suami Mashitah sendiri.” Zareef mengangguk laju, ditarik Mashitah merapatinya dan mengucup hangat dahi Mashitah .

“Han percayakan Mashitah . Han terlalu ikutkan amarah. I’m so sorry sayang.” Mashitah menggenggam tangan Zareef erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience