BAB 6

Romance Completed 18497

“ Nanti Mak Katy bawakkan ubat ye.” Mak Katy tidak tahu mahu kata apa apabila Nayra menjadi persoalan. Dari Zareef belasan tahun lagi, Nayra sudah tergila-gilakannya. Biar sejuta kali Zareef menolak, lebih sepuluh juta kali Nayra akan terus menggoda.

“ Kejap lagi Doktor Lita akan sampai, Mak Katy suruh dia ke atas terus ye.” Mak Katy mengangguk faham dan berlalu keluar. Zareef menelek perlahan wajah mulus isterinya. Luka dibibir Mashitah disentuh perlahan dengan jari.

“ Maaf, bukan aku sengaja, hati ini serik pada yang bernama wanita.” Bisik hati kecil Zareef. Ketukan dipintu mengejutkan dia dari lamunan. Doktor Lita dan Mak Katy. Zareef beralih tempat, dan memberikan ruang kepada doktor Lita untuk memeriksa Mashitah yang masih terlena. Setelah beberapa minit berlalu, Doktor Lita siap memeriksa dan mengemas barang-barangnya. Dikeluarkan satu buku dari beg bimbitnya dan menulis sesuatu. Kertas itu diserahkan kepada Zareef dengan senyuman.

“ You should take care of her from now. Tahniah Zareef, kurang 9 bulan dari sekarang awak akan jadi Papa.” Ujar Doktor Lita, Zareef terkedu dan ternganga. Zareef tidak tahu mahu berkata atau memberikan reaksi yang bagaimana. Dilihat Mak Katy tidak putus-putus mengucap syukur. Doktor Lita pula tersenyum sedari tadi. Kertas digenggam dibelek bagai tembus hingga ke lantai. Ah! Aku belum sedia dengan semua ni! Jerit batin Zareef sendiri.

Tubuhnya dihenyak ke atas sofa. Kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi hanya dipandang tidak berperasaan. Jiwanya celaru! Masih terngiang-ngiang ucapan tahniah Doktor Lita sebentar tadi dan ucapan syukur Mak Katy yang tidak putus-putus. Mukanya diraup beberapa kali.

“ Aku yang nak kahwin dengan dia. Aku yang buat dia macam tu. Ah! Apa aku dah buat ni??!” persoalan-persoalan yang timbul dalam kotak fikiran Zareef tika ini. Celaru, sangat celaru! Zareef merengus perlahan. Badannya disandarkan ke sofa. Kepalanya diletakkan mengadap syiling. Wajah Mashitah kelihatan, mLita tersenyum. Mashitah tiada salah, tapi dia.

“ Kandungan masih kecil, 3 weeks, masih lemah, jadi awak kena pastikan Mashitah tak buat kerja berat, tak boleh stress, kalau boleh kena happy-happy la. Makan dia kena jaga. Ingat tau Zareef, awak dah nak jadi Papa ni” pesanan Doktor Lita masih lagi kedengaran. Lita kawan sejak zaman persekolahan lagi.

Waktu Baba sakit, Doktor Lita juga yang merawat, sejak dari itu, Doktor Lita secara rasminya menjadi doktor keluarga Zareef. Pernah Baba merisik, tetapi hati si doktor muda itu sudah terisi. Zareef sedikit kecewa, kerana Doktor Lita pernah menjadi kekasihnya waktu mereka di tingkatan 3.

Fikiran Zareef masih lagi merewang ke semua benda yang membuat dia celaru. Bagaimana dia mahu menghadap Mashitah ? Dan apa reaksi terbaik yang mampu dia berikan bila perut Mashitah sudah kelihatan dan apa perlu dilakukan bila Mashitah sudah melahirkan anaknya?

Semua itu membuatkan Zareef makin celaru. Dia belum bersedia, banyak rahsia dia simpan. Banyak perkara perlu dia selesaikan.

Mashitah ? Mashitah bagaikan satu kesilapan yang besar Zareef lakukan. Semata-mata penat dengan permainan Datin Aziah, Mashitah menjadi pertaruhan. Zareef terus berfikir jalan terbaik yang perlu dilakukan. Tok Usu, nama itu menjengah ke ruang fikiran. Tok Usu jalan penyelesaian!

“Untuk beberapa bulan ni, awak pergi tinggal dengan Tok Usu. Saya tak pandai jaga orang mengandung.” Arahan dari Zareef yang membuat Mashitah sedikit terguris dan sedih. Mashitah hanya mahu berada di sisi Zareef. Rasa ingin mendampingi Zareef lebih kuat kebelakangan ini. Berita kehamilannya membuatkan dia memahami mengapa perasaannya kepada Zareef tersangat kuat kebelakangan ini.

“ Saya boleh jaga diri, biar saya duduk rumah ni je ye.” Tutur Mashitah perlahan dan cuba di atur rapi supaya tidak menimbulkan kemarahan Zareef.

“ Rumah Tok Usu lagi selesa, tenang, sesuai untuk orang mengandung muda macam awak.” Bila Zareef sudah bagi satu arahan jangan harap kita boleh ubah arahannya. Siapa yang mampu melawan kata-kata seorang peguam merangkap CEO muda?

“ Awak akan datang jenguk saya dekat sana nanti?” Mashitah soal lagi. Zareef yang sedang membetulkan tali leher memandang Mashitah yang sedang duduk dibirai katil melalui cermin solek. Pandangan yang tajam membuatkan Mashitah tunduk mengukur lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience