BAB 3

Romance Completed 18497

“ Eloklah balik, tak lalu Ibu nak tengok muka budak kampung ni, berkerak seribu tak habis-habis pakai baju kurung, kau banyak duit cuba tolong belika baju yang bertamadun sikit!” Zareef menyalami tangan Datin Aziah dan berlalu.

Mashitah terkocoh-kocoh bangun untuk mengikuti suaminya. Dihulurkan tangan untuk bersalam, namun tak disambut Datin Aziah . Mashitah teringat kata-kata Datin Aziah sewaktu malam pernikahan mereka.

“ Tak betah dan Geli aku nak duduk lama-lama dekat rumah kayu ni, dah la panas, berhabuk pula tu.” Kata-kata yang membuatkan keluarganya makan hati. Mak Katy sudah awal-awal lagi berpesan kepada dia dan keluarga mengenai sikap Datin Aziah.

Bila dengar cerita tak berapa sakit hati, bila kena batang hidung sendiri, benar pedihnya menusuk ke lubuk hati paling terdalam!

“ Bang, kenapa Ibu tak suka dengan Mashitah ?” Soal Mashitah sewaktu dia dan Zareef dalam perjalanan pulang ke rumah Zareef. Mashitah memandang wajah suami yang menikahinya semalam. Wajah lelaki yang serius dan tiada riak mahu memberikan jawapan kepadanya.

Mashitah masih belum faham dengan sikap Zareef, suaminya. Sejak dia sah bergelar isteri Zareef semalam, suara Zareef hanya didengarinya sewaktu akad nikah, dan sebentar tadi. Waktu mereka berdua, Zareef hanya senyap tidak bersuara.

“ Maafkan Mashitah ye bang..” Ujarnya bila Zareef tidak memberi respon kepada soalannya. Pandangan dilemparkan ke depan, namun fikiran masih kepada suaminya, Zareef.

“Aku da buat salahkah?” detik hati kecil Mashitah .

Bagasi pakaiannya yang dibeli dari Mydin Mall dikeluarkan dari perut kereta. Zareef sudah awal lagi masuk ke dalam rumah. Mashitah tidak berdaya ikut rentak sikap Zareef. Apa yang salah langsung dia tak mengerti.

Namun, kedatangannya disambut ceria oleh Mak Katy dan suami, Pak Ngah Brahim . Pak Ngah Brahim merupakan bapa saudara kepada sepupu Ayah Mashitah .

“ Sabar ye Mashitah , Han memang macam tu..” Ujar Mak Katy ketika membantu Mashitah mengemaskan pakaiannya, Zareef sudah awal lagi pergi ke pejabat.

Baru masuk hari kedua bergelar pengantin, Zareef sudah masuk ke pejabat. Jika difikirkan memang tidak logik dan seakan Zareef cuba menjauhi Mashitah tapi itulah hakikatnya. Mak Katy sendiri terkejut dengan tingkah Zareef, entah apa yang difikirkannya.

“ Mashitah belum kenal abang Han Mak Katy, insyaAllah, Mashitah akan cuba faham dengan sikap dia.” Jawab Mashitah jujur, segarit senyuman dihadiahkan, namun siapa tahu, hatinya sedang rancak memikirkan kenapa dan mengapa Zareef bersikap sedemikian.

“ Tahu kenapa Mak Katy pilih Mashitah untuk Zareef?” Soal Mak Katy dengan senyuman membunga. Mashitah hanya menggeleng dengan riak hairan.

“ Sebab Mak Katy kenal Mashitah dari kecil lagi. Mashitah seorang gadis yang sangat penyabar. Dalam keluarga Mashitah , Mashitah paling diam dan paling sabar. Dari Mashitah kecik, Mashitah yang sentiasa mengalah dengan adik beradik Mashitah , buatlah apa pun Mashitah hanya diam dan sabar.” Mashitah tersenyum mLita. Hanya mengangguk. Mak Katy juga. Mashitah sedar, ada rintangan dan dugaan besar dalam perkahwinannya ini.

“ Abang taknak breakfast?” Soal Mashitah setelah melihat kelibat suaminya melintas ruang makan. Zareef berpaling, dipandang meja makan dan Mashitah berselang seli.

“ We have been married for two month. Did you ever see me having my breakfast?” Zareef tidak menjawab tapi kembali menyoal Mashitah dengan soalan sinis. Mashitah hanya mengangguk dan tertunduk lemah. Ya, Zareef tidak pernah ambil sarapan, dan tidak pernah menjamah air tangan Mashitah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience