BAB 18

Romance Completed 18510

“Kan banyak lagi barang. Nak beli apa lagi?” Zareef sekadar mengangkat kening.

“Saya dah cuci peti sejuk. Kemas dapur. So kena beli barang semula lah. Barang yang lama banyak yang dah tak elok”

“Maksud Han, Han buang semua tu?” Zareef hanya mengangkat bahu.

“Cepat siap, kita pergi sekarang. Pasar borong pagi kat bangi masa ni banyak barang lagi, murah pulak tu.” Mashitah hanya menurut kata, namun kepalanya masih berfikir. Kenapa mesti buang? Pelik!

“Han nak Mashitah masak apa hari ni?” Mashitah yang siap memakai tali pinggang keledar menyoal Zareef yang mula memandu.

“Rasanya lama tak makan, ikan keli cili masak tempoyak.” Mashitah tergaru-garu dagu yang tak gatal. Tempoyak? Mana mau cari?

“Kalau ada jual tempoyak, boleh lah, sekarang kan dah musim ke belum lagi?” Zareef menjungkit bahu.

“Tu je? Lagi?” Mashitah menyoal lagi. Zareef mengetuk-ngetuk stereng kereta dengan hujung jarinya sambil berfikir.

“Kalau takde tempoyak, Mashitah buat asam pedas ikan pari. Sedap jugak tu.” Mashitah hanya mengangguk. Seronok, hari ini pertama kali dia akan memasak untuk Zareef.

“Selalu dekat luar makan apa?” Zareef memandang Mashitah sekilas.

“Ikut mana yang sedap dan apa yang tekak nak. Tapi saya tak cerewet.” Mashitah menjuih bibir. Tak menepati soalan.

“Yang sedap tu apa?” Zareef tersenyum, tahu Mashitah mahu jawapan yang spesifik.

“Mana yang terasa nak makan, sambal ikan ke , gulai ke, kalau tak tahu ayam goreng aje.”

“Tu je, baik masak kat rumah.” Mashitah merungut.

“Saya tak makan kan...” Zareef tidak suka hal itu dibangkitkan.

“Kenapa?” Mashitah cuba mengorek rahsia.

“Rahsia t la... tak boleh cerita lagi.”

“Tak boleh cerita lagi, kira nanti akan cerita?” Mashitah teruja.

“Mungkin.”

“Ala...” Zareef ketawa melihat reaksi Mashitah yang kecewa.

“Sumpahlah?! Sunggu saya tak percaya. Kenapa Mashitah buat saya macam ni Mashitah ?” Mashitah yang sudah berendam air mata tidak mampu berkata apa. Bekas ditangan Zareef itu sungguh bukan miliknya. Mana mungkin dia melakukan semua itu, syirik! Khurafat!

“Demi Allah, Mashitah takkan pernah sanggup buat suami Mashitah macam tu. Percayalah Han, bukan Mashitah punya.” Zareef menekup wajahnya. Bekas itu dicampak ke atas lantai.

“Dah tu kalau bukan awak siapa punya. Tahu tak sekarang ni cuma tinggal kita dua je di rumah ni!’’ Suara Zareef menempelak.

“Astagfirullah... Astagfirullah...AllahuAkhbar!

“ Mashitah menenang diri sendiri. Terkejut dia sebaik pulang daripada rumah jiran kerana ingin menjemput kenduri doa selamat malam esok, melihat Zareef yang sudah berdiri di depan pintu dengan bekas berbalut kain kuning bertali merah ditangannya.

“Please explain it to me Mashitah . Jelaskan!” Zareef menjerkah lagi. Mashitah tersentak.

“Apa yang saya nak cakap? Macam mana nak jelaskan, Mashitah tak tahu. Bukan Mashitah punya..” Ujar Mashitah , cuba di raih tangan suaminya, namun ditepis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience