BAB 14

Romance Completed 18497

“I’m tired Mashitah , saya nak naik berehat.” Zareef menjawab perlahan dan terus sahaja mengangkat barangnya dan terus naik ke biliknya. Mashitah memandangnya sepi. Kecewa, mungkin!

“Erm...” Mashitah mengeluh, sekali lagi dia melabuhkan duduk ke sofa. Rindu dan sunyi. Dua rasa itu bersarang dihati. Sejauh mana Zareef menerimanya? Bila boleh merasa hangat tangan Zareef menyentuh perut yang terisi nyawa milik bersama ini. Teringin. Mashitah sangat teringin merasa seperti ibu lain. Berkongsi penat, sakit dan bahagia saat hamil bersama suami tercinta. Bilakah dia akan merasakan semua itu.

“Mashitah ... Mashitah ....” Zareef yang baru turun ke tingkat bawah terperasaan kelibat Mashitah yang masih di sofa. Apabila sampai ke tepi Mashitah , terdengar dengkuran halus daripada Mashitah . Hairan kenapa Mashitah tidur di sofa, lalu terus sahaja dia mengejutkan Mashitah .

“Mashitah , kenapa tidur kat sini...?” Zareef cuba mengejut Mashitah dari lena. Mashitah kelihatan tergerak-gerak sedikit. Namun gerakan yang dibuat menyebabkan kesakitan disekitar pinggangnya. Mashitah mengaduh kecil.

“Eh... kenapa ni? Mashitah okay?” Zareef tunduk melutut separas duduk Mashitah . Bahu Mashitah dipegang lembut. Sekali sekala, wajah Mashitah diusap perlahan.

“Sakit sikit... aduhhh...” Mashitah mengetap bibirnya menahan sakit.

“Sikit apa ni, dah macam sakit sangat aje.” Zareef bersuara sedikit tegas bercampur risau.

“No... selalu macam ni... kejap lagi okay la...” Zareef mengeluh perlahan. Sungguh dia tidak tahu apa-apa.

“Kenapa tidur sini?” Zareef bersuara lagi apabila Mashitah kelihatan semakin selesa.

“Mashitah tertidur. Han tak tidur lagi?” Zareef yang sedari tadi bertinggung dihadapan Mashitah kini bangun berdiri.

“Nak turun minum air. Mashitah masuk bilik, tidur ye.” Zareef seolah memberitahu namun seperti memberi arahan. Biasalah CEO. Waktu Zareef ingin melangkah ke dapur, lengannya Mashitah capai, lembut menggenggam. Zareef kalih memandang Mashitah .

“Malam ni, Mashitah nak mintak Han teman Mashitah tidur boleh?” Zareef berkerut dahi. Mashitah cuba mengatur kata.

“Malam ni aje,boleh?” Zareef menggaru kepala yang tidak gatal dengan tangan kirinya, tangan kanan masih setia dipegang Mashitah .

“Okay, but saya pergi minum dulu ye.” Mashitah tersenyum gembira. Mashitah mahu meminta sesuatu daripada Zareef, dan langkah pertama kepada permintaannya itu sudah tercapai. Sepanjang perjalanan ke dapur, Zareef masih terfikir-fikir, mudah pula dia menuruti permintaan isterinya itu. Sebelum ini payah, mesti ditolak. Ah! Mungkin kasihan. Yelah, melihat dia menanggung sakit sendirian akibat perbuatan dia. Bukan perbuatan sengaja, tapi tanggungjawab. Erk! Zareef tergeleng-geleng sendiri.

“Mashitah , where were you?!” Mashitah ditalian masih tergagap-gagap setelah mendengar jerkahan demi jerkahan Zareef. Salah apa lagi?

“I’m asking you again Mashitah , where were you?!” Mashitah sudah bermain air mata, dengan esakan dia cuba menjawab.

“Mashitah dekat Mall... beli barang.”

“Pukul berapa sekarang? Barang apa lagi tak cukup? Kenapa tak cakap dekat saya? I want you to come back home right now, immediately!” Soalan per soalan dan arahan. Mashitah terkaku dan hanya mengangguk, biarpun anggukan itu tidak dilihat oleh Zareef. Setelah talian dimatikan, Mashitah terus sahaja bergegas keluar dari Mall dan menahan teksi. Hatinya berdetak hebat. Takut untuk berhadapan dengan Zareef.

“She’s just going to Mall Ibu, apa nak besar-besar hal nih.” Datin Aziah memandang anak tirinya itu dengan jelingan.

“Zareef kahwin dengan dia ibu tak pernah setuju tau. Kahwin aje dengan budak tu, cakap ibu langsung taknak dengar ye? Jadik Zareef nak kata ibu fitnah dia?” Zareef mengeluh berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience