BAB 16

Romance Completed 18497

“Mashitah ...” Zareef memanggil Mashitah yang tiba-tiba merajuk. Tangan yang digenggamnya direntap perlahan oleh Mashitah . Mashitah terus sahaja masuk ke dalam bilik langsung tidak mempedulikan dia yang memanggil.

“Aduh... aku lupa apa pulak? Macam mana nak pujuk ni...?” Zareef merungut sendiri. Mashitah menarik selimut menutup badannya. Terasa letih kakinya, sudah enam bulan usia kandungan. Terasa makin berat mahu melangkah. Kebas-kebas kaki terasa diseluruh kakinya. Mashitah bangun kembali, menyandar tubuhnya ke kepala katil. Minyak panas di meja tepi itu di ambil. Semakin sukar, dulu waktu perut tidak begitu besar, masih boleh dan mudah untuk dia mengurut kakinya sendiri. Ni la padahnya merajuk tak kena masa. Mashitah mengutuk diri, jauh di sudut hati, berharap Zareef akan datang dan menemani Mashitah tidur seperti setiap malam sejak empat bulan lalu.

“Merajuk lagi, kan dah susah diri.” Suara itu menyentakkan Mashitah yang sedang berusaha untuk mengurut kakinya. Mashitah hanya mencebik, dia membetulkan duduknya. Zareef melangkah menghampiri katil dan duduk betu-betul dihujung kaki Mashitah . Mashitah mengalih muka ke tempat lain. Merajuk kan.

“Mintak-mintak anak dalam perut ni tak ikut muka ibu dia waktu merajuk, buruk!” Zareef sekadar mengusik Mashitah .

“Mashitah memang buruk. Tak kisah.” Zareef menggigit lidah sendiri. Silap lawak! Perlahan minyak panas ditangan Mashitah di ambil. Cepat-cepat Mashitah menarik kakinya, tidak mahu diurut oleh Zareef. Zareef ketawa kecil. Bersungguh Mashitah merajuk dengannya.

“Alah... saya gurau aje Mashitah .” Suara Zareef sambil kembali menarik kaki Mashitah untuk diurut. Mashitah mengeluh lemah. Dia betul-betul tak pandai merajuk, tambah-tambah dengan Zareef. Mashitah asyik memandang Zareef yang sedang mengurut kakinya. Sejak kandungannya berusia 5 bulan, dan sejak kakinya mengalami kekejangan, Zareef yang selalu menjadi tukang urutnya.

“Malam ni, saya teman awak tidur lagi ye. Nak sambung surah semalam, mengantuk semalam, tak habis saya baca.” Mashitah tersenyum dan mengangguk perlahan. Permintaannya dahulu diterima baik oleh Zareef. Permintaan Mashitah yang mahu suaminya menemani tidur malamnya dengan alunan al-quran. Elok untuk bayi yang dikandungnya.

“Betul ke baca surah Yusoff anak yang keluar nanti segak?” Zareef tersenyum kecil dengan soalan Mashitah .

“Papa dia hensem dah, so memang akan segak, tampan dan macho lah.” Mashitah mencebik.

“Perasaan pulak.” Zareef ketawa lagi.

“Bagus amalkan membaca al-quran. Bukan surah Yusoff aje, semua surah. Mendidik anak kena bermula dari sebelum dilahirkan. Sebaiknya dari diri kita sendiri, ingat tu.” Panjang lebar Zareef menasihati isterinya. Mashitah yang mendengar hanya tersenyum. Suka, suka bila bersama suaminya, berdua begitu.

“Ingat. InsyaAllah... tapi...” Mashitah berhenti di situ, menimbulkan tanda tanya kepada Zareef.

“Tapi?” Zareef menyoal lagi.

“Bila nak hilang dingin Han pada Mashitah ?” Mashitah berani mempersoalkan soalan ‘panas’ itu. Entah mengapa, hatinya terasa berani. Zareef yang sedang mengurut kaki Mashitah , terhenti sebentar, sesaat dua dan kemudian meneruskan lagi. Mashitah mengecilkan matanya memandang Zareef.

“Bila Han...?” Mashitah menyoal lagi, kali ini, dia menarik tangan Zareef yang sedang mengurut kakinya.

“Bila saya dingin? Saya baik aje lah.” Zareef menjelir lidah kepada Mashitah . Bergurau.

“Saya serius la. Main-main. Nak tidurlah.” Ujar Mashitah , terus sahaja dibetulkan bantal dan berbaring. Dibiarkan Zareef memandangnya. Zareef ketawa kecil. Mashitah makin manja, makin berani dan makin sensitif. Itu yang dia sedar. Mashitah berbeza dengan Mashitah yang mula dinikahi dulu. Dulu Mashitah diam dan lebih suka memendam rasa.

“Tidurlah, saya ambik wudhuk kejap.” Zareef terus sahaja melangkah ke bilik air dalam bilik itu. Mashitah yang tadi sudah memejam mata kini kembali membuka mata dan melihat langkah Zareef dengan keluhan kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience