BAB 4

Romance Completed 18497

Zareef alien ke? Pernah beberapa kali soalan itu terpancul diruang minda Mashitah , dengar lucu tapi... entah!

“ Abang tak pernah makan kat rumah pun..” Mashitah ‘ter’merungut! Ditekup mulutnya perlahan. Mashitah sedar dia terlepas cakap.

“ So? I have told you right? Do I have to repeat it again?!” Nada suaranya makin keras kedengaran. Mashitah sudah gelabah.

“ Mashitah mintak maaf.. Mashitah takkan buat lagi..” Setelah mendengar jawapan Mashitah , Zareef pantas melangkah keluar kereta. Mashitah hanya memandang sepi. Tiada salam, tiada kucupan pagi. Perkahwinan ini sekadar menjauhkan paksaan Ibu dengan calon-calon menantunya sahaja. Mashitah tertunduk lemah di meja makan. Mana mungkin dia lupa kata-kata suaminya itu waktu pertama kali dia memasak dirumah itu.

“ I never ate at my house. Then awak tak payah masak.” Mashitah mendengus lemah. Entah apa yang perlu dilakukan dirumah itu.

Masak tak payah, kemas? Mak Katy melarang. Ya Allah, aku tidak dilahirkan untuk hanya bergoyang kaki. Jerit hati kecil Mashitah . Dicapai telefon bimbitnya dan buku nota, langkah diatur ke ruang taman belakang rumah.

Tak disangkal, rumah Zareef memang besar dan punya ruang laman yang sangat luas. Tapi isinya kosong! Punggung dilabuh atas gazebo. Telinga disumbat dengan earphone, muzik yang perlahan dipasang sebagai halwa telinga.

Buku nota dibuka, dan pena diambil. Jarinya teringin menulis sesuatu hari ini, mungkin kisah hatinya. Mungkin persoalan kepada sikap suaminya. Itulah hobi Mashitah , pantang ada masa terluang, pasti berkepit dengan pen dan kertas.

Pernah juga di ‘sound’ adiknya sendiri, Mashitah seolah-olah ketinggalan zaman, orang sekarang berkepit dengan not bukan lagi kertas dan pen. Mashitah hanya tersenyum. Bukan tiada, cuma keselesaan itu berbeda.

“ Kau pekak ke!” tarikan earphone daripada telinga secara tiba-tiba dan jerkahan itu membuatkan Mashitah terloncat dari duduknya. Dadanya ditepuk perlahan. Fuh..semangat!

“ Aku cakap dengan kau, kau boleh dek!” Mashitah memandang wajah gadis dihadapannya, diteleknya ralit. Tidak dikenalinya, tapi wajah yang tebal dengan bedak itu jika tidak bersolek pasti lebih cantik.

“ Hoi! Aku datang tak suruh kau telek muka aku la, aku tau la aku cantik dari kau!” Nayra menempik penuh geram. Mashitah tersedar dari lamunan. Huih! Pukau sungguh wajah dia yang mengerikan nih! Bisik hati kecil Mashitah hingga terukir senyuman dibibir Mashitah tanpa dia sedari. Jari runcing Nayra menunjal kepala Mashitah membuatkan Mashitah tersentak dan terus berdiri. Pantang!

“ Cik datang cari siapa?” soal Mashitah tegas. Nayra menjeling.

“ Cari kau la perempuan kampung! Bodoh!”

“ Watch your words!”

“Do I care? Kau memang perempuan kampung, perampas!” Mashitah mendengus geram. Perempuan dihadapannya terlalu lancang berkata-kata.

“ Perampas? Bila pulak saya merampas hak awak?”

“ Zareef tu sepatutnya jadi milik aku, bukan kau!” Mashitah tersenyum menyindir.

“ Dah termaktub, Abang Zareef suami saya, dan tiada isu rampas kat sini.” Ujar Mashitah tegas. Nayra geram. Mashitah seolah-olah mencabarnya.

“ Tak guna..” Tamparan hebat Nayra hinggap diwajah Mashitah . Mashitah terkesima. Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia ditampar. Ayah atau abangnya tidak pernah berbuat demikian. Mashitah anak yang patuh dan taat. Terasa bibirnya perit sekali.

“ Nayra , what are you doing here?” suara Zareef menjengah ke ruang telinga. Kedua-dua mereka kalih pandangan ke arah Zareef yang berada ditepi rumah.

Mashitah menekup pipinya yang masih perit. Nayra melangkah penuh liuk lentuk ke arah Zareef. Malas untuk melihat drama yang seterusnya, Mashitah terus masuk ke rumah melalui pintu belakang. Bibir yang berdarah dicuci perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience