BAB 17

Romance Completed 18510

Alunan bacaan ayat-ayat suci al-quran itu, menenangkan Mashitah dan juga bayi dalam kandungannya. Suara Zareef mendayu-dayu tika mengalunkannya. Jernih wajahnya kelihatan dengan songkok yang dipakai.

Mashitah terus sahaja terlena dengan mudah. Zareef yang selesai membaca Al-quran meletakkan dengan baik Al-quran itu di meja sisi katil. Perut Mashitah yang sudah jelas kelihatan membesar, diusap perlahan-lahan sambil berselawat. Diciumnya perlahan dan dikucup ubun-ubun Mashitah dengan penuh kasih sayang.

“Berikan abang masa. Abang cuba melupakan semuanya.” Bisik Zareef perlahan ditelinga Mashitah , dan kemudian membaringkan tubuhnya disebelah Mashitah . Tangannya erat memeluk perut Mashitah , seolah memeluk Mashitah dan bayi mereka bersama.

“Mashitah tunggu.” Mashitah berbisik kembali dan turut membalas pelukan itu. Zareef terkejut dan terus ketawa kecil. Mashitah makin nakal!

“Apa yang saya lupa?” Zareef menyoal Mashitah sekali lagi.

“Hari ni kan saya ada check up. Han kata nak teman, tapi tak muncul-muncul. Mashitah merajuk, tu yang keluar sendiri. Last-last kena marah. Tu lah kan, berdosa keluar tanpa izin.” Mashitah berkata-kata seolah tiada perkata besar yang perlu dibangkitkan.

“Astagfirullah. Han lupa lagi. Maafkan saya Mashitah . Saya abaikan tanggungjawab saya.” Mashitah menggeleng laju.

“Tiada apa yang perlu dimaafkan. Salah Mashitah juga tak beritahu awal, macam Mashitah tak tahu Han busy. Hal firma lagi, hal syarikat ayah lagi.” Zareef tersenyum dengan jawapan Mashitah . Selalu mengalah!

“Jom kerja dengan Han.” Zareef cuba menawarkan peluang buat Mashitah . Mashitah menggeleng lagi.

“Mashitah taknak kerja, Mashitah nak capai cita-cita yang belum tercapai.”

“Cita-cita?”

“Jadi suri rumah berjaya.”

“Belum tercapai?”

“Yelah, tak tercapai lagi, entah bila.”

“Kenapa? Bukan dah jadik suri rumah ke?”

“memang suri rumah tapi tak berjaya.”

“Kenapa tak berjaya pulak?”

“Yelah, macam mana nak berjaya, suami asyik makan kat luar aje.” Zareef terkedu sendiri. Kena sebijik atas muka. Senyap tiada soalan atau jawapan. Terus sahaja dia berdengkur. Mashitah ketawa dalam hati. Padan muka! Kat luar muka garang macam singa, bila tidur pejam mata dengkuran pun dah macam bunyi singa mengaum.

Mashitah masih duduk berteleku di atas tikar sembahyang. Panjang doanya seperti selalu. Bermohon agar dibukakan pintu hati suaminya untuk menerima dia sepenuhnya. Bermohon agar hubungan mereka makin erat. Telekung ditanggalkan, dan disidai kemas. Rambutnya yang sudah panjang mencecah pinggang disikat kemas dan dikepitkan bersama. Langkah di atur keluar bilik, jam sudah menunjukkan pukul 8 , Zareef mesti sedang bersiap-siap ke tempat kerja.

“Hai Mak buyung bangun lambat ke?” Terkejut Mashitah dengan suara yang tiba-tiba itu. Zareef?

“Han tak siap lagi? Nak menung dalam kereta ke kejap lagi?” waktu begini kalau belum keluar, alamatnya sesak la jalan raya. Semua berkejar-kejar cari rezeki.

“Nope, hari ini saya off... cancel semua meeting, dan... hari ini saya nak awak masak.” Mashitah terkedu. Masak? Biar betul?

“Seriuslah?” Mashitah menyoal bagi mendapatkan kepastian. Zareef yang tika itu bergoyang kaki di sofa hanya mengangguk laju.

“Tapi sebelum tu... kita kena pergi pasar. Beli semua barang.” Mashitah berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience