BAB 12

Romance Completed 18497

“So, kesalahan apa pulak kali ni?” Razlan terus duduk menghadap Zareef tanpa dijemput. Zareef yang sedang tersandar sambil menekup wajahnya dengan kedua belah tangan sedikit tersentak. Zareef membetulkan duduknya. Air tembikai dihadapannya disedut sedikit.

“Huge mistake!” Zareef mengeluh kuat. Razlan hanya tersenyum sinis. Bukan dia tidak kenal sahabatnya yang seorang ini. Semua yang dibuatnya tidak difikir baik buruk terlebih dahulu. Pakai hentam saja!

“Apa kau dah buat?” Zareef memandang Razlan lama.

“Aku tengking dia.” Razlan menggeleng perlahan. Dah tahu dah!

“Kau ni macam-macam. Apa pulak salah dia kali ni?” Dalam masa yang sama, Razlan menggamit pelayan restoran untuk memesan minuman.

“She did nothing. Entah lah... aku tak boleh kawal marah aku.” Mereka terdiam sebentar dengan kehadiran pelayan. Razlan memesan minumannya. Selepas pelayan itu beredar, Razlan mulakan bicara antara mereka.

“Kau memang. Sampai bila nak baran ni? Mashitah tak tau apa-apa, ingat tu” Zareef meraup wajahnya.

“Aku tau. Entahlah. Macam mana aku nak terangkan? Susah untuk aku bukak cerita yang 15 tahun cuba aku padamkan.” Razlan terangguk-angguk tanda mengerti.

“Selagi kau tak cerita, selagi itu Mashitah jadik mangsa kau. Betul tak?”

“But how?”

“Terus terang adalah jalan terbaik.”

“Payah...”

“Kau tak cuba dah kata payah.”

“Memang payah... Penat aku nak pikir dah!” Razlan ketawa sinis.

“Kenapa kau masih fikir hal tu? Dah lama sangat. Mashitah bukan macam tu. Nampak pun tahu.” Razlan menyoal panjang lebar.

“Memang dah lama, sangat lama. Mashitah memang baik. Tapi aku masih belum percaya. Macam dulu, ayah terlalu percaya, ayah kata dia baik. But, apa yang jadi?” Razlan mengeluh kecil

“Ayah dapat maafkan dia sebelum ayah pergi. Dia pun dah takde Zareef. Sampai bila kau nak berdendam?” Razlan cuba memberi nasihat. Moga sahabatnya itu menerima dan kembali berfikir secara rasional.

“Sampai bila-bila!”

“Ha... tengok tu... sebab tu lah. Sampai semua jadik mangsa dendam amarah kau, termasuk isteri PILIHAN kau sendiri, Mashitah !” Razlan sengaja menekan ayat pilihan itu, sengaja untuk menyedarkan kesilapan Zareef.

“Kau ni... aku tengah kusut tambah kusut.” Zareef merungut.

“Kusut dengan salah sendiri. Bukan salah aku, langsung takde salah aku.” Razlan menyindir lagi.

“Aku tau... dah la.. kau ni...” Zareef benar-benar kusut. Sedar salahnya pada Mashitah , namun untuk membuka pekung cerita lama, tidak sama sekali. Harus bagaimana dia menguruskan kehidupannya, dan bagaimana untuk kembali berhadapan dengan Mashitah ?

“Mashitah , masalah baru kau Zareef. But Mashitah takkan menimbulkan masalah, its you, yourself.”

“What do you mean?” Zareef menjungkitkan keningnya. Ada-ada sahaja kalau bercakap dengan Razlan .

“Mashitah kiranya kau akan boleh handle, dia baik, taat orangnya aku tengok. Yang aku risau, kau punya awek, Nayra and your beloved mother!” Razlan ketawa kecil.

“Ha... tu kau jangan cakap. Telefon ni 24 jam naik nama perempuan gedik tu. Datin Rose makan lalang kut masa mengandungkan dia, miang semacam!” Mereka berkongsi ketawa. Di kolej siapa tak kenal Nayra Dato’ Jusoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience