BAB 22

Romance Completed 18497

“Dari awal Mashitah menjadi Puan Zareef, Mashitah tak faham situasi hidup Han. Mashitah ditolak dari awal, sedangkan Mashitah tidak tahu apa yang berlaku. Sekarang, demi masa depan kita, demi anak kita, Mashitah harap sangat tiada lagi rahsia antara kita...” Zareef mengangguk. Mashitah ditarik ke dalam pelukkannya sekali lagi.

“Empat belas tahun yang lalu, Ahmad Zareef Syarhan bukanlah seorang lelaki yang pendiam apatah lagi pemarah. Tapi keadaan yang membuatkan Han terpaksa jadi begini. Mama yang Han sayang difitnah sehinggakan Han membenci dia, benci sampai di akhir hayatnya Han langsung tidak menjenguk dia bahkan untuk mengucapkan sselamat tinggal juga Han enggan.” Zareef teresak-esak menangis. Mashitah mengeratkan pelukan. Mashitah tidak mencelah, hanya mendengar dengan setia.

“Waktu tu Han umur 13, Han balik dari sekolah, rumah dah kecoh-kecoh. Mama hanya diam membisu. Ibu menangis, Ayah pun marah-marah. Di tangan Mama ada satu dulang, isi dia sama macam dalam bekas yang Ibu jumpa petang tadi. Masa tu yang Han tahu, Mama selama ini bagi Ayah dan Han makan benda kotor sebab nak tundukkan dan biar kami dengar kata-kata dia. Tapi semua tu Ibu yang cakap. Ayah dan Han percaya 100 peratus, sebab ibu selama ni baik sangat pada kami, even hubungan dia dengan mama sangat rapat macam adik beradik , sebab tu mama izinkan Ayah kahwin dengan ibu. Tapi Han tak tahu bahawa itu semua fitnah semayta . I really don’t know!” Mashitah menggosok belakang Zareef seakan memujuk Zareef tika itu.

“Han rasa bersalah pada mama... bersalah sangat.”

“InsyaAllah, mama mesti faham, bukan salah Han, Han kecik lagi masa tu kan...” Mashitah cuba memujuk.

“Han hampir mengulangi salah tu pada Mashitah . Maafkan abang sayang....” Mashitah tersenyum. Pelukkan itu dileraikan.

“Hai lah, manalah encik singa aka encik sempurna saya ni? Asyik mintak maaf je ni. Janggal pula rasa bila tengok awak tak menyinga” Zareef ketawa kecil dengan usikan Mashitah . Dipicit lembut hidung Mashitah .

“Tak lama lagi suami singa awak ni akan berubah jadi baik ya sayang, insyaAllah.”

“Berubah? Really”

“Yup, bukan singa or si bisu lagi . But more to sayang and sweet.” Mashitah ketawa gembira. Malam itu terurai semua cerita dan segala yang terbuku di dada. Mashitah lega, akhirnya segala persoalannya terjawab. Malam itu, mereka berdua bermalam di rumah Tok Usu, esok Hari baru pulang ke rumah untuk meneruskan majlis kenduri doa selamat yang tergendala tempoh hari.

“Boleh tanya, Kenapa macam tak suka Mashitah awal-awal dulu?” Zareef yang sudah memejam mata, kembali menghadap wajah Mashitah di sisinya. Pelukkan di eratkan.

“Mama insan yang paling Han sayang, begitu juga dengan ayah . Ayah sangat cintakan mama. Tapi kejadian tu seolah-olah mimpi paling ngeri, Han jadi takut nak percaya pada seseorang yang bernama isteri, dan dalam masa yang sama takut untuk mencintai sebab takut dikhianati. Han tak mahu ianya terjadi lagi lebih-lebih pada diri sendiri.” Mashitah mengangguk perlahan. Pipi Zareef dikucup lembut, membuat Zareef tersenyum bahagia. Mashitah terlalu manja!

“Ayah tahu mama tak bersalah?”

“Tok Usu kata ayah tahu, sebab tu ayah banyak kali minta Han maafkan mama. . Erm...” Zareef mengeluh kecil. Ingatannya terbang mengingati arwah mama.

“Ibu macam mana?” Zareef mengeluh lagi.

“Han tak tahu.”

“Mashitah tahu.” Zareef mengerut dahi.

“Apa?” Zareef menyoal.

“Maafkan dan lupakan. Allah itu lagi Maha Pengampun.” Zareef menarik Mashitah ke dalam pelukkannya.

“InsyaAllah...” Ujar Zareef perlahan. Dalam hati Zareef amat bersyukur dikurniakan isteri sebaik Mashitah yang sentiasa menyejukan hatinya yang kadang kala terlalu cepat panas. Dalam hati Mashitah , dia meminta agar Zareef yang 15 tahun dahulu kembali, dan melupakan segala kepahitan hidupnya. Berdendam akan lebih menyakitkan daripada memaafkan sesuatu yang perit bagi kita. Andai ianya sukar, maka berjalan ke hadapan dan bina memori baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience