BAB 1

Romance Completed 18510

“Berbalik pada topik yang kita bincangkan hari tu, apa Mak Katy dah jumpa tak calon yang terbaik untuk saya?”

“Alhamdulillah, sudah. Nanti Mak Katy berikan gambar dia dekat Zareef ya ye”

Ahmad Zareef Syarhan yang mesra dipanggil Zareef atau Han saja oleh Puan KHatijah atau mesra disapa Katy itu hanya mengangguk faham. Mukanya sentiasa serius.

Baik ketika berlembut atau bertegas, tak dapat beza riak wajahnya. Yang membezakan hanyalah intonasi suara. Mak Katy hanya mampu tersenyum sendiri melihat anak asuhannya itu.

Sejak Ayahnya pergi menghadap Ilahi, kehidupan Zareef makin kacau bilau dengan tingkah laku si ibu tirinya yang tamak harta itu. Tak pasal-pasal, Mak Katy terlibat sama dengan belenggu kehidupan penuh drama anak terunanya itu.

Beberapa hari lalu, Zareef ada meminta bantuan Mak Katy supaya mecari

seorang calon isteri yang paling sesuai untuk dia. Dia percaya pilihan Mak Katy mesti yang terbaik, itu kata Zareef. Yelah terbaik memang terbaik diusahakan untuk Zareef tapi dia tak tahu pening Mak Katy hendak

mencari anak gadis yang paling sesuai dengan anak muda bernama Ahmad Zareef Syarhan .Seorang Peguam muda, yang sentiasa sibuk. Sibuk dengan kes, sibuk dengan hal perniagaan Babanya, sibuk dengan ibu tiri yang asyik mencari

jodoh buat dia, sampai naik stress Zareef dibuatnya. Lagi satu, Zareef seorang pemuda yang panas baran dan tak pernah senyum. Entah apa salah asuhan Mak Katy dan risau juga kalau gadis pilihannya itu takut menerima Zareef..

“ Mashitah ni cikgu tadika dekat Tabika kemas kampung Mak Katy. Meskipun cikgu Tadika tapi bukan sembarangan, ada ijazah.” Ujar Mak Katy panjang lebar, sambil menemani Zareef menikmati minum petang di halaman rumahnya. Foto gadis itu bertudung labuh dibelek berkali-kali. Manis orangnya sejuk mata memandang.

“Dah elok dah ni Mak Katy tapi persoalannya sekarang dia setuju tak nak jadi bini saya?” wajah gadis bernama Mashitah pada foto itu berkali-kali menarik perhatiannya.

“Selepas puas Mak Katy tanyam mak Katy rasa ni yang terbaik dan mak Katy dah risik, empunya badan serah semua dekat keluarga. Dia muda

lagi, baru 22. Mak Ayah dia cuma suruh Han datang meminang, yelah nak express macam manapun kena ikut adat.”

Zareef mengangguk berkali-kali. Entah kenapa matanya tidak mahu lari dari melihat wajah mulus gadis bernama Mashitah itu. Orangnya sederhana, polos namun ayu.

“ Nanti Han cakap dengan Ibu dan Tok Usu, Mak Katy cuba tolong urus apa patut ye. Cincin nanti Han uruskanlah sendiri. .”

Zareef mengangguk lagi dan terus menelek gambar itu. Mashitah , moga indah seperti dikhabar. Indah seperti namamu.

“Her? Really, You nevel failed to surprise me isn’t it? Well I honestly thought that you will choose someone much that better than I’ve

chosen for you. But you more keen on someone so typical like her?”

“Saya dah kahwin jadi tak payah nak jadikan isu lagi..”

Datin Aziah menjeling tajam menantunya yang duduk tertunduk dihujung sofa.

Mashitah betul-betul bingung dengan apa yang berlaku dihadapannya itu.

“ Whatever, ni Bini kamu ni bisu ke? Dari semalam sampai sekarang Ibu tak dengar suara pun?” Zareef memandang Mashitah yang masih tunduk memandang lantai. Tangan isterinya itu sedikit menggeletar.

“ LBaik diam, nak bercakap kalau tak mendatangkan faedah buat apa, Han nak balik rumah Han.” Zareef terus menerus menyindir Datin Aziah . Sejak dari hari

meminang, Datin Aziah tak berhenti dari menyatakan kekurangan isterinya,

Di matanya Mashitah . Selekeh, ketinggalan zaman, orang kampung, macam-macam lagi. Namun Zareef tak peduli, yang dia tahu Mashitah tak gilakan harta dia macam calon-calon yang ibu kenalkan. Semuanya palsu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience