BAB 19

Romance Completed 18497

“Saya nak awak keluar dari rumah ni sekarang jugak!” Mashitah terpana. Tidak!

“Jangan halau saya, demi Allah, bukan Mashitah yang punya barang tu.” Zareef menepis lagi tangan Mashitah yang mahu menyentuhnya.

“Jangan guna nama Allah, awak buat benda tu tak fikirkan Allah pulak!”

“Istighfar Han...” Mashitah bersuara lemah. Zareef terus sahaja bangun dan naik ke tingkat atas. Namun sempat lagi dia memberi arahan tanpa belas kasihan.

“Just go Mashitah ... saya taknak tengok awak lagi.” Mashitah terjelepok ke lantai. Demi Allah, dia tidak pernah guna-gunakan suaminya. Untuk apa? Allah, bantulah hamba... Mashitah berdoa dalam tangisnya.

“I love her Razlan , I love her so much, love her and our baby with my whole heart. But...” Zareef teresak menangis di tepi kereta. Razlan memeluk bahunya memberi semangat.

“I know. Sebab tu aku suruh kau pikir secara logik akal. Pikir betul-betul!” Razlan cuba menenangkan Zareef.

“Aku taknak fikir yang baik-baik lagi, dia sama macam Mama, perangai syaitan!” Zareef menjerit.

“Hey, jaga bahasa. Seburuk mana Mama tu, dia tetap mama kau, kau keluar dari rahim dia jugak tau.” Razlan menegur kawannya yang sudah cakap macam orang tak ada pegangan agama.

“Sebab tu aku lagi menyesal!” Razlan menggeleng kepala. Bila hati terikut kata syaitan. Semua jadi salah dipandangan mata.

“Okay, sekarang cerita dekat aku, mana kau jumpa bekas tu?” Zareef mengesat air mata menggunakan hujung lengan baju kemejanya.

“Siapa lagi yang bagi kalau bukan Ibu yang bagi, ibu datang untuk majlis doa selamat malam esok, datang untuk tolong mana patut. Bila aku turun bawah, ibu dah ada. Ibu bagi aku, dia kata dia jumpa bekas tu dekat bawah kabinet dapur.” Razlan mengangguk faham.

“Masa kau tanya Mashitah dia kata apa? Dia diam atau terkejut ke apa...”

“Sah-sahlah dia menafikan. She denied it. Macam mama!” Zareef marah benar. Tangannya dikepal kemas.

“Ibu mana?”

“Ibu dah balik sebelum Mashitah balik.” Razlan mengerut dahi.

“Mashitah pergi mana?”

“Pergi jemput jiran-jiran... Eh kau dah kenapa tanya banyak nih!?” Zareef bengang, Razlan soal terlalu banyak.

“Aku nak tanya kau ni kau percaya ibu atau kau percaya Mashitah ?” Zareef memegang kepalanya.

“I don’t know!”

“Pada pendapat aku lah kan, kau patut siasat dulu Zareef. Aku percayakan Mashitah . Kalau dia nak buat kat kau, dah lama dah... bukan takat nasi kangkang, benda kotor aje boleh control suami, macam-macam lagi tau.Dah;ah perangai kau kat dia pun bukannya elok mana.” Razlan cuba membuka mata Zareef.

“Then kau nak katani semua angkara ibu? Macam tu?”

“Aku Tak kata tak juga tuduh. Cuma apapun yang jadi kau kena siasat. Cuba kau fikir, Ibu pun tak suka Mashitah kan?” Zareef mengeluh berat.

“Jadi sekarang nak buat apa?” Zareef menyoal bodoh.

“Kau balik rumah, dan siasat.” Razlan memberi idea.

“Rasanya Mashitah mesti dah takde.” Razlan terkejut dengan jawapan Zareef.

“Why?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience