BAB 13

Romance Completed 18510

Lenggang dia dari belakang pun orang boleh kenal siapa, suara? Jangan cakap, kepit kalah ‘gegurl’!

“Ibu... erm... sayang sangat dekat Nayra dan benci gila dengan Mashitah .”

“Itu yang kau perlu uruskan. Mashitah , dalam masa yang sama. Faham maksud aku?” Zareef hanya mengangguk kecil. Faham, dia tahu itu. Sejak berkahwin dengan Mashitah lagi sudah dia terfikirkan hal tersebut.

“Pecah kepala weh nak fikir...”

Sudah hampir dua bulan, Mashitah kembali duduk serumah bersama Zareef. Namun sikap Zareef masih sama, kadang baik kadang angin. Kandungan Mashitah sudah masuk empat bulan. Perubahan sudah kelihatan pada tubuh Mashitah . Belakangan ini Mashitah sangat kuat makan. Nafsu makannya bertambah. Namun Mashitah bersyukur, dia tidak mengalami alahan yang teruk, kalau tidak siapa mahu menjaganya? Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Mahu harapkan Zareef, tentu tidak. Sebulan ini Zareef kerap keluar negeri atas urusan perniagaannya. Mak Katy pula sudah berhenti kerja, Mashitah tiada pilihan, Mak Katy sudah lama berkhidmat untuk keluarga Zareef, sudah tiba masa untuk Mak Katy berehat.

“Dah makan?” soal Zareef setelah pulang dari kerja lewat malam itu. Tali leher yang sudah ditanggalkan diletakkan ke atas meja diruang tamu itu. Dilabuhkan sebentar dirinya ke atas sofa. Matanya dipejam rapat.

“Alhamdulillah. Baru aje tadi. Han nak makan?” Mashitah menjawab perlahan, sambil mengambil tempat bertentangan dengan Zareef.

“Saya dah makan sebelum balik.” Mashitah mengangguk perlahan.

“Esok saya ada check-up. Boleh tolong hantarkan?” Zareef kembali membuka matanya. Tengkuk yang terasa lenguh diurutnya perlahan.

“Pukul berapa ye?”

“Dalam pukul 2, tak boleh tak ape... Mashitah pergi sendiri.” Mashitah bersuara perlahan, hatinya sangat berharap Zareef dapat menemaninya kali ini. Perut yang sedikit membesar itu diurut perlahan.

“Saya tak berani nak janji, esok banyak urusan dekat pejabat. Esok pagi saya confirmkan dengan Mashitah ye, boleh?” Zareef memandang Mashitah yang berada dihadapannya. Mashitah cuba tersenyum sebaiknya. Hatinya tahu, pastinya akan kecewa lagi.

“Okay, tapi Han confirmkan awal ye. Mashitah nak kena call teksi.” Zareef berkerut dahi mendengar kata-kata Mashitah .

“Why... why you need to call a taxi? Kan ada kereta?” Zareef memandang Mashitah tak berkelip, serius!

“Mashitah tak berapa kuat sangat kebelakangan ni. Asyik sakit-sakit badan. Takut jugak nak drive. Lagipun dah lama tak drive, sebelum ni kan ada Pak Ngah Brahim .” Mashitah cuba menjelaskan dengan baik. Selepas seminggu Mak Jah berhenti, Pak Ngah Brahim pulak berhenti. Alasan? Pak Ngah Brahim tak cakap apa, katanya sudah tiba masa untuk berehat, sama macam Mak Katy.

“Sakit? Kenapa tak bagitahu saya?” Zareef berubah nada, ada kerisauan di situ.

“Tak sakit teruk pun. Biasa-biasa aje, doktor kata biasa sakit-sakit ni sebab baby sedang membesar.” Zareef yang mendengar penjelasan Mashitah cuma mengeluh lemah.

“I’m sorry. Terlalu sibuk sampai tak ambil tahu tentang Mashitah and baby.” Mashitah hanya tersenyum.

“Tak apa, Mashitah faham, dan baby pun faham papa dia busy.” Ujar Mashitah sambil tersenyum dan mengurut lembut perutnya. Zareef terkedu seketika. Sepanjang empat bulan Mashitah hamil, dia tidak pernah lagi dengar perkataan itu. Papa? Layakkah aku. Zareef bingkas bangun dan terus ingin melangkah ke atas. Mashitah kaget.

“Han nak kemana?” Mashitah turut berdiri.

“Naik atas, mandi solat.”

“Tak nak minum apa-apa? Mashitah boleh buatkan.” Mashitah memujuk, dia ingin lebih lama lagi berbual dengan Zareef.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience