BAB 8

Romance Completed 18497

“ But, Tok Usu tau kan kenapa?”

“ Yes. But that your choice, you choose her to be your wife, but then... why are you treated her like that? Mashitah tak tahu apa-apa Zareef!”

“ Zareef tahu Tok Usu, tapi tolong Tok Usu, untuk beberapa bulan...” belum sempat Zareef menghabiskan kata-katanya, Tok Usu sudah mencelah.

“ No! Kalau nak Mashitah ada di kampung, Zareef kena duduk kampung sekali. Faham? Buka mata. Buka hati. Lupakan hal lama. Zareef nak anak Zareef rasa apa yang Zareef lalui? Nak?” Tok Usu makin kuat memujuk dengan tegas dan cuba menyedarkan Zareef dengan perbuatannya.

Betul, Mashitah tidak bersalah! Sebaik tamat perbualan dengan Tok Usu, Zareef terus sahaja memecut pulang ke rumah. Segala mesyuarat yang perlu dihadiri ditangguhkan waktunya. Serabut! Zareef serabut. Apa yang perlu aku lakukan sekarang?

Memang Mashitah tak bersalah, langsung tak bersalah. Tapi aku tak mampu nak jadi suami yang baik untuk dia, apatah lagi Papa yang baik untuk bakal anak kami? Hati dan fikiran Zareef menjadi satu, ligat memutarkan segala persoalan. Jawapan?

Tiada! Terngiang-ngiang dicuping telinga kata-kata Razlan teman baiknya sejak Kolej, semalam sewaktu mereka makan malam bersama.

“Isteri tu satu amanah, kau yang pilih dia, kau yang mahu dia jadi isteri kau bukannya Nayra , jadi kenapa kau jadikan dia mangsa? Mashitah tak tahu apa-apa, dia dan anak kau dalam rahim Mashitah , tanggungjawab kau, ingat tu!” Zareef tahu, sedar akan hal itu, tapi... payah, payah dia nak jelaskan.

Serabutnya dia dengan hidupnya tidak pernah habis dan kini bertambah serabut. Serabut yang dibuatnya sendiri!

Mashitah melangkah masuk ke rumah dengan penuh berhati-hati. Sunyi. Mungkin Mak Katy dan Pak Ngah Brahim pulang ke kampung mereka, Mashitah meneka sendiri. Pintu pagar dibuka perlahan. Kereta Zareef tiada, waktu begini memang dia ke pejabat, Mashitah tersenyum sendiri, dia sangat merindui suaminya.

Biarlah suaminya membenci kepulangannya hari ini, yang dia tahu, dia gembira! Berada hampir dengan suaminya biarpun tidak diterima Zareef, adalah perkara paling membahagiakan Mashitah .

Belum sempat Mashitah mengeluarkan kunci rumah daripada beg tangannya, Zareef sudah tiba dengan kereta di depan pagar. Tanpa di suruh-suruh, Mashitah segera bergegas membukakan pintu pagar.

“Tak payah, saya balik kejap aje.” Suara Zareef yang dingin menyapa kepulangan Mashitah tengah hari itu.

Mashitah mengangguk perlahan sambil tak lepas memandang wajah Zareef. Baru seminggu, kerinduan ini sudah menggunung tinggi. Teringin benar Mashitah untuk mengucup tangan suami yang dirinduinya itu.

Zareef terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, tanpa langsung memandang Mashitah . Benci sangatkah dia? Desir hati Mashitah . Namun terukir senyuman dibibirnya, tatkala melihat, Zareef mengangkat masuk beg pakaiannya yang diletakkan di hadapan pintu rumah.

Zareef melabuhkan diri ke sofa, beg Mashitah diletakkan di tepi meja teh. Zareef menyandarkan tubuhnya. Kedua tangannya meraup wajahnya. Mashitah yang baru melangkah masuk ke dalam rumah, menutup perlahan pintu.

Zareef yang sedar kehadiran Mashitah , membetulkan duduknya dan memandang Mashitah yang melangkah perlahan menghampirinya. Mashitah menapak berhati-hati, seram bila pandangan matanya berlaga dengan pandangan Zareef. Bagai lari semua tempo langkah kakinya.

“Tok Usu yang paksa awak balik, saya tau tu. Awak suka balik ke sini?” Tegas dan mendatar sahaja suara Zareef tika itu. Mashitah bagai kelu lidah, entah apa yang patut dijawabnya dengan soalan ‘sukar’ Zareef itu. Zareef mendengus kasar apabila Mashitah masih berdiam diri di hujung sofa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience