BAB 20

Romance Completed 18497

“Aku dah halau dia dari rumah tu.” Razlan mengeluh. Bodoh! Kutuknya dalam hati.

“Eh, banyak cantik muka. Mak Usu jangan nak tuduh saya pulak ye. Budak Mashitah kampung keparat tu yang punya, kenapa saya pulak yang kena babitkan?” Datin Aziah merengus kuat. Nayra disisinya hanya menyokong.

“Kau jangan ingat aku tak tau Aziah . Jangan fikir aku bodoh. Selama ni aku diam, sebab aku takde bukti. Tapi kali ni kau nak musnahkan hidup cucu menantu aku, aku tak boleh nak diam diri.” Tok Usu bersuara tegas. Suasana sangat tegang tika itu.

“So, Mak Usu nak kata Aziah la punya kerja gitu?”

“Memang kau!” Datin Aziah membeliakkan matanya. Nayra yang di sisinya hanya terkedu.

“Tok, bukan auntie lah, Mashitah punya kerja.” Nayra cuba menyibuk. Tok Usu hanya menjeling, terus dia terdiam sendiri.

“Sudah la Aziah . Dulu kau musnahkan hidup Mawar sampai anak dia sendiri bencikan dia, sekarang kau nak musnahkan hidup Mashitah pulak?”

“Apa maksud mak usu?”

“Kau bukan musnahkan hidup mereka aje tapi hidup Zareef juga. Sampai hati kau buat Zareef hidup dalam berdendam dan benci ibu dia sendiri?” Datin Aziah menekup telinganya.

“Kenapa saya? Bukan saya!” Tok Usu terus sahaja menghampiri Datin Aziah yang sudah duduk di sofa.

“Sebelum Mawar menghembuskan nafasnya, aku ada dekat dia, dia sempat cerita semuanya dekat aku. Jadi, kau jangan nak sembunyi apa-apa lagi!” Datin Aziah terdiam. Bagaimana ibu mertuanya boleh tahu semua?

“Sekarang aku nak kau jelaskan dekat Zareef siapa kau sebenarnya, dan siapa mama dia sebenarnya!” Tegas suara Tok Usu. Datin Aziah menggeleng laju. Tidak mungkin aku akan bongkar rahsia berbelas tahun aku simpan!

“Jelaskan apa Tok Usu, Ibu?” Zareef yang baru tiba bersama Razlan , sudah mendengar perbualan Ibunya dan Tok Usu. Pelik dengan persoalan-persoalan yang ada, lalu dia menyampuk.

“Ibu?”

“Takde apa Zareef, Tok Usu ni mengarut apa entah.” Datin Aziah cuba mengelak diri. Tok Usu mencerlung marah.

“Katy dengan Lan nampak apa yang kamu buat petang tadi Aziah . Kau dah tak boleh lari. Baik kau jelaskan semua dekat Zareef.”

“Apa Mak Usu ni? Saya kata bukan saya, kenapa nak paksa-paksa?!” Datin Aziah meninggi suara.

“Kamu tak nak jelaskan biar aku yang jelaskan.” Dati Aziah terdiam. Mukanya pucat.

“Tok Usu, apa semua ni? Zareef tak faham.” Zareef tidak tahan lagi berteka-teki dengan pertelingkahan mereka berdua.

“Zareef, kamu ingat lagi pesanan akhir ayah kamu?” Zareef hanya mengangguk. Ayah sempat berpesan supaya dia memaafkan Mama.

“Kamu tahu kenapa dia pesan macam tu?” Zareef hanya menggeleng.

“Sebab ibu kamu. Semua yang berlaku selama ni disebabkan ibu kamu ni. Datin Aziah yang gilakan harta Dato’ Ismail . Sebelum ibu kamu dapat kahwin dengan ayah dia dah mulakan rancangan dia.” Dati Aziah menekup telinganya dan menggeleng-gelengkan kepala.

“Mak Usu jangan buat cerita!” Datin Aziah menjerit. Semua yang ada terkejut.

“Aku tak buat cerita. Semua yang aku akan cerita ni betul belaka. Kau dah tak boleh nak berdalih!”

“Apa ni ibu?” Datin Aziah mula menangis, meraung. Zareef memegang kedua bahu Datin Aziah dan menggoncangkannya kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience