BAB 11

Romance Completed 18510

Dalam tempoh 3 bulan menjadi isteri kepada Zareef, hari ini adalah hari pertama mereka menghabiskan masa bersama. Telekung ditanggalkan dan dilipat kembali bersama sejadah, kemudian diletakkan dipenjuru katil. Telefon bimbit di ambil dan nombor Tok Usu di dail.

“Assalamualaikum...” Suara Tok Usu menjengah di talian sana.

“Waalaikummussalam... Tok Usu...”

“Amboi... suara ceria aje. Seronok dapat jumpa suami?” Tok Usu mengusik Mashitah yang mula panas pipi. Tersengih dia sendirian.

“Sangat seronok Tok. Abang Han, baik sangat hari ini.” Tok Usu mengucap syukur. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat cucu kesayangannya dan juga cucu menantunya. Mashitah gadis yang baik.

“Haa... betul tak keputusan Tok Usu suruh kamu balik?” Mashitah mengangguk perlahan, terlupa Tok Usu tak nampak.

“Terima kasih Tok. Tok nak tahu, Abang Han beli blaus dekat Mashitah , cantik sangat. Kebetulan, hari ini hari jadi Mashitah . Macam tau-tau aje.” Ujar Mashitah sambil blaus itu di ambil dan diteleknya. Sesekali dipeluknya.

“Alhamdulillah. Baguslah. Tok doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Ha, lagi satu, jangan lupa apa yang Tok ajar. Tu penting.” Mashitah ketawa kecil, masakan dia lupa apa yang telah dipesan dan diajar oleh Tok Usu selama dia disana.

“Mashitah tak lupa satu pun, dan insyaAllah Mashitah akan cuba buat apa yang Tok ajar.” Beberapa ketika berbual dengan Tok Usu, pintu bilik diketuk dari luar. Cepat-cepat Mashitah tamatkan perbualan apabila pintu terkuak dari luar. Kepala Zareef terjengul dari balik pintu.

“What are doing? Boleh keluar kejap?” Zareef bersuara lalu terus menutup pintu bilik Mashitah . Mashitah bingkas bangun dari duduk dan membetulkan bajunya.

Langkah diatur dengan teratur keluar dari bilik. Zareef sedang duduk di sofa sambil membelek telefon bimbitnya. Apabila Mashitah sudah menghampiri barulah kepalanya dipanggung sedikit.

“Saya nak keluar makan. Nak keluar sekali or nak pesan apa-apa?” Zareef terus sahaja menyoal Mashitah .

“Erm... saya ingat nak masak aje. Han nak makan apa-apa? Saya boleh masakan.” Mashitah menyoal kembali dengan senyuman tak lekang. Namun dia terlupa...

“Masak? Lupa ke? Hah... lupa?” Zareef yang tenang tadi kini berubah riak. Serta merta dia berdiri bertentangan dengan Mashitah . Mashitah tersentak dengan deras suara Zareef.

“Aku takkan makan satu pun yang kau masak! Jangan ingat aku baik dengan kau, aku boleh terima semua yang kau buat!” Mashitah tersentap. Kenapa berubah terlalu mendadak?

“Saya mintak maaf. Saya terlupa. Betul-betul terlupa.” Mashitah menjawab dengan terketar-ketar. Zareef mendengus kasar. Kedua-dua tangannya menyelak rambutnya kasar.

Seketika begitu, Zareef kembali duduk di sofa, dan kemudian bingkas bangun dan keluar daripada rumah. Mashitah yang masih kaku, hanya terdiam berdiri di situ.

Setelah deruman kereta Zareef sudah tidak lagi kedengaran, terus sahaja dia terjelepok jatuh ke atas permaidani itu dan terus teresak-esak menahan tangis.

“Kenapa? Apa salah aku?” Terus sahaja Mashitah menyoal dirinya dalam tangisan yang kian menjadi-jadi.

Perasaannya tidak menentu, terlalu beremosi. Jika dulu boleh sahaja dia tahan dengan jerkahan Zareef, bukan dia tidak biasa. Terlalu biasa!

Razlan melangkah lebih laju setelah kelibat Zareef dilihatnya berada di meja paling hujung restoran makanan laut itu. Sekejap-sekejap Zareef membetulkan duduknya.

“Ada yang tak kena la tu”Razlan meneka dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience