BAB 23

Romance Completed 18497

“Terima kasih Katy, kau tolong anak cucu aku.” Mak Katy yang membawa air untuk Tok Usu hanya mengangguk lemah.

“Saya tak tahan dengan sikap Datin, dulu Puan Mawar saya tahu dia tak salah, saya kerja dengan Dato’ Ismail dari sebelum dia kahwin lagi. Saya kenal Mawar dan Datin Aziah . Saya tahu semua tapi saya takde bukti, tapi hari ini saya berjaya tangkap kerja jahat dia. Syukur pada Allah.”

“Itu lah. Kerja jahat ni lama-lama memang akan bocor jugak. Syukurlah, kita dapat leraikan marah Zareef pada Mama dia.” Ujar Tok Usu, kemudian meneguk air yang dibawa oleh Mak Katy tadi.

“Macam mana dengan Datin, Puan?” Mak Katy menyoal. Sebaik tamat pertelingakahan dan pembongkaran kerja kotor Datin Aziah , dia terus melarikan diri bersama Nayra . Entah ke mana. Puas Datin Aziah menangis merayu pada Zareef, namun Zareef hanya membantu dengan linangan air mata.

“Biarkan dia. Nak lari ke mana, aku ni ha sedara yang dia ada. Aku harap dia sedar perbuatan dia, kembali ke jalan Allah.” Mak Katy turut mendoakan yang sama.

“Kamu dah putuskan nak bagi nama anak kamu apa ke Zareef, dah berapa hari ni takkan tak jumpa lagi?’’ Tanya Tok Usu dan dibalas dengan gelengan kepala oleh Zareef. .

“Belum lagi, tapi Mashitah kata dia dah pilih beberapa nama. Tok Usu tanya dia lah.” Zareef mengenyit mata pada Mashitah yang tersenyum memandangnya.

“Mashitah ingat nak letak, Cahaya Auji?”

“Macam ibu dia lah, Nur Mashitah ... boleh aje kalau ikut abang... Tok Usu?” Tok Usu yang sedang mengendong bayi hanya tersenyum.

“Tok Usu tak kisah, asal makna baik. Baiklah bagi Tok Usu, kan Auji...” Zareef dan Mashitah hanya tersenyum dengan tingkah Tok Usu.

“Yang perempuan dah ada nama, yang sorang ni?’’ Mashitah ketawa kecil.

“Ibu tau la, Ahmad Aulad, mudah dan ringkas.’’ Mashitah ketawa kecil. Mak Katy yang baru masuk, kelihatan tercengang, sama jugak dengan Pak Ngah Brahim .

“Kenapa dengan kau Katy?” Tok Usu menegur.

“Hamboi, Dua orang sekali?” Pak Ngah Brahim menyoal.

“Tu yang Katy terkejut, Mashitah tak cakap apa-apa pun.” Mashitah ketawa kecil.

“Mak Katy, Zareef pun tak tahu kata dapat anak kembar.” Mashitah ketawa lagi.

“Kejutan untuk semua.” Semua yang ada ketawa dengan jawapan Mashitah .

“yelah tu, memang abang tak tahu. Bilanya nak tahu kalau teman Mashitah dua kali aje pergi check up.” Mashitah mencebik. Zareef tergaru-garu. Pak Ngah Brahim hanya tersenyum melihat mereka berdua.

“Kamu ni Zareef, lepas ni bahagi masa kerja dengan keluarga baik-baik. Ni anak dah dua, jangan biar Mashitah sorang yang jaga pulak.” Tok Usu mula menegur.

“Takpe Tok Usu, dulu ada orang cakap nak jadi surirumah Cemerlang dan gemilang, ha... ni lah masanya nak mencapai cita-cita.” Mashitah mencebik bibir. Perli la tu!

“Ha.. bijak betul kamu bagi alasan ye, Mashitah mengadu lagi sekali, ni telinga ni, Tok Usu menarik-narik telinga...” Tok Usu memulas telinga Zareef. Mengaduh Zareef sambil mengendong bayinya.

“Aduh... Auji, Aulad ... tolong papa...” Mashitah ketawa, begitu juga dengan yang lain. Syukur Kegembiraan ini menutup segala kesedihan yang pernah dilalui mereka. Moga kehadiran si kembar ini membawa kebahagiaan berganda buat mereka sekeluarga hingga ke akhir hayat. Jangan ada lagi episode duka kerana sudah terlalu lama mereka berselimut airmata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience