BAB 15

Romance Completed 18510

“Nayra tu cemburu Ibu. Nayra tak dapat terima Zareef kahwin dengan Mashitah bukan dia.” Datin Aziah merengus kuat.

“Nayra tunjuk gambar la, bukan sekadar cakap. Masih tak percaya walaupun dah tengok?” Datin Aziah menayang-nayang telefonnya yang terpampang gambar Mashitah dan seorang lelaki di Mall.

“Her friend, maybe.” Datin Aziah tersenyum sinis.

“Her friend but Zareef tak kenal? Pelik!” Mashitah terkocoh-kocoh keluar dari perut teksi itu. Perut yang makin membesar itu menyukarkan pergerakannya. Sudah enam bulan usia kandungan Mashitah . Beg-beg barangannya diangkat dengan berhati-hati. Laju sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Di luar sedia kelihatan kereta Ibu dan Zareef. Hati Mashitah bertambah irama rancaknya.

“Assalamualaikum.” Mashitah memberi salam perlahan. Kelibat Ibu dan Zareef kelihatan di ruang tamu. Mashitah mengatur langkah berhati-hati ke arah mereka berdua. Dari pintu utama, Datin Aziah sudah merenung tajam tingkah serta langkah Mashitah . Seperti harimau lapar!

“Dah balik isteri kesayangan kamu Zareef. Tanyalah, nah!” Datin Aziah menyerah telefonnya kepada Zareef. Zareef mengeluh perlahan, dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Perlahan-lahan telefon itu dicapai dan dia menghampiri Mashitah yang masih tegak berdiri di penjuru sofa itu.

“Ibu ada gambar awak dengan lelaki dekat Mall tadi. Siapa dia?” Mashitah terpana, lelaki? Siapa? Telefon itu ditarik untuk melihat gambar yang dikatakan. Langsung dia tidak kenal siapa lelaki itu.

“Mashitah tak kenal siapa.” Mashitah menjawab perlahan. Zareef memandangnya dengan pandangan yang aneh.

“Dalam gambar ni awak tengah berbual dengan dia Mashitah . Macam mana tak kenal pulak?” suara Zareef ada nada marah di situ.

“Serius. Mashitah tak kenal. Percayalah.” Datin Aziah sudah ketawa sinis. Beg tangannya di ambil dan telefon bimbitnya dirampas kembali dari tangan Mashitah .

“Ibu dah cakap, tapi kau tak nak dengar. Pandai-pandai kaulah Zareef.” Datin Aziah sengaja menghangatkan hati Zareef yang tika itu sudah naik darjahnya. Sekejap sahaja, Datin Aziah sudah beredar dari situ. Kini hanya tinggal Mashitah dan Zareef serta kedinginan antara mereka.

“Han... percayalah, Mashitah tak kenal lelaki tu.” Zareef menghenyak tubuhnya ke atas sofa.

“Just go into your room Mashitah .” Suara Zareef tegas. Mashitah terus sahaja melangkah ke arah Zareef. Duduk melutut di tepi Zareef.

“Mashitah mintak maaf. Keluar tak beritahu. Tapi betul, lelaki dalam gambar tu Mashitah tak kenal.”

“Then why are talking to him?” Soal Zareef namun dalam nada lebih lembut.

“Dia tanya Mashitah kat mana kedai buku. Mashitah tunjukkan. Itu aje. Memang Mashitah tak kenal dia Han.” Zareef mengeluh lemah. Perlahan sahaja tangan Mashitah yang di atas sisi sofa itu, digenggam erat.

“Mashitah , Mashitah ... kenapa dari tadi tak jelaskan? Buat saya risau dan buat Ibu pikir bukan-bukan.” Zareef menyoal lagi, namun kini dengan riak yang berbeza, lega?

“Betul apa jawapan Mashitah , Mashitah memang tak kenal.” Zareef ketawa kecil. Mashitah memang lurus!

“Ye lah, Mashitah ke mana? Sampai lewat macam ni?” Zareef menyoal Mashitah , ditarik Mashitah supaya duduk di sisinya di atas sofa itu.

“Lupa?” Zareef mengerut dahi dengan soalan Mashitah . Lupa? Aku lupa apa? Zareef menyoal dirinya lagi.

“Semua soal Mashitah cepat aje lupa... Mashitah masuk bilik dulu.” Mashitah buat-buat merajuk. Tok Usu kata kena belajar merajuk, jangan mengalah aje. Dah empat bulan duduk bersama sebagai isteri namun Zareef masih dingin dan kadangkala masih macam ‘singa’ namun dimatanya yang menjadikan temat di sisi suami sebagai syurga, Zareef adalah encik sempurna baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience