chapter 10

Others Series 1365

Ain melangkah memasuki ruangan cafe pagi itu.keadaan sama sahaja dengan pertama kali dia ke situ.
tetapi untuk kali ini ain tak teragak-agak lagi.
mungkin sebab dia dah tahu serba sedikit selok belok cafe ini.

Ain tersenyum saat matanya melihat ke arah azam yang sedang berada di kaunter pembayaran tanpa menyedari kehadirannya.
maklumlah...seseorang yang agak dia rapat dalam cafe ni mungkin hanya azam.

bukan sebab tertentu.tapi mungkin sebab azam seorang ramah dan sentiasa membantu dia segala hal yang dia tidak tahu.

Kakinya melangkah membawa ke arah hadapan kaunter.suasana masih lagi di awal pagi.
kebanyakan gerai-gerai berdekatan cafe ini baru saja mahu mula beroperasi.
begitu juga dengan cafe ini.

"Hai..."

azam memanggung kepalanya.dia sedikit terkejut namun diabaikan.dia tersenyum lebar membalas senyuman manis ain yang sentiasa saja membuat hatinya bergetar.

"Hai...awal awak datang?"soal azam

"mana ada awallah..macam biasa"jawab ain

azam tertawa perlahan.
"datang dengan siapa harini?"

"dengan kakak angkat saya,kak muna"

"ohh,so...welcome again!"
azam tersenyum lebar sambil kedua belah tangannya mendepa ke kiri dan kanan,macam orang sambut tetamu gituuu..

Ain tertawa perlahan.
"terima kasih..awak mengada-ngada je lah"

azam kembali ke asal semula.dia juga tersenyum senang.terasa ceria harinya bila terpandang senyuman manis ain.

"err..azam! saya nak tanya sikit boleh?"soal ain serba salah

"apa dia?"

"errmm...kenapa tiba-tiba saya disuruh bekerja dekat sini semula? padahal...saya tak datang mohon kerja atau datang interview pun..boss cafe ni pun saya tak jumpa lagi?"soal ain cuba untuk merungkai persoalan-persoalan yang muncul di benaknya.

azam tersenyum saja.
"Encik hairriey yang suruh awak kerja dekat sini"

"Encik hairiey? siapa tu?"

"boss cafe ni...dia yang suruh saya ambil awak bekerja dekat sini.saya pun tak tahu sebab apa..tapi awak jangan risau.takde apa-apalah...mungkin niat dia baik untuk berikan awak pekerjaan"

Ain mengangguk perlahan.
"saya teringin nak jumpa dia untuk ucap terima kasih..."

azam tersenyum lagi.memang tak lokek dengan senyumanlah azam ni!
"takpe..nanti kalau Riey datang saya bagi tahu awak.Err..maksud saya Encik hairiey!"kata azam

ain tersenyum dan mengangguk.
"saya ke belakang dululah..."

azam hanya mengangguk.

Ain berlalu ke arah bahagian kitchen cafe itu.
..................

Hairiey keluar dari perut kereta dan bersandar di di situ sambil merenung cafe miliknya hanya dari luar.
suasana agak sibuk dari dalam.waktu makan tengah hari lagi beberapa minit saja akan habis.

Dia menjeling melihat jam di pergelangan tangan.
dia menarik nafas dan menghembus perlahan.
"apa-apa pun aku kena pastikan yang dia sebenarnya Ain yang selama ni aku cari,apa yang akan aku buat lepasni itu nanti dulu.yang penting..seseorang yang aku cari selama ni ada di sini.dekat dengan aku dan mudah untuk aku jaga demi abang harrish"

"hey bro!"

hairriey tersentak apabila satu tamparan perlahan mendarat dibahu kanannya.
dia melempar senyuman pada azam yang menegurnya.bila masa azam keluar dari cafe juga dia tidak tahu.

"kau buat apa dekat luar ni? kan panas ni...kenapa kau tak masuk dalam? apa kau ingat ni musim salji?"soal azam sambil tertawa.

hairiey tersengih.
"aku nak masuklah ni..cuma saja,ambil angin sekejap"jawabnya demi menyelamat keadaan.

"ambil angin tengah-tengah panas macam ni? tepi kereta pulak tu...dalam kan ada aircond lagi sejuk"azam tertawa apabila mendengar jawapan dari hairiey

"aku nak ambil angin fresh! kau apa tahu...eh! by the way...budak ain tu masuk kerja harini kan?"soal dia

azam kerut kening sambil merenung sinis ke arah hairiey dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"apa!? aku just nak tanya pekerja aku...salah ke?"soal hairiey sambil tertawa menahan rasa

"habis...aku pekerja kau jugak! kau tak nak ambil tahu pasal aku? aku makan ke belum..aku dah rehat ke belum...aku dah solat ke belum...,tak nak tanya?"soal azam

hairiey tertawa mendengar celoteh azam.
"dah lah kau...baik aku masuk cek sendiri! kau bukannya nak jawab soalan aku! menjawab lebih-lebih lagi adalah!"hairiey menampar perlahan bahu azam bersama senyuman kemudian terus berlalu ke dalam cafe.

azam hanya tertawa melihat reaksi temannya itu.
dia menggeleng saja.

Hairiey berjalan menuju ke arah kaunter pembayaran.dia mencari-cari gerangan seseorang yang dinanti.
'mana dia ni?'

tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh sedang membawa pesanan pelanggan dari bahagian kitchen ke arah meja nombor 8.
bibirnya secara tak sengaja terukir senyuman.

dia cuba menyembunyikan wajahnya.cepat-cepat kakinya dilajukan menuju ke bilik kecil di mana tempat khas untuknya juga merangkap tempatnya berehat dan melakukan hal-hal cafe.

"err...kak bibah! nanti suruh ain masuk bilik saya"katanya sewaktu berselisihan dengan kak bibah yang kebetulan melalui kawasan itu.

"baik encik hairiey"jawab kak bibah terus berlalu ke dapur semula.
.................

"Ain!! Ain!!"

Ain yang sedang memberitahu menu pesanan pelanggan kepada chef di dapur menoleh ke arah kak bibah yang sedang menggamitnya.

"err...chef kamalrul, saya letak listnya di sini ye?"kata ain.

lelaki yang dipanggil chef kamarul itu mengangguk saja.

Ain berjalan ke arah kak bibah di hujung dapur yang sedikit sesak itu.

"ada apa kak?"soal ain

"Encik hairiey nak jumpa dengan ain"

"encik hairiey? siapa tu kak bibah?"soal ain tidak faham

kak bibah tertawa perlahan.kelakar dengan soalan dari ain.

"encik hairiey tu pemilik cafe ni lah...dia nak jumpa ain,apalah ain ni...itupun tak kenal"kak bibah tertawa perlahan.

Ain hanya tersengih.
"mana ain tahu...ain kan tak pernah jumpa dengan encik hairiey tu lagi..Err dia nak apa ye kak?"soal ain risau

"mungkin dia nak tanya apa-apa dari ain.ain kan pekerja baru dia..."kata kak bibah

ain terangguk-angguk.

"tunggu apa lagi? cepatlah pergi,nanti orang tua tu mengamuk pulak"usik kak bibah.sengaja dia meletakkan perkataan 'orang tua' dan juga 'mengamuk' itu.padahal karakter encik hairiey yang sebenar bukannya sebegitu.
jauh panggang dari api!

"ba..baik kak bibah!"terus kakinya dihala ke arah belakang cafe itu.dimana tempat yang agak sunyi dari bisingnya di depan.

Ain sampai di hadapan pintu yang tertutup.ada satu perkataan yang tertulis di pintu tersebut.
perkataan 'Encik hairiey' itu dibacanya dalam hati.

nafasnya ditarik dan dihembus perlahan.
'mesti dia mengamuk lagi! maklumlah...orang tua kan selalu saja nak marah-marah.ishh...seram pulak aku nak berjumpa dengan dia.adakah dia sebaya dengan abah?'
hatinya berkata-kata sendirian.

dengan bacaan bismillah jarinya mengetuk pintu tiga kali.

"masuk!"

ain semakin takut apabila mendengar suara dari dalam yang menyerunya supaya masuk.
'suara tak macam tua pun'

tombol pintu itu dipulasnya.
dia menjenguk ke dalam.keadaan bilik itu agak sejuk dan tenang tanpa bunyi bising seperti di luar.
keadaan bilik sederhana besar itu juga tampak cantik dan kemas.

mata ain tertumpu pada kerusi empuk yang diduduki seseorang yang membelakangkannya.

Ain berdiri di hadapan meja yang dipenuhi dengan file dan sebuah computer riba itu.

"a..a..ada apa encik hairiey panggil saya?"soal ain cuba untuk hilang rasa di hati.

Hairiey tersenyum dibalik kerusi itu.
akhirnya dia membuat keputusan untuk kembalikan kerusi itu ke posisi sepatutnya.
bersama senyuman yang manis hairiey berwajah tenang.

Ain terkaku terus!
saat matanya menatap lelaki yang tersenyum mirip seseorang di hadapannya kini.
'lelaki ini lagi'?
'kenapa dia'?
'macam mana dia boleh berjumpa lagi dengan aku'?
pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.
hatinya apatah lagi.
ini bukan bergetar kerana cinta!
tapi bergetar kerana wajah lelaki ini mengingatkan dia kepada satu-satunya lelaki yang dicintainya!

"Ain! Ain..!"

Ain tersentak apabila suara hairiey sedikit keras menegurnya yang sedang membeku.

"err..mmaafkan saya encik hairiey,ada apa-apa yang encik hairiey perlukan daripada saya ke?"
soal ain cuba mengawal riak wajahnya agar tidak ketara.
'jaga kak bibah ni! dia cakap encik hairiey ni tua! padahal!'

"kenapa setiap kali awak pandang saya,muka awak akan terkejut dan awak seperti diam tanpa kata"soal hairiey cuba menguji ain.
dia bersuara biasa.
tiada niat mahu menunjuk kuasa seorang boss.
memang dia selalu begitu kepada sesiapa sahaja.

"mana ada"jawab ain

"err...its okay,awak lupakan soalan saya tadi"

ain mengangguk perlahan.
"ada apa ye encik hairiey panggil saya?"

"awak duduk dulu,jangan risau saya tak makan orang"kata hairiey sambil tersenyum.

Ain cuba untuk tersenyum namun bibirnya seakan-akan berat nak bergerak jadinya dia hanya duduk saja.

hairiey membawa keluar sehelai kertas dari dalam file yang ada disebelahnya.
dia meletakkan kertas itu dihadapan ain.
"awak isikan maklumat awak dalam kertas ni.nanti kalau apa-apa hal senang kerja saya ye?"

Ain tersenyum sedikit dan mengangguk.

Hairiey menghulur sebatang pen kepada ain.

Ain terkesima seketika.
"saya kena isi sekarang ke encik?"

"yupp...awak isi sekarang depan saya.awak anggap macam interview la..okay."senyuman lebar masih lagi menghiasi wajah hairiey

Ain mengangguk dengan teragak-agak.
'tolong jangan senyum lagi! senyuman encik mirip seseorang yang ada dalam hati saya sekarang ni'

Ain memulakan kerjanya.
segala soalan-soalan yang ada dalam kertas itu diisinya dengan tertib.
semua maklumat dirinya diisi.

Hairiey bersandar sambil memerhati wajah yang sedang tekun menulis itu.
dalam diam dia mengukir senyuman.
wajah manis di hadapannya terlihat sangat indah.
memang menyenangkan hatinya.
matanya beralih ke arah kening yang terbentuk cantik,mata yang beralis lentik,hidung yang mancung dan bibir yang terbentuk indah.
dan...sebentar tadi buat pertama kalinya dia melihat sepasang lesung pipit yang comel menghiasi senyuman itu.

"Abang! memang tepat pilihan kau selama ni,mama yang tak nampak keindahan itu.."katanya dalam hati.

Ain yang menulis semakin tidak betah duduknya.
dari tadi lagi dia tersedar tentang pandangan lelaki di hadapannya itu.
sedaya upaya dia beriak biasa namun cara pandangan mata di hadapan membuatkan dia tidak boleh duduk dengan selesa.

cepat-cepat dia menghabiskan segala yang tertulis di dalam kertas itu dengan betul dan teliti.

tiba-tiba matanya tertumpu pada soalan yang paling akhir.
'pernah bertunang? nikah? atau lain-lain? sila nyatakan'

Ain menggaru pelipisnya.
"Err..maafkan saya encik hairiey"

Hairiey mulai sedar dari lamunannya.dia memandang tepat ke wajah itu.

"soalan yang ni...perlu ke dijawab?"soal ain
sambil menunjukkan soalan itu kepada hairiey.

Hairiey yang melihat soalan itu menahan tawa dalam diri.dia sengaja meletak soalan itu.semuanya demi memastikan lagi seseorang yang dicintai abangnya itu dulu adalah ain.

"err..memang wajib jawab semua,kalau awak tak faham soalan awak boleh je jawab terus terang dengan saya.so..tak payah awak nak susah tulis lagi"jawab hairiey

Ain berfikir seketika.
kalau dia mahu jawab dengan tulisan.dia tak tahu macam mana nak cerita.tapi.lebih baik dia bercerita dari mulut saja.
"maafkan saya encik hairiey.saya tak boleh jawab soalan ni.ia....ia terlalu peribadi,saya tak nak cerita perihal yang lepas"kata ain dengan serba salah.

Hairiey terkesima seketika.
betullah yang ain ini memiliki kisah silam yang perit.
dia dapat melihat kesedihan yang dirasai oleh ain atas pemergian arwah abangnya.

"Err...its okay.soalan tu awak tak payah jawab"kata hairiey

Ain mengangguk sambil tersenyum.
"terima kasih encik hairiey.lagi satu..saya nak ucapkan terima kasih pada encik sebab sudi ambil saya bekerja.saya tak ada apa-apa pengalaman apatah lagi pelajaran'

Hairiey sedikit tersentuh dengan kata-kata yang keluar dari mulut ain.
'saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada awak sebab awak pernah bahagiakan abang saya'

"sama-sama.saya tak perlukan pengalaman.yang saya perlukan adalah kesungguhan"

Ain bangun berdiri sambil tersenyum.
"saya pergi dulu encik hairiey"

Hairiey tersenyum sambil mengangguk.

Ain berlalu keluar dari situ.

Hairiey lekas-lekas mencapai kertas itu.
nama penuh Ain dicari.
"Nurul Natasya Nur Ain binti Rahim"
bibir hairiey mengukir senyuman.
"aku tak salah orang! memang dia orang! Alhamdulillah"
dia tersenyum kepuasan.kertas itu disimpannya baik-baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience