chapter 9

Others Series 1365

Ain menghempas tubuh ke katil yang empuk.
segala urat saraf di dalam badannya bagaikan dicubit-cubit dengan kuat.
semuanya terasa sengal dan sakit.

ain memicit pergelangan tangannya dengan perlahan.

tiba-tiba akalnya teringat perihal lelaki yang wajahnya seiras dengan Harrish sebentar tadi.
dia merenung syiling bilik yang sunyi itu.
"siapa lelaki tadi?"

"jangan-jangan selama ni...harrish masih hidup? semua orang menipu aku ke? tapi...kubur siapa dekat kampung tu?"soal ain sendirian.

"Ya Allah...apa semua ni.aku tak pernah nampak lagi muka seseorang yang begitu sama wajahnya.kalau ada pun..hanya sedikit persamaan.tapi yang ini....begitu sama sekali.memang betul-betul harrish"

hatinya jadi sayu tiba-tiba
"Harrish...saya rindukan awak.saya tak pernah lupakan awak.awak akan sentiasa ada di hati saya untuk selamanya.saya harap sangat awak akan ada dengan saya setiap masa.tapi saya sedar...saya tak mampu nak buat begitu"Ain menyeka air mata yang mengalir di pipi tanpa sedar.rupanya-rupanya cadar katilnya sudah basah dengan titisan-titisan air matanya.

Tokk!! Tokk!!

Ain terus bangun duduk sambil menyeka sisa-sisa air matanya di wajah.dia tersenyum lebar ke arah kak muna yang berdiri di pintu bilik.

"masuklah kak...buat apa tercegat di situ?"soal ain

kak muna melangkah masuk.dia duduk di birai katil ain.

"macam mana dengan kerja Ain harini?"soal kak muna

Ain tersenyum.
"biasa je kak...cuma lenguh-lenguh badanlah.mungkin sebab ain dah banyak bela lemak-lemak dalam ni...sebab tu bila buat kerja kesan dia macam ni"jawab ain sambil tertawa.

kak muna juga tertawa perlahan.
"seronok?"

"errmmm...seronok! sebab dapat jumpa kawan-kawan yang baik semua.lepastu..kerja pun rileks je,cuma...time waktu lunch hour.memang kena kerah tenaga semua orang"

"baguslah...sekurang-kurangnya ain ada sedikit pengalaman kan?"

ain mengangguk perlahan.

"kak bibah ucap terima kasih banyak-banyak dekat ain sebab sudi tolong dia"

ain tertawa perlahan.
"alahh...biasalah tu kak.bila orang dalam kesusahan apa salahnya kalau kita mampu tolong kita tolong.ain okay je..."

kak muna mengangguk perlahan.
"okaylah...ain rehat ye?"

"baik kak.."

"tidur elok-elok.jangan sampai berdengkur pulak?"

ain dan muna sama-sama tertawa.

kak muna melangkah ke arah pintu mahu keluar.
ain berfikir sesuatu kemudian...

"kak muna"

muna berhenti melangkah dan berpusing ke arah ain semula.
"ye ain?"

"err...ermm...err..ain ingat ain nak balik kampung esok"

wajah muna terus kelihatan keruh.
"kenapa? tak nak duduk sehari dua lagi? perlahan-lahan ain cari kerja?"

"dah banyak tempat ain cari kak...semuanya tak jalan.ain ingat...baik ain balik kampung je"kata ain

"sunyilah akak lepasni..."keluh kak muna

ain tersengih.
"nanti ain datanglah sini sesekali melawat akak"

"hurrmm...suka hati ain lah.akak tak ada hak nak halang.tapi...ain kena tunggu akak balik dari kerja dulu tau,lepastu biar akak hantar ke stesen bas"

ain tersenyum dan mengangguk.

"akak masuk tidur dulu..."
kata kak muna dengan suara sedih.
dia melangkah keluar dari bilik ain..
..................
Harrish lekas-lekas cuba menghabiskan hidangan makan malam yang terdapat di dalam pinggannya.
tiba-tiba saja akalnya teringat akan sesuatu yang menyebabkan dia tergesa-gesa mahu lekas-lekas berlalu dari meja makan itu.

sejak tadi lagi wajah gadis yang bernama ain itu melekat di mindanya.
dia sendiri pun tidak pasti untuk apa dia teringat akan gadis yang baru dikenalinya itu.
sehinggalah dia tiba-tiba teringatkan sesuatu yang disimpan selama ini.

"kamu ni kalut semacam je..nak ke mana? ada temujanji dengan zura?"soal datin salina dengan lemah lembut apabila terpandang kekalutan anaknya menghabiskan makanan.

dator rahim yang baru sedar sekadar menjeling melihat.

"betullah tu ma...mana lagi abang nak pergi selain dari jumpa dengan kekasih hati dia tu"sampuk adik lelakinya Haikal yang sedari tadi hanya diam.

Hairiey tersengih-sengih.sedar yang dia sedang tergesa-gesa sehingga membuatkan yang lain tersedar.
"takde lah ma...Riey nak naik bilik,ada kerja sikit nak buat"

"pasal university ke?"soal datin salina

Hairiey terpaksa mengangguk sambil tersengih sumbing.

"baguslah...lagi berapa sem lagi Riey dah nak habis belajar.lepas ni akan sibuk dengan kerja pulak"sampuk dato rahim

"tapi...kerja-kerja jugak.jangan jadi macam papa korang ni...sibuk 24jam"kata datin salina sambil menjeling ke arah suaminya.jeling-jeling manja gitu.

"apa awak ni...depan anak-anak pun nak cakap ketidakpuasan hati awak tu...saya kerja untuk bangunkan syarikat kita juga.nanti bila riey dah habis belajar...dia yang akan ganti tempat saya tu"kata dato rahim

"ermm...ye lah bang,maaf ye"datin salina tersengih-sengih.

hairiey dan haikal sama-sama tersenyum apabila melihat sesekali papa dan mama mereka bertekak dan kemudian berbaik semula.
......................

Hairiey tergesa-gesa mengunci pintu biliknya.dia kemudiannya menuju ke katil dan membongkok lalu mencapai satu kotak sederhana besar di mana tempat tersimpannya rahsia arwah harrish.

kotak itu diletakkan atas katil dan dia bersila demi keselesaan.
kotak itu dibuka kemudian dia menyelongkar mencari sesuatu yang dicari.

dia tersenyum saat terpandang sekeping gambar yang dicarinya.
dia mencapai gambar tersebut dan mula melihat gambar seorang gadis di dalamnya.

matanya terbuntang luas.lidahnya kaku untuk mengungkap apa-apa perkataan lagi.matanya terpaku pada gambar di tangan manakala fikirannya cuba mengingati wajah gadis siang tadi.

tiba-tiba saja air matanya bertakungan di tubir mata.
"keajaiban apakah ini?"
"abang...Riey dah jumpa orangnya.orang yang riey cari demi abang selama ini"katanya sebak.
lekas-lekas air mata diseka pantas.

"Alhamdulillah ya Allah.kau permudahkan urusanku.semoga selepas ini semuanya berjalan dengan lancar"doanya sendirian.

dia kembali meletakkan gambar di dalam kotak itu.
telefonnya di sebelah dicapai.
dia mendail nombor seseorang.

beberapa saat kemudian panggilannya berjawab.
"Assalammualaikum azam"

"waalaikumsalam...ye riey? ada apa-apa ke?"soal azam di talian.

"err...aku nak minta tolong kau sesuatu boleh tak?"soal hairiey

"boleh je selagi aku mampu.apa tu?"

"boleh tak kau ambil budak siang tadi kerja dekat cafe?"

"budak siang tadi? budak mana?"soal azam masih lagi tidak dapat tangkap.

hairiey menjeling melihat ke arah gambar di dalam kotak itu.dia tersenyum senang.

"yang ganti kak bibah tu.Ain namanya..kan?"soal hairiey

"ohh..Ain,kenapa pulak? bukan ke kita semua dah cukup staf?"soal azam dengan pelik.

hairiey gigit bibir.apa dia nak jawab?

"alah..takpe,kau ambik je dia bekerja.esok kau bagitahu dia ye? kerja tetap tau!"

"errr...okaylah.esok aku mintak tolong kak bibah.sebab dia je ada nombor kakak angkat ain tu"kata azam

hairiey tersenyum senang.
"okay...thanks bro"

"hurmm...welcome"

"okay..bye"

"bye"

talian diputuskan.

hairiey tersenyum senang.
"abang...riey akan cuba tunaikan permintaan abang!"
...............
Ain melihat dua buah beg pakaiannya yang bakal dibawa pulang ke kampung.
perasaan sedih datang bertandang di lubuk hatinya.
mana tak sedihnya apabila niat datang ke bandar besar ini untuk mencari rezeki demi membantu abah di kampung tidak tercapai.

Ain mengeluh perlahan.
dia sendirian di sofa ruang tamu yang sunyi itu.
dalam beberapa minit lagi kak muna akan balik dari kerja dan menghantarnya ke stesen bas yang ada.

"maafkan ain abah...niat ain nak bantu abah tak tercapai.semua di sini memandang pengalaman dan pencapaian.ain mana pandai macam orang-orang bandar dekat sini abah...ain hanya ada spm saja.Ain janji...ain akan bantu abah dekat dekat kampung.tak kisahlah toreh getah atau bersawah sekalipun...ain tak peduli.ain akan cuba sedaya semampu ain..."

zzzz....zzz...zzz..

Ain melihat ke arah telefonnya yang bergetar menandakan ada panggilan masuk.
dia pantas menyeka air matanya.
nama kak muna terpampang jelas di skrin kecil telefonnya itu.
dia tersenyum dan menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum kak muna.."

"waalaikumsalam...ain dekat rumah lagi kan sekarang?"soal kak muna semacam tergesa-gesa.

"err...ye lah kak muna.kan kak muna nak hantar ain ke stesen kejap lagi,kenapa kak? akak sibuk erkk? kalau akak sibuk ain naik teksi pun okay..."

"bukan...akak ada nak cakap sesuatu dekat ain..tunggu akak balik ye?"suaranya termengah-mengah

"kak muna tengah memandu ke tengah lari? kak muna okay ke?"

"kak muna dah nak sampai rumah dah ni.dah masuk simpang ke rumah kita.Ain tunggu ye..?"

"ba..baik kak,tapi....."

ttttuuuttt!!!

Ain melihat skrin telefon nokianya yang sudah gelap.
dia menggeleng sambil tersenyum.
"apalah kak muna ni.kalut semacam je..."

tidak sampai beberapa minit terdengar bunyi deruan enjin kereta vios milik kak muna.
Ain tersenyum dan menapak membuka pintu depan.

dia melempar senyuman pada kak muna yang termengah-mengah.
kak muna turun dari kereta dan dengan tergesa-gesa memasuki rumah.
hampir saja dia membelah tubuh kurus ain yang berdiri di muka pintu untuk menyambutnya.

Ain sedikit tersentak.mujur juga dia masih berdiri tegak.
"Ain dah buatkan air untuk akak.dekat ruang tamu"katanya apabila melihat kak muna seperti kehausan.

"terima kasih ain...ain macam tahu-tahu pulak akak tengah haus sekarang ni"

Ain tersenyum apabila melihat kak muna dengan rakus meneguk air sirap selasih buatannya khas untuk kak muna.
dia mengambil tempat duduk di hadapan kak muna.

"sedapnya ain...lega perasaan akak bila rasa air sirap selasih yang kau buat ni.kau memang pakar kalau bab-bab buat air ni kan?"kata kak muna setelah kembali tenang.

Ain tertawa perlahan.
"Ain saja buatkan air spesial ni untuk akak.mana tahu lepasni akak rindu sirap selasih ain lagi"

kak muna tersengih-sengih.

"kak muna ni...macam kena kejar dengan hantu.cuba cerita dekat ain apa yang jadi sebenarnya? risau ain tengok akak tergesa-gesa macam ni"soal ain

"akak ada kerja nak bagi pada ain.sebab tu akak takut kalau-kalau ain dah balik"

"kerja?"

"ye...kerja! kerja dekat cafe yang ain ganti kak bibah haritu"kata muna

kening ain bertaut.
"kak bibah nak cuti pulak ye?"

"bukan...Ain disuruh bekerja di cafe tu"kata kak muna.

"aikk...siapa yang cakap kak?"

"encik azam tu lah...dia mintak tolong kak bibah suruh sampaikan pada akak"

"ohh...Azam! tapi....kenapa kak? cafe tu mana ada jawatan kosong ataupun kekurangan staf.kenapa tiba-tiba?"

"mana akak tahu.mungkin boss cafe tu suka dengan cara kerja ain? ain ada jumpa boss cafe tu ke?"

ain menggeleng.
"mana adalah kak..."

"akak pun pening jugak,tapi takpelah...itu namanya rezeki..so ain nak ke tak nak?"

Ain berfikir seketika.
"Ain memanglah nak kerja...tapi ain dah call abah cakap ain nak balik kampung.tak jadi nak kerja dekat KL"

"alah...itu boleh dibagitahu semula kejap lagi.yang penting...Ain nak kerja tak dekat cafe tu?"soal kak muna.

Ain terdiam.
'masih adakah peluang untuk aku berjumpa dengan lelaki seiras harrish tu lagi?'

"Ain!!"

ain tersentak dari lamunan.dia tersengih.

"macam mana?"

"Ain kerjalah kak..nanti boleh jugak bagi duit dekat abah bulan-bulan.Alhamdulillah masih ada rezeki ain dekat bumi Kuala Lumpur ni"

kak muna tersenyum senang.
"kalau macam tu..besok ain dah boleh start kerja"

"esok!?"

kak muna mengangguk sambil kembali meneguk air di dalam gelasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience