Ain merenung dirinya yang terpantul di dalam cermin.
wajahnya yang sembab dan mata yang bengkak menghiasi wajahnya.
usai pulang dari berjumpa dengan hairiey sekaligus mengutuskan satu keputusan yang langsung tak pernah terfikir olehnya.
dia menangis sepuas hati.
menangis kerana benci dengan hati sendiri yang tidak dapat mengawal perasaan yang mulai bercambah ketika dengan hairiey.
benci dengan dirinya yang masih berdegil mahu mengambil risiko kembali berdepan dengan datin salina.
"kau dah gila ke ain? keputusan apa yang kau buat ni? kau nak lagi ke diri kau dihina dicaci lagi?"bentak akalnya
Dengan tidak semena-mena air matanya gugur lagi.
dia terduduk di kerusi yang tersedia.
"Maafkan ain ayah...ain buat keputusan tanpa bagitahu ayah,maafkan ain abang harrish...."katanya dengan hiba
kali ini dia benar-benar terasa down.
seperti berulang lagi keadaannya ketika saat dia dikhabarkan tentang kemalangan yang meragut nyawa harrish.
"Ain??"
Ain menoleh ke belakang.dia melihat kak muna yang seperti terkejut dengan apa yang dilihat.
"kak muna...."ain berlari pantas memeluk tubuh kak muna.
kak muna yang tidak tahu apa-apa hanya membalas pelukan yang erat dari ain.ain menangis di bahunya.
dia menggosok belakang ain agar terasa lebih tenang.
kenapa dengan budak ain ni?
.................
kak muna menghampiri ain yang sedang duduk termenung merenung kosong ke arah skrin tv.
dia duduk di sebelah ain.
"minum ni ain..."katanya
ain tersedar dari lamunan.dia menyambut huluran daripada kak muna.
dia mengukir senyuman tipis.
"terima kasih kak muna...maafkan ain kalau ain buat kak muna risau"
"takde apalah ain...sesiapa pun pasti risau bila tengok ain tadi.cuba ain cerita dengan kak muna apa yang terjadi sebenarnya.kak muna ni dah anggap ain macam adik akak tau? takde lebih takde kurang.apa saja masalah ain...akak harap sangat akak boleh bantu semampu akak...."
ain memandang wajah ikhlas kak muna.
dia meletak mug terisi minuman panas di atas meja di hadapan.
"ain...terima lamaran dia kak"jawab ain perlahan saja,namun cukup membuatkan kak muna terkejut.
"tadi?"
ain angguk lagi.
"Alhamdulillah...."kak muna mengukir senyuman
"Ain takut dengan keputusan ain...."
"apa yang ain nak takutkan?"
"segalanya kak.ain takut nak berhadapan dengan mama dia,seseorang yang terlalu bencikan ain.ain takut dengan reaksi ayah.dan yang paling ain takut....ain risau kalau dia cuma nak kahwin dengan ain hanya sebab amanat arwah abang harrish"
kak muna tersenyum.tangan ain digenggamnya.
"ain...akak boleh rasa tau perasaan dia tu macam mana untuk ain.akak yakin dia ikhlas dengan ain.seorang lelaki...selagi dia tak ajak seorang gadis menuju ke hubungan yang halal..itu menandakan yang dia masih lagi ragu-ragu dengan perasaan dia sendiri.tapi hairiey ni lain...dia kenal ain then dia ajak ain kahwin.bukan senang nak jumpa lelaki macam tu sekarang ni tau?"
ain hanya diam saja.
"soal mama hairiey,itu soal biasa saja.ain nak kahwin dengan anak dia...bukan dengan mama dia"
"tapi kak muna...kalau kita kahwin dengan seseorang,automatik kita kahwin dengan family dia"balas ain
kak muna tersenyum.
"yes...kak muna tahu semua tu,tapi...mertua tak setanding dengan suami.dia nak jadikan ain isteri dia.dan automatiknya dia adalah suami.dalam semua hal untuk wanita yang dah berkahwin,suami lah tempat utama yang kita kena rujuk.biarlah apa orang nak kata,termasuk mertua...asalkan suami kita percaya dan sayangkan kita.soal kasih sayang ni boleh dipupuk ain...lama-lama nanti akak yakin...datin salina yang bagaikan puteri kayangan tu akan lembut hati"
ain tertawa perlahan mendengar gelaran kak muna terhadap datin salina.
mereka sama-sama tertawa perlahan.
"nanti ain jangan bocorkan rahsia ni dekat haiirey pulak"bisik kak muna.
semakin kuat ketawa mereka.
ain terasa lapang dadanya saat ini.
betul apa orang cakap.
meluahkan apa yang terbuku di hati dapat memberikan kita satu rasa yang lain.
"so...lepas ni tak nak bawak bakal menantu jumpa ayah dekat kampung ke?"
ain tersenyum.
"mesti ayah terkejut kan kak?"
kak muna tersenyum.
"mula-mula macam tu lah.macam ain jugak kan?"
ain tersenyum lalu mengangguk.
"jangan sedih-sedih dah tau? ain kena ingat.macam mana ain nekad nak berkahwin dengan arwah dulu..macam tu lah ain kena buat.tolak soal mertua bencikan ain.semua tu kita boleh perbaiki.asalkan yang nak berkahwin ni sama-sama ikhlas jatuh cinta"
ain tersenyum.
"akak dah boleh jadi dokter cinta"
kak muna ketawa kuat.
"kalau akak dokter cinta...dah lama akak kahwin ain oi"
mereka sama-sama tertawa.
.....................
hairiey tersenyum senang.hari-harinya terasa lapang dan gembira semenjak dia mendapat khabar gembira daripada ain semalam.
ain cakap nak bawak dia balik kampung dan jumpa dengan ayah serta adiknya.
"one step closer!"kata hairiey sambil tersenyum girang.
"i tak salah dengar ke?"soal zura di belakang dia tiba-tiba
hairiey terkejut kemudian terus tersenyum lebar.
dia kemudian mengambil tempat duduk di bangku yang ada.zura pulak di depannya.
mereka baru saja habis kuliah terakhir sebelum peperiksaan bakal tiba.
"apa yang you dengar?"soal hairiey sambil tersenyum ceria
zura tersenyum saja.
"one step closer?"
hairiey tersenyum.
"betul...you tak salah dengar"
"ohh....okay! i want you to tell me the truth! by the way...dalam dua tiga hari ni..you lain lah"
"apa yang lain?"
"you ceria...macam takde problems,orang lain busy nak belajar sebab nak exam...but look at you"
hairiey tertawa perlahan.
"i siang malam bertungkus lumus belajar untuk masa depan i dengan bakal isteri i nanti...you tu yang tak nampak"
zura tersenyum malu.rambut yang berjuntaian diselit ke belakang telinga.
"so...ceritalah apa yang i dengar tadi"kata zura teruja mahu tahu.
hairiey tersenyum.
"i dah jumpa calon isteri i"
zura yang sedang tersenyum terus tersentap mendengar sebaris ayat itu.senyumannya tiba-tiba mulai mengendur.
dia memandang wajah ceria hairiey.
"ss...si..siapa?"soal zura
"dia orang yang i cari selama ni.i dah lama menanti dia hadir dalam hidup i"balas hairiey dengan teruja
zura menundukkan pandangan.tiba-tiba saja air matanya bertakungan.
dia cuba menahan perasaan ketika ini.
dia menyeka air mata lekas-lekas supaya tidak disedari oleh hairiey.
dia tersenyum dalam keterpaksaan.
"so....you dah propose dia?"
"yes...and you know what she said?"
zura hanya mampu menggeleng sambil tersenyum paksa.
"she said yes,ini saat yang paling i nantikan.you orang yang pertama yang i bagitahu,sebab you so...important to me"kata hairiey
zura tersenyum lagi.dia sudah tidak dapat tahan.dia cuba bertahan namun dia terlalu lemah ketika ini.
dia bangun dari duduk.
hairiey yang melihat zura yang tiba-tiba bangun terasa pelik.
"you nak pergi mana?"
"Err...i...i nak jumpa kawan kejap.penting,kita jumpa nanti ekk?"terus zura berlalu pergi tanpa memandang ke arah hairiey lagi.
"i ingat nak belanja you makan dekat cafe!!"jerit hairiey agak kuat ke arah zura yang semakin menjauh.
"next time!"balas zura
hairiey terasa pelik.
dia menggumam sendirian.
"okay"
Hairiey melangkah masuk ke dalam rumah.dia melepaskan lelah memandu di sofa ruang tamu.
matanya terkebil-kebil merenung syiling putih.
"kenapa dengan zura tadi ekk?"soal dia sendirian.
dia cuba mengingati wajah zura yang berubah secara tiba-tiba saat dia bercerita perihal ain.
"kenapa ni? ada masalah dekat kolej?"soal harisya muncul tiba-tiba
hairiey bangun dari pembaringannya.dia duduk bersila pulak di atas sofa.
"riey peliklah dengan zura...."
kening harisya berkeriut.
"kenapa dengan zura?"
"dia lain....tadi masa kami sama-sama habis class,riey terlepas cakap pasal bakal isteri riey....tiba-tiba je muka dia berubah...and then she leave me...."
"kau dengan dia kan kawan rapat? ada la tu mana-mana yang tak kena"
"mana adalah kak....riey ni sepanjang berkawan dengan dia,dia tak pernah buat macam tadi"
harisya termangu seketika sebelum dia kemudiannya tersenyum sinis.
"dia suka kau tak?"
hairiey ketawa perlahan.
"mana adalah kak....kami kenal dari sekolah lagi,mana pernah timbul perasaan suka sama suka ni...."
"hati perempuan riey....mana kau tahu? aku fahamlah sebab akak ni perempuan..cuba nanti kau siasat...apa yang tak kena"
hairiey mengangguk saja.
"tapi riey pasti...ni bukan soal perasaan suka.mesti ada kata-kata riey yang buat hati dia terguris...riey kena cepat-cepat minta maaf dengan dia"
"baguslah kalau macam tu,lepas ni kau tanya dia baik-baik...."
hairiey mengangguk saja.
"Ehh...by the way,kau tak nak cerita dengan akak ke....siapa bakal adik ipar akak? teringin jugaklah...nak kenal-kenal"
Hairiey melihat sekeliling.memastikan tiada mama di kawasan itu.
dia mendekatkan kedudukan supaya lebih dekat dengan harisya.
harisya pulak yang pelik melihat adiknya itu.
macam nampak hantu!
"sebenarnya...akak kenal dengan dia"kata hairiey perlahan.
"ye ke?"
hairiey angguk kepala.
"cakaplah...siapa?"
"akak jangan terkejut"
harisya mencebir bibir.
"apalah...cerita pun belum kau cakap akak terkejut'
hairiey tersengih.
"se...se..sebenarnya nama dia Ain,dan dia...bekas tunang arwah abang harrish"
"whattt!!!!"
terus mulut kakanya ditutup dengan tangan kanannya.dia meliar melihat sekeliling mana tahu kalau mama dia ada.
"hhrrrmmm!!!gggrrthhmmmmm!!!"
hairiey menarik balik tangannya sambil tersengih.
"kau buat apa ni riey? kau tahu kan mama...."soal harisya dengan berbisik
hairiey angguk kepala.
"riey tahu kak...tapi dia tak bersalah.mama yang terlalu bencikan dia sampai sanggup kutuk dan memfitnah ain.lagipun....arwah abang rish yang mahukan riey tunaikan impian dia.iaitu lindungi ain..."kata hairiey perlahan juga.
"kau serius ke ni riey? kau tak tipu akak kan?"
"buat apa riey nak tipu akak...."
"mama dan papa tahu?"
hairiey tersenyum senget.
"akak rasa kalau mama tahu riey masih relaks macam sekarang ke?"
harisya melepas nafas lega.
"papa?"
hairiey angguk kepala.
"cuma satu je riey minta dengan akak...."
"apa?"
"akak jangan bencikan ain sama macam mama bencikan dia"
harisya tersenyum.
"akak tak bencikan ain.dia gadis baik.akak suka masa dia yang dipilih oleh arwah harrish dulu.cuma....akak takut mama marah"
hairiey tersenyum lega.cuma mama saja misi dia!
"akak kena tolong riey"
"tolong macam mana? berat kes kau ni"
"akak tolong tunjukkan sisi baik ain pada mama?"
"kau tahu tak sebut nama dia saja pun mama dah melenting?"
"yes i know,but please...do it for me,i'm beg for you...just this time,i promise"
harisya mengeluh.
kasihan adiknya.nak berkahwin dengan gadis pilihan.tetapi....gadis itu pulak dibenci mama!
"baiklah...i will try"
hairiey tersenyum lebar.
"thanks kak...."
"huhh...okay you are welcome!"
"Riey?? dah balik?"soal datin salina yang tiba-tiba saja muncul entah dari arah mana
hairiey dan harisya sama-sama tersengih pada mama mereka.
"lahh...mama tanya ni kan? yang korang tersengih ni kenapa?"
"err...riey baru sampai ma...lewat sikit sebab kena buat persiapan penting"jawab hairiey
harisya pulak mengangguk menyokong kata-kata adiknya.
"hurrmm...ye lah,sya?? mana hisyam? belum balik lagi?"
"err....dah balik dah ma,cuma dia bawak baby pergi kedai,nak beli keropok katanya"jawab harisya dengan janggal
"ye lah...mama nak ke dapur kejap,haus tekak ni...."
harisya dan hairiey mengangguk serentak.
"susah ni..."keluh harisya setelah kelibat datin salina berlalu.
hairiey juga turut mengeluh.
moga-moga urusan dia dipermudahkan.
Share this novel