chapter 20

Others Series 1365

Pertemuan yang sangat mendebarkan.
padahal bukan ini kali pertama ain bertemu dengan kak harisya.

kak harisya memang sangat baik,seorang yang tegas tapi baik hati.
sampaikan ain dah anggap macam kakak kandungnga sendiri.

kalau dulu kak harisya ceria sahaja setiap kali arwah harrish pertemukan mereka.
tapi...tak tahu pulak sekarang macam mana.
mana tahu kak harisya jugak sudah sama dengan mamanya.

dari jauh ain sudah melihat seorang wanita bertudung bawal agak labuh menutupi dadanya.
di sebelahnya ada seorang lelaki iaitu suaminya,abang hisyam.mereka berdua bergelak ketawa bersama-sama.
beruntung kak harisya..rumah tangga yang sangat harmoni dan penuh dengan kasih sayang.

Ain memandang hairiey di sebelahnya yang turut beriringan dengan dia.
lelaki disebelahnya ini seseorang yang ada rupa,harta dan segalanya..tapi Ain jugak yang dipilihnya.
Dalam diam ain mulai menyimpul rasa bahagia.
semoga niat mereka bakal dipermudahkan dan mereka akan jadi seperti keluarga kecil kak harisya dan abang hisyam.

"dah puas dah?"soal hairiey

ain tersedar kembali.kemudian dia tertawa perlahan.

"kenapa pandang saya macam tu? masih tak puas hati lagi?"soal hairiey

ain tersenyum.
"maafkan saya pasal hal tadi.saya yang banyak ragu-ragu pasal awak.saya tak tahu apa dah jadi dengan saya.saya sanggup sakitkan hati awak dengan kata-kata saya tadi...maafkan saya?"

hairiey tersenyum senget.
terus dada ain terasa berdegup pantas.kenapa hairiey selalu saja senyum seperti itu? dia nampak sangat kacak okay!
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
arwah harrish dulu apa kurangnya.
memang seratus peratus sama dengan hairiey.

"jangan fikir lagi hal tadi.sekarang jom...kita dah nak sampai ni"

ain mengangguk sambil tersenyum.
mereka berjalan beriringan ke dalam restourant.

"Assalammualaikum..."

Harisya yang sedang berbual mesra bersama suaminya terdiam apabila ditegur oleh adiknya.
dia kemudian melihat wajah hairiey yang tersenyum ceria dan disebelah adiknya berdiri gadis ayu tersenyum lebar diberikan ikhlas kepadanya.

"waalaikumsalam....sampai pun,akak dengan abang dah lama tunggu,kan abang kan?"

"haah...kenapa lambat riey?"soal abang hisyam

hairiey tersenyum saja.
Ain juga tersenyum dia kemudian menyalami tangan harisya dengan penuh hormat.

sempat ain melihat hairiey menjeling melihatnya sambil mata kanan dikenyitkan.
ain menahan tawa dalam hati.

"jalan sibuk sikit tadi...sebab tu lambat,orang tengah shooting drama"jawab hairiey selamba.

ain yang mendengar sudah tahan tawa dalam hati.sabar je lah...jangan sampai terkeluar sudah! malu dengan kak harisya dan suami dia nanti.

"hahh!! shooting drama? drama apa?"soal harisya sudah terpedaya

"drama air mata...jejak kasih"jawab hairiey

"cehh!! main-main ekk!"marah kakaknya dengan muka yang marah.

hairiey dan hisyam sama-sama ketawa.

"ain...jangan terpedaya dengan riey ni...selalu sangat kenakan orang"kata harisya bergurau.

ain hanya tersenyum saja.
"baby qisya tak datang kak?"soal ain setelah diam sedari tadi

"tak...suka sangat duduk dengan paksu dia tu...haikal tu bukan ain tak tahu.dia umpankan qiysa dengan segala jenis game..melekatlah budak tu"

ain tertawa perlahan.
kenapa rasa janggal sangat?
"biasalah tu kak....budak-budak,suka sangat dengan game.."hanya itu saja yang dia mampu jawab.
aduhh!! ain! tolonglah buang rasa janggal tu.

"ehh..lama berbual,nak makan apa? order je...abang belanja hari ni"kata hisyam tiba-tiba

"wahhh...ada orang nak belanjalah harini...kita order banyak-banyaklah sayang ekk? biar padan muka orang tu"kata hairiey sambil tersenyum lebar.dia melirik ke arah ain yang sudah merah wajahnya.dia tahu kejap lagi mesti dia kena marah sebab bahasakan panggilan 'sayang' tu.

"err...saya ikut awak je..."jawab ain sebagai jawapan.perasaan malu dia dah lain macam sekarang ni.apatah lagi bila lihat kak harisya dan abang hisyam dah tersenyum sesama sendiri.

"okay...ikut selera saya ekk sayang?"

ain hanya mengangguk sambil tersenyum saja.
hairiey ni!! siap dia kejap lagi.memang saja nak bagi ain marah ke apa ni?

"ayah dengan ayu sihat?"soal kak harisya setelah mereka sama-sama menikmati hidangan yang baru tiba.

"sihat kak,cuma ayah tu lah...selalu sangat batuk kering,mungkin sebab cuaca panas sekarang ni."

"tak pergi klinik ke?"

"ayah tu biasalah dia...dia bukan suka dengan bau ubat,tapi ayu bawak jugak...risau kalau biar lama-lama"jawab ain sambil tersenyum.
perasaan rindu tiba-tiba saja terbit kepada ayah dan adik di kampung.

"ain mesti rindu dia orang kan?"

Ain senyum lagi.rasanya masa dia dekat sini hanya dihabiskan dengan senyum saja.
"siapa tak rindu dia orang kak? dah dekat dua bulan jugak ain tinggalkan kampung,insyaAllah...kalau tak ada apa-apa ain ingat nak balik jenguk ayah dengan ayu"

harisya tersenyum saja.
faham apa yang dirasai oleh ain.
"nanti kalau ain balik sana...ain kirim salam akak ekk?"

"insyaAllah kak...."

"boss tak bagi ain cuti ke? banyak pulak songeh boss ain tu kan? lain kali...ain ponteng je..boss ain pasti tak marah punya...betul tak yang?"kata hisyam sambil mencuit tangan harisya

"ahha...betul sangat-sangat,ain...lain kali ponteng je..boss ain tu bukannya penting sangat"sokong harisya dengan bersemangat

"amboi...amboi..kak...abang hisyam pun sama naik ekk sekarang? sedap mulut je mengutuk orang depan-depan,lain kali tunggu lah kutuk belakang"kata hairiey dengan nada suara yang sengaja merajuk.

ain yang mendengar terhibur jugak hati yang tadinya gusar tak tentu pasal.
kak harisya dan abang hisyam masih sama seperti dulu.pasangan yang happy dan bersederhana dan jugak banyak kongsikan nasihat ataupun pendapat.

Allah telah mengaturkan perancangan jodoh dengan sangat sempurna.
bertuah kak harisya ada pasangan yang seromantik abang hisyam.
bergitu jugak dengan abang hisyam.sungguh bertuah mempunyai seorang isteri yang berfikiran terbuka dan bijak macam kak harisya.
pasangan yang sama padan dan saling melengkapi.

"ain tak beranilah kak nak ponteng.boss ain kalau marah...marah dia lain macam"kata ain saja mahu mengusik hairiey sekaligus mahu pertemuan mereka ini ada pertemuan yang sangat manis.

"eh..eh..dia pun sama naik kan?"soal hairiey sambil menjegilkan mata pada ain disebelah.

ain dan yang lain hanya ketawa saja.

"ingat garang sangatlah tu...."kutuk kak harisya sambil mencebir bibir.

makanan yang diorder kini tiba di meja.
bau aroma masakan yang sangat sempurna benar-benar membuat sesiapa saja yang kenyang akan rasa lapar balik.

mereka sama-sama menikmati makanan masing-masing dengan berselera.
suasana yang selesa dan nyaman di dalam restourant itu sangat-sangat tenang dan menyegarkan.
pelanggan lain pun tak ramai seperti selalu.

selama sejam pertemuan mereka malam itu.akhirnya mereka beredar keluar dari restourant.

hairiey dan abang hisyam dah berjalan ke depan.
tinggallah ain dan harisya di belakang.mereka beriringan keluar.

"best makan dekat sini kan? ain sedap tak?"soal kak harisya sambil tersenyum lebar.

"sedap sangat kak...akak menang selalu makan sini?"

"jaranglah...sebab abang hisyam tu lah,sibuk memanjang.akak hari-hari uruskan baby qisya je ..lumrah suri rumah kan?"kak harisya ketawa saja di penghujung katanya.

ain juga turut tersenyum juga.
"biarlah kak...suri rumah ke berkerjaya ke..asalkan akak pandai uruskan keluarga.ain bangga dengan akak"

"alahh...ain ni,ain tak tengok lagi akak bertukar jadi singa,tak percaya tanya riey tu...tahulah dia..."

ain ketawa saja.memang senang bila berbual dengan kak harisya.seorang yang open minded.

"errmm..kak,ain nak cakap dengan akak sikit boleh?"soal ain memberhentikan langkahnya.

harisya jugak turut berhenti.mereka bertentangan.
"cakap je...akak dengar"

ain serba salah mahu bertutur.dia memandang wajah yang menanti kata-katanya itu.
"Ain cuma nak tanya....akak tak kisah ke ain kahwin dengan riey? errmm...maksud ain,dengan apa yang terjadi dekat arwah abang harrish dulu..."soal ain dengan perlahan dan sayu.

harisya tersenyum lalu bahu ain diusapkan seketika.
"itu semua perancangan Allah ain.siapa kita nak melawan takdir.jika benar jodoh ain dengan riey. itu semua Allah dah tetapkan.tapi dengan cara sebegini.Ain tak pernah salah dalam hal yang berlaku.mungkin kalau arwah masih ada...dia pun gembira bila tengok ain bahagia dengan riey..."

"tapi ain rasa bersalah sangat kak.ain nampak macam pentingkan diri sendiri.lepas arwah abang harrish meninggal...ain pulak bersama dengan adiknya.nanti apa orang akan cakap kak...ain berani mengaku yang dalam hati ain ni tak pernah pun nama arwah abang harrish hilang"

bahu ain sekali lagi diusap perlahan.
"Ain jugak berhak bahagia.tak kan lah bila arwah harrish dah takde,pintu kebahgiaan untuk ain tertutup terus? Allah hadirkan riey untuk jadi pengganti harrish.Ain pun patut bagi riey peluang untuk ada dalam hati ain.insyaAllah dia akan bahagiakan ain...depan mata akak,akak tahu yang dia sangat-sangat cintakan ain"

ain menyeka air mata yang bergenang di tubir mata,kemudian dia tersenyum.
"terima kasih kak sebab sudi terima ain yang tak sempurna ni untuk jadi pasangan buat adik akak..."

mereka berpelukan seketika.
"sama-sama...tapi ain mesti bahagiakan adik akak tau?"kata kak harisya memberi amaran keras.

ain tersenyum malu.
"insyaAllah kak...terima kasih kerana beri restu untuk kami"

tangan ain dicapai harisya.
"akak tahu riey akan bahagia dengan ain.dan ain jugak sama.soal mama...ain jangan risau,akak akan pujuk dia....dan nanti akak nak ajak ain datang rumah...kita makan sama-sama satu keluarga ekk?"

ain serba salah.yakinkah dia mahu berdepan dengan datin salina?
kuatkah dia untuk menerima cercaan seperti dulu lagi?

harisya tersenyum.tahu apa yang dirasai oleh ain.
"jangan risau..akak ada,nak jadi isteri pada muhammad hairiey haydar,ain kena yakin dan kalau boleh kena jadi superwomen tau? sebab riey tu...kuat merajuk"kata harisya sambil tertawa perlahan.
sampaikan ain jugak tergelak sama.memang tak sah kalau tak tertawa bila dengan kak harisya.
ada saja ideanya.

"amboii...amboii..ingat kita orang ni pengawal peribadi ke?"tegur suara tidak jauh dari mereka.

ain dan harisya berpandangan kemudian tertawa perlahan bila melihat wajah cemberut hairiey dan abang hisyam.

"kita orang dah jalan sampai china dah...dia orang masih dekat sini"kata abang hisyam lagi.

"tahu takpe...kita orang pusing balik tau?"sambung hairiey.

"dah...dah..jangan nak membebel ekk? kami ni ladies..so jangan nak pertikai okay.jom ain..kita tinggal dua orang ni"kata kak harisya kemudian menarik tangan ain berjalan dengan lenggok gaya catwalk membelah laluan hairiey dan hisyam.

ain hanya tersenyum dan menurut saja.

"sampai hati dia orang tinggal kita bang?'kata hairiey

"alahh...kita pun boleh buat apa,jom..."terus tangan hairiey ditarik kemudian abang hisyam berjalan lenggang lenggok meniru aksi isterinya tadi.

hairiey ketawa terbahak-bahak.sama naik suami dengan isteri,masing-masing tak nak mengalah.
mujur jugak tak ramai dekat situ.kalau dia orang ternampak abang hisyam berjalan macam tu..mau demam seminggu sebab terkejut sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience