chapter two

Others Series 1365

Aku terduduk sayu bersebelahan dengan sebuah kubur yang tanahnya masih lagi merah.tanda masih baru lagi penghuninya menghuni di dalam ini.

bunga-bunga yang ditabur kelihatan masih teratur di atas kubur.

tidak semena-mena air mata kembali menghuni mata yang masih lembab dengan air mata.
tangan yang masih berinai aku bawakan untuk memegang batu nisan yang terpacak.

"Ab..ab..abang.."terlalu payah untuk aku bersuara.
tidak ada kata untuk mengambarkan perasaanku saat ini.

"maafkan Ain..Ain yang salah,semuanya gara-gara Ain abang pergi kan?kenapa...? kenapa abang tinggalkan Ain? kenapa abang tinggalkan Ain di saat hari bahagia kita abang?"

air mata tak tertahan lagi.
semakin laju menuruni pipi umpama air terjun yang begitu deras.

"maafkan Ain....maafkan Ain abang...tskk...tskk..maafkan Ain...Ain salah,memang semuanya salah Ain..."

"kakak...janganlah macam ni kak...jom kita balik,semua orang dah tunggu akak.jom kak..."panggil adiknya Ayu yang berusia lima belas tahun.

dengan perlahan-lahan sedaya upaya aku bangun.kesedihan aku ketika kehilangan ibu tiga tahun yang dulu seperti kembali berulang.
semuanya bagaikan pantas berlalu.

seperti terbayang-bayang saat bahagia aku bersama Dia yang kini telah pergi menemui pencipta.

.........."Ain..."

aku menoleh ke kiri.saat terpandang senyumannya yang manis itu membuatkan hati selalu saja terasa nyaman dan indah.

Dia..lelaki yang pertama aku cintai,lelaki pertama yang membuatku terasa bagaikan gadis paling bertuah di muka bumi ini.
selama ini sesiapa saja memandang hina pada aku.
siapa yang mahukan gadis yang tidak bijak dan tidak cantik seperti aku?
hanya berpelajaran setakat spm.Hanya bekerja sebagai tukang jahit baju-baju yang ditempah oleh orang kampung.

"Sorry...abang lambat,ada something yang memerlukan perhatian abang"

aku hanya tersenyum.
"tak apa..Ain pun baru sampai"

Dia hanya tersenyum.lalu dia duduk disebelahku.
suasana di tengah-tengah sawah ini amat menyamankan.

"bila abang balik KL?"soal aku sekadar berbasa basi

"macam halau je..?"

aku dan dia sama-sama tertawa.

"bukan Ain halau abang...cuma,abang kan masih belajar,mama dan papa abang tak marah ke abang lama-lama dekat sini?"

"abang kan datang sini sebab nak buat kerja yang pihak University bagi.so...mama dan papa abang okay"

aku tersenyum.

"kenapa Ain senyum? seronok erkk abang ada sini?"

aku tertawa lagi.
tiba-tiba tawaku terhenti saat tersedar yang matanya yang berwarna hazel itu sedang ralit memerhatikan tingkahku.
mukaku terasa panas dek pandangannya.

"kenapa abang pandang Ain macam tu?"

"Ain cantik sangat bila senyum.ada lesung pipit di kiri,kanan pipi,yang paling abang suka,mata Ain sangat-sangat indah pada pandangan mata abang"

aku semakin tidak keruan.
"okay..okay..stop"

dia tertawa pulak.
aku jugak tertawan dengan senyuman dia,dia tak tahu.
senyuman yang selalu datang dalam mimpiku.

"Ain..sebenarnyakan,abang nak jumpa Ain sebab abang ada something nak bagitahu"

aku sudah serius.
"apa?"

"abang..nak suruh mama dan papa abang masuk meminang Ain"

Kata-katanya membuatku terasa terdiam seketika.

"Ain....?"

aku tersentak.
"tapi...Ain kan masih muda,Ain baru lapan belas tahun,abang pun baru dua puluh tahun kan?"

"tapi...abang tak nak terlepas,macam mana kalau lepas ni abah Ain terima pinangan dari mana-mana lelaki?"

aku tertawa seketika.
"kalau jodoh tak ke mana abang..lagipun,tak mungkin ada orang nak kan Ain ni,siapalah Ain ni.."

"abang serius Ain..,tak salahkan kalau kita berkahwin muda? abang mampu untuk tanggung Ain"

wajahku sudah memerah bila dia menyebut akan hal perkahwinan.

"Ain..tak sayangkan abang ye?"

"bukan..."

"so?"

aku pandang wajahnya yang serius dalam perbicaraan kali ini.
aku tersenyum.
"nanti Ain akan bincang dengan Abah dulu.."

Dia hanya tersenyum sambil mengangguk kelegaan
............
"Kak Ain..."

aku tersedar dari lamunan.lekas-lekas air mata yang masih deras aku seka.
aku memandang adikku Ayu di muka pintu bilik.

Ayu menghampiri kakaknya.
"kakak...dah lah,tak baik akak asyik nangis macam ni"

"Akak rindu dia Ayu...semuanya salah akak,betul cakap semua orang yang akak ni pembawa malang"

bahu kakaknya diusap lembut
"akak...tak baik cakap macam tu,itu semuakan kehendak Allah,ajal maut semuanya di tangan Allah.kita hambanya tak baik cakap macam tu"

"tapi sekarang semua orang bencikan akak.."

"Abah dan Ayu sentiasa ada dengan akak.akak jangan risau"

"Kalaulah arwah ibu masih ada..mesti dia akan sedih dengan apa yang akak dah buat"

Ayu menggeleng perlahan.
kakaknya itu tak habis-habis menyalahkan diri sendiri.
"akak...dah lah jangan sedih,pedulikan mulut orang-orang kampung tu..jom kita keluar makan"

Aku menggeleng.

"jom lah kak...dari pagi tadi akak tak makan"

"Ayu pergilah teman abah makan"

Ayu mengeluh.dah bermacam cara dia memujuk.
tapi satu pun tidak jalan.
"ayu tunggu di luar,nanti kalau akak lapar,akak keluar ye?"

Aku mengangguk sahaja.
perut terasa sebu untuk menjamah sebarang makanan.

Ayu melangkah keluar dari bilik.

Aku merenung gelap pekat malam di luar jendela.
"Harrish Haydar...saya rindu awak"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience