chapter 21

Others Series 1365

Hairiey menjeling ke arah kakaknya yang ketika itu sedang membantu mama mereka di dapur.
memang hobi kesukaan datin salina adalah memasak untuk keluarganya.
bagi dia...air tangan seorang isteri ataupun mama mampu membahagiakan keluarga dan mengeratkan perhubungan kekeluargaan.

Harisya mengangkat kening tanda isyarat kepada hairiey dengan mulut dimuncungkan ke arah mama mereka yang sedang membelakangkan mereka berdua.

hairiey membuat muka merayu.
kedua tangannya bertemu satu sama lain seperti memohon pada kakakanya.

Harisya pantas menjeling tajam adiknya itu.
'kalau tak menjadi nak buat apa'?soal hati harisya dengan risau.
kasihan pulak dia bila melihat hairiey dari semalam lagi merayu padanya supaya bertanya akan hal Ain.mana tahu mama mereka dah sejuk hatinya.

'ya Allah lembutkan hati mama aku ini...'kata harisya dalam hati

Hairiey sengaja menyibukkan dirinya di dapur itu,konon-kononnya kehausan.peti sejuk di buka tanpa sebab.
dia mencapai gelas dan mencapai sekotak air jus oren yang ada di dalam peti.

harisya menarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan.
"err...sunyikan rumah ni mama?"ayat permulaan dari harisya sudah membuatkan jantungnya sendiri berdegup pantas..fuhhhh

"mestilah sunyi...dah baby qisya tidur,sebab tu la mama suruh kakak mengandung lagi..biar ramai cucu-cucu mama nanti...riuh-rendah itu yang mama suka..."balas datin salina tanpa memandang ke anaknya.

Harisya memberi isyarat marah pada hairiey yang sedang menahan tawa melihatnya.
tak pasal-pasal dia pulak yang kena.

"ermm...mama tak rasa nak tengok suasana kampung ke? bestkan ma..? rasa tenang je....macam suasana kampung pak cik Rahim kan mama?"soal harisya sambil tersenyum.

mereka berdua menanti reaksi daripada mama mereka namun tiada balasan yang diterima.

"hhmm..."

hairiey dan harisya berpandangan.hanya itu reaksi mama mereka.

"ma..kakak teringatlah dengan pak cik rahim tu...baik kan ma? Ain pun dah lama kakak tak tanya kha....."

"kakak!! mama tak suka kakak tanya-tanya lagi pasal perempuan tu! mama tak suka.faham kan apa mama cakap sebelum ni!"

harisya tersentak dengan tengkingan dari mamanya.wajah yang ceria tadi serta merta menyinga.

"uhukk!!! uhukkk!!"

datin salina menala pandangan ke arah hairiey yang terbatuk-batuk di tangannya ada segelas air oren.

"Riey! ini dah kenapa pulak? minum air pun boleh tersedak ke?"soal datin salina dengan tegas

hairiey meletak gelas yang masih tersisa dengan air di dalam sinki.
"takde apalah ma...masam sangat oren ni,Riey naik dulu..."terus langkah kakinya ditala ke ruang tamu

harisya simpati melihat wajah kecewa adiknya yang terlalu mengharap itu.kasihan dia melihat wajah hairiey yang muram setelah dia ditengking oleh mama mereka.
dia memandang ke arah mamanya yang meneruskan kerja memasaknya.
'sampai bila mama nak berdendam?'

"mama....."harisya menghampiri datin salina.
dia berdiri berdampingan dengan mamanya yang sedang memotong bawang.

"apa?"

"sampai bila mama nak berdendam macam ni? mama tahukan berdendam ni tak akan bawa kita ke mana pun.benda yang lepas tu sudahlah ma..."kata harisya dengan nada ingin memujuk.

terdengar di cuping telinganya akan dengusan dari datin salina.

"mama tak nak cakap pasal benda ni kakak"kata datin salina dengan riak keras

"then maafkan Ain dengan keluarga dia..."

pisau ditangan diletak ke papan pemotong.
harisya sedikit gugup apabila bertentangan dengan mata helang mamanya.

"kakak dengar sini! sampai bila-bila pun...mama tak sukakan Ain tu! mama tak suka dia...kakak faham kan maksud mama? kenapa tiba-tiba nak ungkit pasal orang yang dah bunuh adik kamu ni?"

harisya ketawa perlahan.rasa kelakar dengan fikiran mamanya ini.kemudian dia kembali memandang mamanya.
"itu bukan pembunuhan mama...that is excident,mama tahukan arwah harrish meninggal sebab kemalangan? kenapa mama tak boleh nak terima kenyataan yang sebenar? kakak minta maaf kalau kakak lawan cakap mama....tapi kakak tak nak mama menjadi seorang yang pendendam..."

"harrish meninggal sebab kemalangan dalam perjalanan untuk menikah dengan perempuan tu,perempuan tu bawa sial kakak!"

"astagfirullahhalazim...mama! mama cakap macam ni...nampak sangat mama tak boleh terima kenyataan kan? dah tiba masa ajal harrish masa tu ma...harrish bahagia sewaktu dia dengan ain ma...kakak yang jadi saksi kegembiraan dia waktu tu...kakak dapat tengok wajah dia yang bercahaya sewaktu dia bercerita pasal ain,dia bahagia ma...apa salahnya kalau dulu mama terima je ain jadi menantu mama? ma...taraf dan kekayaan tak menjamin syurga ma..."

"kakak jangan nak ajar mama! mama lagi tua dari kakak tau! mama tak pandang harta dan taraf! mama cuma tak suka dengan ain tu sebab dia langsung tak sesuai dengan Rish..mama tak suka dia sebabkan dia lah Rish suka lawan cakap mama..."

"mama tahu sebab apa rish selalu lawan cakap mama? mama tahu kan?"soal harisya

datin salina menundukkan wajah.

"sebab mama tak izinkan dia bahagia dengan wanita yang dia cinta.rish berhak untuk bahagia ma....itu pun rish masih lagi hormatkan mama...dia bukan lawan mama...tapi cuba mempertahankan rasa bahagia dia.dia masih sayangkan mama...."

"kakak tak faham apa yang mama rasa,kehilangan anak yang dikandung sembilan bulan kemudian membesar di depan mata...itu cukup sakit kak...mama hilang anak mama"

harisya menarik nafas panjang.dia tahu hujung matanya sudah menitiskan air yang sedari tadi bertakungan.
"tapi sampai bila mama nak macam ni? sampai bila mama tak nak terima kenyataan? ain tu manusian biasa mama...dia dan rish berhak jatuh cinta...tapi semuanya kekuasaan Allah...Allah sayangkan rish daripada kita semua.Okay! kakak nak tanya...macam mana kalau suatu hari nanti bila tiba-tiba Riey pulak yang berjodoh dengan Ain? mama masih macam ni ke?"

pandangan tajam diberikan oleh datin salina pada harisya.
"jangan cakap perkara merepek kakak! apa-apa jadi sekalipun..mama tak boleh terima ain tu jadi menantu mama!"
terus langkah kakinya meninggalkan harisya sendirian.

harisya mengeluh keras.
"mama...mama...maafkan akak riey,semoga korang tak berputus asa...akak dah cuba"
........................ .

Hairiey menghampiri zura yang ketika itu sedang menikmati pemadangan tasik buatan yang ada di kolej mereka.

beberapa kerusi awam di sekeliling tasik yang tak seberapa besar itu sudah mendapat tempat oleh warga pelajar.

hairiey tersenyum senget apabila melihat zura sendirian di atas batu besar itu.
sesekali dia melontar batu-batu kecil ke dalam air.ombakan air turut berlaku.

hairiey menghampiri zura dengan perlahan tanpa disedari oleh zura.

"Assalammualaikum..."

zura agak terperanjat,dia kemudian menoleh ke belakang dan dia terkejut saat melihat hairiey sedang tersenyum ke arahnya.

"waalaikumsalam..."dengan riak perlahan dia turun dari batu tempat duduknya itu.
beg sandang digalas kembali.

"you buat apa kat sini?"soal hairiey

zura mengalih wajah mendungnya ke arah lain.tidak mahu hairiey menyedari hakikat hatinya saat ini.

"err...ermm..saja ambil angin"jawab zura

hairiey tersenyum saja.
"best kan duduk sini,tenangkan minda dari exam kita"

zura angguk saja.

"err...jom kita keluar minum dekat cafe? lama kita tak borak-borak kan?"

zura teragak-agak mahu menjawab terus.
dia melihat sekelilingnya.
"err...maaflah riey,i ada janji dengan kawan i...lain kali ekk? i pergi dulu"terus usai berkata begitu zura berlalu tanpa berkata apa-apa lagi.

"zura!! nanti dulu!! zura!!"panggil hairiey namun zura sudahpun jauh...tidak mungkin zura tidak mendengar panggilannya.beberapa orang yang sedang berborak di seberang sana juga menoleh ke arahnya tanda mereka mendengar.hubungan baik mereka selaku teman rapat seperti telah musnah secara tiba-tiba.

tanpa hairiey sedari muncul aishah dengan simpati apabila melihat hairiey seperti itu.
dia mengeluh perlahan.

"Hairiey kan?"

hairiey yang menyedar namanya disebut dia menoleh kebalakang.tiada guna lagi dia terus-terusan memanggil zura yang dah menghilang.

"ye saya..."

"boleh i cakap sekejap?"soal aishah

"err......"hairiey teragak-agak,maklumlah...dekat kolej ini dia tidak ramai kawan,tetapi...dia selalu nampak zura pernah bersama dengan gadis di depannya ini.pelajar sini juga...tetapi dia tidak pernah bertegur sapa.

"actually i aishah, i kawan serumah zura...boleh i cakap dengan you sekejap?"

"ye..boleh"

"sini tak sesuailah...kita cakap dekat mana-mana?"

hairiey angguk saja.

kemudian dia mengikut langkah aishah yang berjalan dahulu di hadapannya.

mereka berhenti disebuah warung tepi jalan berhampiran dengan kolej.
suasana tenang dan sepi membolehkan mereka bersembang dengan tenang.
waktu lunch break telah berlalu,mungkin waktu inilah yang paling tepat...jika tadi warung ini dipenuhi dengan pekerja-pekerja sektor awam di kawasan itu.

hairiey sedikit kekok apabila bersama seseorang yang baru dikenalinya.namun seperti ada cerita yang mahu disampaikan oleh teman serumah zura ini.
mungkin dengan cara ini dia boleh mencari cerita disebalik perubahan zura terhadapnya.

"Mak cik???"panggil aishah kepada seorang wanita yang agak berumur dan memakai apron bercorak itu.di tangannya ada satu buku nota kecil dan sebatang pen.

wanita yang dipanggil mak cik oleh aishah itu menghampiri meja mereka.

"Lahh...kenapa harini datang lewat? mak cik tertunggu-tunggu kamu dengan zura..."jawab mak cik itu dengan ramah

hairiey hanya melempar senyuman sahaja.
nampaknya aishah dan zura agak rapat dengan pemilik warung ini.

"tu lah...zura kebetulan ada hal...Aishah datang dengan kawan je lah.."

"oh ye ke..? ni kawan korang?"

aishah memandang hairiey dan begitu jugak dengan hairiey.kening aishah terangkat sebelah kepadanya.

"err..ye mak cik,saya hairiey...kawan sekolej dengan dia orang"

"ohh..ni bukan ke kawan rapat zura? ye lah...mak cik baru ingat,korang selalu jugak datang gerai mak cik kan?"

hairiey angguk sambil tersenyum.

"ermm..mak cik,aishah nak air sirap limau satu.."

"sirap limau satu...dan hairiey nak minum apa?"soal mak cik itu menala pandangan pada hairiey pulak

"bagi saya teh o ais limau lah..."

"okay...tunggu sekejap tau?"
kemudian mak cik itu berlalu pergi.

hairiey memandang aishah mencari jawapan sebab kenapa aishah mengajaknya ke sini.

aishah yang menyedari pandangan hairiey tersenyum senget.
'kesian dengan hairiey ni zura...risau betul dia bila kau dah tak macam dulu'kata hatinya.

"Actually sepatutnya i ke sini dengan zura..."

"habistu?"

"you nampak dia pergi macam tu tadi kan?"

"jadi...tadi dia tunggu you lah?"

aishah angguk kepala.

"kenapa you tak kejar dia?"

"i rasakan mood dia tak okay,dan...i rasa dah tak sanggup nak tengok dia macam tu...so i buat keputusan,mungkin ini adalah masanya untuk i cerita dengan you,walaupun i ambil risiko bakal dibuang kawan oleh zura sebab bagitahu you..."jawab aishah

kening hairiey bertaut rapat.masih keliru dengan kenyataan oleh aishah.
"maksud you?"

aishah menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan.
"sebenarnya....

"nah ini air kamu berdua...kalau kurang mana-mana bagitahu mak cik tau?"muncul mak cik membawa dua gelas air di hadapan mereka.

aishah yang hampir memberitahu terhenti seketika.

"terima kasih mak cik...air yang mak cik buat semuanya sedap..mana ada yang kurang"jawab aishah sambil tersenyum.

hairiey juga mengangguk saja.

"pandailah nak ambik hati,dah minum...harini mak cik belanja"

"serius ke mak cik?"soal aishah teruja

"iye..."

"terima kasih..."

"sama-sama..."terus mak cik itu berlalu.

aishah menyedut perlahan air sirap limaunya.
terus terasa sejuk hingga ke tekak.apatah lagi sekarang musim panas.

hairiey juga menyedut seteguk air dihadapannya.

"sebenarnya you sedar tak perubahan zura terhadap you"soal aishah

hairiey diam berfikir.
"banyak sangat,kalau dulu...kita orang selalu keluar makan,sembang-sembang...dia jugaklah yang banyak bantu i...kita orang kawan rapat sangat dulu,tapi sekarang dia lain....dia lebih banyak elak dari berjumpa dengan i..i cuba nak tahu kalau i mungkin ada buat silap...i tersalah cakap,sebagai kawan mungkin dia terasa apa-apa dengan percakapan i selama ni..."

aishah tersenyum saja.
"ini bukan soal percakapan hairiey, tapi ini soal hati..."

hairiey memandang aishah dengan keliru.
'hati?'

aishah mengeluh bila melihat hairiey masih kebingungan.

"sebenarnya zura cintakan you!"

hairiey memandang tepat ke arah aishah usai mendengar penjelasan itu.
"errr...hhmm...err...ap...ap..apa you cakap?"soalnya tergagap-gagap

"zura....dia cintakan you hairiey,hanya i seorang je yang tahu"kata aishah dengan sayu.hatinya agak terguris apabila depan matanya dia melihat kekecewaan yang dialami oleh zura.

"tapi...kami cuma kawan,dan kami tak pernah tunjukkan tanda-tanda yang kami lebih daripada kawan rapat"

"yes...itu betul,tapi cinta kita tak boleh nak halang,yes...memang dia di depan you,hanya menganggap korang sebagai kawan rapat,dan dia buat semua tu semata-mata tak nak jauh dari you kalau you dapat tahu yang dia cintakan you...hanya i saja..,i saja yang tahu semua tu"

hairiey tersandar kebelakang.memang rasa macam nak pengsan apabila dapat tahu cerita dibalik persahabatan baik antara dia dan zura selama ini.

"dah lama dia bagitahu i semua tu,sejak pertama kali dia nampak you,dia cakap..you lelaki yang matang dari usia,dia suka cara you bergaul...cara you berfikir"

"kenapa dia tak luahkan kepada i sendiri?"

aishah tertawa perlahan.
"kalau you di tempat dia,you akan buat macam tu ke? luahkan perasaan kepada seseorang yang menganggap you kawan rapat dia.tak lebih dari tu?dia tak nak hubungan you dengan dia renggang disebabkan semua tu"

hairiey menggeleng perlahan bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
"tapi...i cuma anggap dia kawan yang paling rapat yang i pernah ada,i tak sangka akan muncul perasaan yang macam tu..."

aishah angguk saja.
"yes..i tak salahkan you,you jugak berhak untuk tentukan hidup you.sepatutnya zura yang kena fikir positif.dia terjatuh cinta dengan sahabat baiknya"

"zura juga tak salah dalam hal ni.i hormat perasaan dia...i sayangkan dia sebagai sahabat yang i pernah ada,tapi....i dah anggap dia macam adik beradik i sendiri...sebab dia juga rapat dengan keluarga i...i dah rasa dia macam family yang i sayang.maafkan i aishah,i betul-betul rasa bersalah"

aishah tersenyum.minumannya disedut lagi.
"you tak perlu rasa macam tu,insyaAllah...nanti i yang akan cakap dengan dia"

"no...biar i je yang cakap"

"what!! you nak bocorkan rahsia yang i bagitahu you?"

"ini demi persahabatan kami...you tolonglah faham"

aishah mengeluh.menyesal pulak dia bagitahu.tapi...kesian jugak dengan hairiey ini.dia melihat wajah penuh pengharapan hairiey.
'demi kau zura!'

"you tolong bantu i?"pinta hairiey

"iye lah..."balas aishah

hairiey tersenyum lega.dia mahu jernihkan semula hubungan dia dan zura.dia tak mahu kehilangan sahabatnya itu.

"tapi...kenapa tiba-tiba saja dia mengelak dari berjumpa dengan i?"

"dia tak nak jumpa you.sejak dia dapat tahu yang you bakal berkahwin dengan gadis pilihan you"

hairiey diam saja.kini barulah dia sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience