Ain masuk kerja seperti biasa pada pagi itu.
semuanya berjalan dengan baik dan seperti yang dia lakukan setiap hari.
pagi-pagi lagi sudah ada pelanggan yang menunggu untuk bersarapan di cafe.
sampaikan semua staf pagi itu tidak cukup tangan untuk mengawalnya.
mujurlah semakin lama semakin mereka sudah terbiasa dengan suasana sebegini.
lama kelamaan mereka dah boleh handle semua ini dengan mudah.
"dah nak balik?"soal azam sewaktu terserempak dengan ain yang sedang punch-card di tempat khas.
Ain tersenyum.
"ye....kan dah sampai masanya?"
azam tersenyum.
"hati-hati balik tu..."
"baik..."balas ain dengan tenang.
azam baru sahaja mahu melangkah keluar dari kawasan itu.
"err awak!"panggil ain
azam terhenti langkahnya.dia menoleh ke arah ain semula.
"yupp?"
"betul ke...setiap kali ada pekerja baru dekat cafe ni,encik hairiey akan keluar dengan dia?"
kening azam bertemu satu sama lain.
sejak bila pulak ada syarat macam tu?
mana ain dapat info ni?
"takde lah..."
ain terkesima.
jadi apa semua ni?
bukan ke semalam.....
"tapi....."
"takde apa lah.awak jangan risau,siapa yang cakap dekat awak macam tu?"
"boss!"
sekali lagi azam terdiam.
"biar betul?"
"betullah...buat apa saya nak tipu awak pulak? boss yang cakap.petang ni dia suruh saya ikut dia keluar,sebab nak kenal dengan pekerja baru dia"
keluar tawa dari mulut azam.
entah syarat apa tu?
macam tak masuk akal!
riey...riey..kalau ye pun kau nak try ain ni,just terus terang je lah!
"apa yang kelakarnya?'soal ain.
"ermm...takde apa-apa,awak jangan risau.awak ikut je boss kita tu.dia okay..."
ain mengeluh.bukan itu jawapan yang dia mahu.
dan akhirnya dia terpaksa mengangguk sambil tersenyum.
"saya ke depan dulu ekk?"
"okay"
azam berlalu ke depan semula.
tinggallah ain dengan segala tanda tanya yang tak terjawab.
"ikut je lah.bukannya encik hairiey tu ada niat jahat dekat aku"kata dia sendirian.
kemudian dia mencapai beg sandangnya dan digalas kemas.
dia melangkah keluar dari cafe.
dia berjalan menyusuri ruangan pejalan kaki menuju ke arah hentian bas.
dia menunggu di salah satu bangku yang ada sementara menunggu muna datang menjemput.
beberapa minit kemudian muncul kereta muna.
ain tersenyum lalu menghilang di dalam kereta.
kereta kembali dipandu keluar.
tanpa disedari oleh mereka, sebuah kereta yang dipandu hairiey mengikut mereka dari belakang.
hairiey tersenyum senang hati.
"cara ni je aku dapat tahu mana rumah dia"
........................
"Ain!!! Ain!! bukak pintu ni"panggil muna dengan tangannya mengetuk pintu bilik yang tertutup rapat itu.
"kejap kak...."sahut ain dari dalam.
dia yang sudah bersiap sedia untuk berjumpa dengan boss sudah tak tentu arah.
semenjak tadi lagi dia cuba bertenang dan berfikir apa yang mahu disembangkan dengan boss yang baru dikenalinya itu.
tak nak lah nanti diam je.
dia menilik penampilan diri di hadapan cermin buat kali terakhir.
dia hanya memakai blous labuh berwarna biru terang dan juga seluar jeans berwarna putih.
petang itu dia hanya mengenakan selendang juga berwarna putih.
sesuailah untuk berjumpa dengan boss.
kena sopan dan hormatkan orang atasan.
dia kemudian membuka pintu bilik sambil tersengih.
muncul wajah muna yang setia menanti.
"ada apa kak?"
"wahh...cantiknya adik akak ni,kalau macam ni gayanya macam nak jumpa bakal mertua je..?"usik muna
ain tertawa perlahan.
"mana adalah kak...simple je ain pakai.over sangat ekk?"
"tak...dah cantik,dah comel...jangan sampai hati boss ain tu tergugat dah lah.."
ain sudah tersenyum malu.
"akak ni ada-ada je, ada apa akak panggil ain?"
"boss ain dah tunggu dekat depan pagar rumah"
"hah!!? de..de.depan pagar rumah? boss ain?"
"ye lah...kenapa ain terkejut sangat ni? memang ain nak keluar dengan dia pun kan?"
"memanglah kak..tapi dia cakap dia tak tahu rumah kita.dan dia cakap lagi...dia suruh ain tunggu dekat jalan depan sana.kenapa tiba-tiba dia di sini pulak?"
"dah lah...mungkin dia tak nak susahkan ain.cepatlah turun,kesian dia dah lama tunggu"
ain angguk kepala.terus dia berlalu melangkah turun ke bawah dan berlalu ke pintu.
dia melihat ke arah belakang seorang lelaki yang sedang duduk menanti di bumper hadapan kereta mewah itu.
hati ain dah tak sedap.
"ain...kau kena lalui ni jugak.alahh...boss kau tu pun manusia biasa.bukannya boleh bertukar jadi dracula pun.buat biasa saja."kata-kata semangat yang ditiup ke dalam diri sebelum dia melangkah menghampiri bossnya itu.
"Assalammualaikum?"
hairiey yang setia menanti memusingkan badannya ke arah suara lembut yang menyapa.
terkaku dia saat terpandang figura yang semakin hari semakin menambat sekeping hatinya itu.
dalam diam dia teruja dengan kecantikan di dalam kesopanan yang ada pada diri ain.
"waalaikumsalam.."jawab hairiey sambil tersenyum lebar.
"maaf boss, saya tak tahu boss dah datang sini"kata ain dengan serba salah.
hairiey tersenyum.
"its okay, jom?"
Ain mengangguk sambil tersenyum.dia terus berjalan ke tempat sebelah pemandu.
dengan hati yang bergetar hebat dia melangkah masuk.
setiap kali dia menatap wajah disebelahnya ini.
automatik dia akan teringat akan arwah Harrish betul-betuk di depan matanya.
memang sangat-sangat sama.
itu membuatkan hati ain teruja mahu tahu siapa sebenarnya diri boss itu.
kereta mula menjalar pergi.
Suasana kembali sunyi seketika.
ain melempar pandangan ke luar cermin tingkap yang tertutup rapat.
"so...tadi tu kawan serumah awak ekk?"soal hairiey
"ah ha...kak muna"jawab ain
hairiey mengangguk sambil tersenyum.
"kita nak pergi mana?"soal hairiey
ain memandang hairiey dengan pelik.
dia ketawa perlahan.
"kan boss yang ajak saya keluar? saya tak tahu,ke mana boss selalu bawak pekerja boss yang lain pergi?"
hairiey tertawa perlahan.
awak begitu polos ain!
memang patut abang harrish sukakan awak.sebab awak comel!
"boss gelak pulak...boss janganlah main-main,kalau macam tu hantar saya baliklah...buang masa boss je"
"apa awak ni? saya susah-susah ajak awak keluar then awak suruh saya hantar awak balik? saya gurau je lah tadi...kita pergi taman tema?"
kening ain bertaut sakan.
"taman tema?"
"ye...macam-macam permainan ada di situ.kita boleh main macam-macam permainan"
mata ain membulat.tiba-tiba dia tak dapat menahan tawanya lagi.
terus dia ketawa kuat.
memang takde cover langsung.
habis meleleh-leleh air mata dia.
"kenapa awak ketawa pulak!"
ain mulai sedar.terus dia kembali seperti biasa.
demi menyembunyi rasa malu dia tersengih.
"kita kan dah besar...kenapa nak pergi tempat macam tu? ke..boss ada nak jumpa sesiapa dekat situ?"soal ain
hairiey tersenyum.
"takde lah...saya saja-saja nak pergi situ.tiba-tiba pulak rasa teringin nak kembali ke zaman kanak-kanak dulu"
Ain tersenyum saja.
"okay"
hairiey tersenyum.
"memang boss bawa pekerja boss datang tempat-tempat macam tu ke?"
hairiey memandang wajah ain yang serius.
terus tawanya pulak yang terkeluar.
Akhirnya ain hanya diam.
malas nak soal jawab lagi.
tapi...macam pelik pulak lelaki disebelah dia ini.
jarang ada lelaki yang tiba-tiba ajak pergi taman tema hanya untuk saja-saja.
Ain melirik jam di dashboard di hadapan.
tepat-tepat pukul enam.
taman tema apanya?
..........................
Kereta yang dipandu hairiey berhenti di petak parkir.
"kita dah sampai ke?"soal ain
"ye...jom kita keluar?"ajak hairiey dengan teruja
ain yang hanya mampu menahan tawa melihat wajah terlebih teruja di depannya kini.
dia hanya mengikut jejak langkah boss yang disayangi.
mereka berjalan beriringan bersama-sama di ruangan khas pejalan kaki.
suasana malam benar-benar membuatkan tubuh ain sedikit kesejukan.tapi ditahan,nanti dikatakan mengada-ngada pulak oleh boss dia.
Ain akui dia memang betul-betul terpesona dengan keindahan taman mini yang cantik yang sangat-sangat indah ini.
cuma....yang peliknya,kenapa tak ada orang?
kenapa gelap dan suram je?
mana pergi semua orang?
"boss?"
hairiey yang terlajak ke depan memusingkan badan dan melangkah ke arah ain yang berhenti tiba-tiba itu.
"ada apa?"
"kenapa tempat ni sunyi dan tak ada orang pun?"soal ain dengan risau
hairiey tersenyum saja.
"nanti saya akan tunjukkan sesuatu.jom kita ke tengah-tengah ruangan taman tu"
Ain mengikut jejak langkah hairiey lagi.
Dia sudah menanamkan kepercayaan yang tinggi pada bossnya itu.
mereka berdua berdiri betul-betul berhadapan dengan air terjun buatan di tengah-tengah ruang legar yang agak luas itu.
"awak tunggu,saya buat magic!"
Kening Ain dah berkerut.dia hanya tersenyum saja.
ada juga boss yang perangai gila-gila ya?
"satu....dua....tiga!!"
Ain melihat sekelilingnya.kawasan itu diterangi dengan cahaya-cahaya yang hadir dari lampu-lampu LED.
sungguh indah dan tak terungkap dengan kata-kata.
boleh dikatakan keseluruhan kawasan itu kini diterangi dengan cahaya yang sangat berwarna-warni dan sangat cantik.
Ain menutup mulutnya yang terbuka.
macam tak percaya yang dia kini berada di bumi!
tempat ini sangat-sangatlah indah.
segala permainan yang terdapat di situ kembali berfungsi.
ada jongkang jongkit gergasi,ada buaiyan yang besar khas untuk kanak-kanak mengelilingi tiang.
ada kuda yang bergerak perlahan mengelilingi bulatan.
dan ada juga roller coaster sederhana.
"cantik?"soal hairiey
Ain tersenyum lebar melihat ke arah hairiey.
dia mengangguk dengan teruja.
"cantik sangat.sa...sa...saya tak pernah pergi tempat macam ni"
hairiey tersenyum.
"ready?"soal dia sambil menghulur tangan agar disambut oleh ain.
Ain serba salah.ready? apa maksud dia?
"ready untuk apa boss?"soal ain dengan polos.
hairiey sudah tersenyum.
"aarrggghhh!!!!! aaarrgghhh!!!"Ain menjerit sepuas hati apabila roller coaster kini berada dengan kelajuan yang tinggi.
tubuh badan mereka melambung ke atas dan ke bawah,ke atas lagi dan ke bawah lagi.
hairiey di sebelah hanya tersenyum tenang.
dia pasti ain amat sukakan ini.
dia memang bijak dalam memberi kebahgiaan.
"aargghhh!!! stopp!!! arrghhhh!!! stoppp!!"jerit ain sambil memegang tudungnya agar tidak turut berterbangan.
"seronok?"soal hairiey setelah mereka sudah di bawah.
Ain yang masih pening memandang hairiey dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"blluerrkkk..."Ain pantas menutup mulutnya dengan tangan dan berlari ke tandas berdekatan.
"bblluerrkkk!!! blluerrkkk!!
dia memuntahkan segala isi di dalam perut.
"ain?? ain?? awak okay?"soal hairiey dari luar.
Ain melangkah keluar dengan wajah yang selamba.
dia membetulkan tudung.
hairiey yang memandang terus rasa kasihan itu muncul.
"awak...tak suka naik benda tadi?"
soal hairiey dengan sarkastik.
Ain menggeleng saja.
"okay, habis awak suka naik apa?"soal hairiey
Ain tersenyum lebar.
Hairiey memandangnya dengan pelik.
"yeayy!!! boss...jom lah naik sekali! best tau..."Ain bersorak sakan di atas kuda yang bergerak perlahan mengelilingi membuat bentuk bulatan.
hairiey hanya tersenyum dari luar pagar.
dia terpesona dengan senyuman keceriaan yang terpamer di wajah comel itu.
hatinya kuat mengatakan yang dia kini telah dilamun cinta.
"boss....tak nak naik ke? best ni..."ajak ain dengan teruja
hairiey tersenyum sambil menggeleng.
"seronok?"soal hairiey
kini mereka berada di sebuah restourant berdekatan taman tema tersebut.
hanya mereka berdua di situ.
pelayan restourant datang menhantar pesanan.
ain tersenyum ceria.
"seronok!"
"baguslah,tak sia-sia saya sewa tempat ni"
suapan ain terhenti.
dia memandang hairiey dengan pandangan tidak percaya.
"boss sewa tempat ni? semua kawasan ni?"
hairiey mengangguk.
"termasuk restourant ni"
ternganga ain mendengarnya.
"kenapa?"
"saja suka-suka"
ain menggeleng saja.
tidak pernah seumur hidup dia jumpa dengan orang yang suka-suka buang duit.
"saya sukakan ketenangan.dan malam ni saya nak enjoy".
"saya tak ganggu ketenangan boss?"
hairiey tersenyum.
kepingan daging steak disuap ke mulut
"saya juga perlukan seorang kawan.dan saya pilih awak"
ain tersenyum.
"okay,saya akan jadi kawan yang terbaik untuk boss!"
"betul ni?"
"yes!"
"nak ada kontrak tak?"soal hairiey
mereka sama-sama ketawa.
"tak payahlah sampai kontrak,boss...boss nak tahu tak? semua orang dalam dunia ni boleh jadi kawan boss,boss tak berhak untuk hanya ada seorang kawan."
"tapi...tak semua kawan yang betul-betul kawan"
Ain tersenyum.dia memandang wajah hairiey.
hatinya kembali bergetar.
wajah harrish terus melayari fikirannya.
kata-kata yang tuturkan juga seakan sama.
"kenapa awak pandang saya macam tu?"soal hairiey
ain termalu sendiri.dia tersenyum.
"wajah boss mengingatkan saya pada seseorang yang sangat dekat di hati saya"
hairiey berhenti menyuap makanan.dia memandang wajah suram di hadapannya.
'awak rindukan abang harrish kan?'
"siapa?"
ain tersenyum.
"tak ada siapa,dia masa lalu saya...tapi tetap terpahat dalam hati saya"
hairiey diam saja.dia menerima setiap ayat yang ditutur oleh ain.
mereka sama-sama melayari perasaan masing-masing.
Share this novel