chapter three

Others Series 1365

"Mama cakap tak boleh,tak boleh muhammad Harrish Haydar! kamu tak faham cakap mama ke!!?"

"ma...Rish sayangkan dia ma..dia lah satu-satunya gadis yang Rish sayang...tolonglah ma..."rayu Harrish dengan bersungguh-sungguh.

Datin salina terus berpusing ke arah anak sulungnya itu.
"kamu tu muda lagi,mama suruh kamu ke sana untuk buat kerja yang pihak university bagi,kenapa kamu pergi bercinta pulak? Rish tak sayang mama ye?"

Harrrish mengeluh.
dia menjeling melihat ke arah adik kembarnya yang hanya diam sendiri.
adiknya itu lebih banyak berdiam dari menyampuk.

"Rish sayangkan mama..mama tak payah tanya semua tu,tapi..ini soal hati ma..Rish cintakan dia,dia baik ma..."

"walau dia baik macam mana sekalipun..mama tetap tak suka gadis kampung tu jadi menantu mama,mama nak anak-anak mama berkahwin dengan orang yang sama taraf dengan kita,Rish tahu tak Rish tu anak Dato?"

"Salina...tak baik awak cakap macam tu,apa salahnya kita jumpa dan kenal dulu dengan budak tu..barulah kita berbincang,ini awak tengok pun belum dah membantah"sampuk dato Salim

"awak tahu apa bang? saya nak bagi anak-anak kita ni berkahwin dengan orang setaraf dengan kita.saya tak suka menantu yang tak kena dengan pandangan mata saya ni"

"Ma...tolonglah ma,Rish tak mintak banyak.Rish janji Rish tak kan mintak apa-apa dah lagi lepas ni.Rish hanya nak kan dia ma..dia satu-satunya gadis yang berjaya membawa Rish menjadi lebih baik dari sebelum ni"

"Harrish Haydar.sekarang mama nak tanya,Rish pilih mama atau budak tu?"

Harrish terkesima.beginikah kehidupan cintanya?
macam mana lagi dia nak membuat mamanya percaya tentang ketulusan hatinya ini?
sungguh dia tak sanggup hidup tanpa Nur Ain Sofia.
gadis yang dicintai juga mencintainya.
berdosakah cinta mereka itu sehinggakan ditentang dengan hebat oleh datin salina?

"Apa awak cakap macam tu Sal? awak tahu tak yang Rish ni anak awak? awak nak dia buat pilihan pulak? saya tak faham betul dengan awak ni"

"salah apa bang? dia lebih sayang dengan budak tu dari saya mama dia sendiri"

"itukan hak dia.masa depan dia.awak nak ke anak kita lari dari rumah,tinggalkan awak,kahwin tanpa pengetahuan kita? tak nak kan?"

Datin salina merenung suaminya dengan risau.
ada benar apa yang dikata suminya itu.
macam kalau lepas ini dia berpisah dengan anaknya?
tak sanggup rasanya dia mahukan kejadian seperti itu berlaku.

"sekurang-kurangnya Rish bagitahu kita niat di hati dia.tak salah kalau dia menyukai seseorang itu.awak ingat cinta boleh dipaksa-paksa?"

"awak belalah sangat apa anak-anak awak nak buat,lepasni biarlah awak tanggung malu dengan kawan-kawan awak yang anak awak kahwin dengan perempuan kampung!"
usai berkata-kata begitu terus dia membawa langlah ke tingkat atas dengan hati yang geram.

dato salim menggeleng kepala kesal.

"papa...maafkan Rish,jangan sebabkan Rish papa dan mama gaduh"

"Rish..memang mama Rish tu dah teruk sangat,dia terlalu obses dengan harta,pangkat,darjat kekayaan.sekali sekala papa kena bagitahu jugak dekat dia,sudahlah...papa naik dulu,Rish jangan tidur lewat,esok ada class kan?"

Harrish mengangguk faham.

..........."Riey?"

Hairiey Haydar menyeka wajahnya dengan perlahan.
entah kenapa selepas pemergian abang kembarnya lima hari yang lalu dia seakan-akan masih terbayang-bayangkan setiap apa yang terjadi sebelum itu.

terbayang di ruangan matanya wajah bersih abangnya yang amat disayangi.
siapa sangka mereka akan berpisah di saat umur mereka baru saja mencapai usia dua puluh tahun.

"Encik Hairiey Haydar!"

terus lamunannya terhenti buat sekian kalinya.
"zura..."

"huh! you ni kenapa? any problem?"soal gadis yang berbaju blous moden dan skirt pendek paras betis,rambutnya disanggul tinggi.wajahnya dimake-up tebal.

"sorry..i'm just...."

"its okay..i faham you still ingatkan arwah lagikan?"

Hairiey hanya diam.
dia merenung tasik yang luas di hadapannya itu.
buku-buku pejaran diletak atas riba.

"sorry...i'm still remember him,i'm never forget all about him.."

"Riey..i faham,dah lah..you tak payah explain apa-apa,now...apa kata kita pergi minum-minum? i belanja you okay? penatlah belajar..."ada tawa halus dihujung percakapannya.

Hairiey turut tersenyum.
"come"

mereka berjalan berdua menyusuri jalan pejalan kaki di tepi tasik itu.
.................

"Ain..."

aku menoleh ke arah suara yang menegur.
Abah hanya tersenyum memandangku.
aku membalasnya.

"boleh abah duduk?"soal pak Rahim

"duduklah abah..."

pak Rahim mengambil tempat di sebelah anak gadis sulungnya.
suasana nyaman di tengah-tengah sawah itu menyapa wajah dengan angin sepoi-sepoi.
untung sesiapa yang berumah di tengah-tengah sawah sepertinya.

"abah..."

pak Rahim menoleh ke arah Ain dengan pandangan belas kasihan.
kasihan pada anaknya yang selama ini dijaga tanpa secalitpun luka yang terguris di hati.
Satu-satunya anak yang mempunyai hati yang begitu tabah.
seusia Ain menginjak usia tiga belas tahun dia menerima ujian pemergian ibu tersayang.
kini usianya menginjak ke angka lapan belas tahun dia kehilangan seseorang yang amat dicintainya.
seseorang yang bakal menjadi imam kepadanya.
beberapa minit sebelum di ijabkabulkan saat itulah kereta yang dipandu bakal menantunya terbabas dan meragut nyawa insan yang amat dicintai oleh anak gadisnya.

"ada apa Ain..?"soal pak Rahim

"Ain minta maaf sebabkan Ain abah terkena tempias sekali,Ain minta maaf abah..memang Ain ni bawa malang..maafkan Ain abah.."
bersama air mata yang berjuraian,aku memohon maaf pada abah.

"Ain..tak baik Ain cakap macam tu,Ain anak abah..abah kenal anak-anak abah,pedulikan semua mulut orang-orang kampung tu..siapa mereka nak berkata-kata? pedulikan...sudahlah,jangan terus-terusan rasa bersalah macam ni..Rish pergi sebabkan ajal dia dah tiba.kita sebagai manusia hanya merancang..yang selebihnya Allah yang tentukan.Abah tak nak tengok anak abah sedih lagi,Abah redha dengan semua ni terjadi,kesian dengan Ayu..dia tak pernah putus asa untuk pujuk Ain..."

pandanganku halakan pada sawah padi di hadapan.
"Ain minta maaf sebab buat abah dan ayu risau.Ain cuma...cuma tak dapat terima apa yang jadi semua ni,kenapa Allah uji Ain sampai macam ni abah?"

pak Rahim menarik nafas panjang.
"Ain..setiap ujian yang Allah turunkan pada hambanya ada sebabnya,dia takkan beri ujian kalau umatnya tak kan mampu nak hadapi,Ain janganlah bersedih lagi..arwah Rish pun pasti tak nak kalau Ain masih sedih macam ni..yang berlalu biarlah berlalu,Abah cuma nak anak abah yang dulu..."

Aku semakin sebak tatkali mendengar apa yang dikatakan oleh abah.
terus tubuh tua itu aku peluk dengan erat.
"maafkan Ain abah...Ain janji akan berubah,Ain cuma perlukan sedikit masa"

pak Rahim tersenyum kelegaan.
kepala anaknya diusap lembut.
semoga ada sinar cahaya yang bakal menerangi kehidupan baru anaknya kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience