chapter one

Others Series 1365

Berdiri di jendela kamar yang selalu saja menjadi tempat untuknya meluahkan rasa.
di kala suaranya tersekat untuk dibicarakan kepada sesiapa saja.

mata yang beralis lentik itu kerap kali mengeluarkan airnya yang jernih.sejernih wajah yang lembut dan manis itu.
mata yang senantiasa menjadi saksi bahawa kesedihan itu sudah lali di dalam diri seorang gadis yang berumur 18 tahun.

wajah yang senantiasa dihiasi dengan muram dan penuh misteri.
sesiapa yang melihat wajah itu pasti akan jatuh kasihan.
apatah lagi apabila terpandang mata yang cantik ditambah dengan pandangan yang lembut.

mata itu kini turun ke jari-jari milik tuannya yang sudah berinai cantik.
lukisan yang diinspirasikan oleh alam flora dan fauna itu menghiasi tangan.
sebentuk cincin berbatu satu terhias indah di jari manisnnya.

mata kini beralih pulak ke baju yang indah dipakainya kini.
busana yang indah berwarna biru.
tidah seindah hatinya kini.

Kraak!!

dia berdiri dengan terkejut.
seorang wanita yang agak berusia meluru ke arahnya.
wajahnya yang berhias indah ditampar dengan kuat sehingga membuatkan tubuh kecil itu terjatuh ke lantai kayu itu.

dia terduduk statik di situ.
pipinya yang terasa berpinar dipegang erat.

"perempuan tak sedar diuntung! kau tahu tak sebab kau lah anak aku mati! aku benci tengok muka kau! muka tak tahu malu!!"

"Idah!! sudah! cukup-cukuplah tu!"muncuk seorang lelaki yang sebaya wanita itu menenangkan wanita yang sedang diamuk amarah ketika itu.

"apa yang awak cakap ni bang!?perempuan ni dah bunuh anak kita! kalau tak disebabkan dia anak kita tak meninggal! saya terpaksa terima anak kita nak menikah dengan perempuan kampung ni! tapi saya tak boleh terima yang anak kita meninggal di hari pernikahan dia! semuanya gara-gara perempuan ni!!"

sekali lagi pipinya menjadi mangsa.

"Idah!!"tempik lelaki itu.terus mengheret tubuh wanita yang mengamuk itu keluar.
beberapa minit kemudian muncul seorang gadis menerpa ke arahnya.

"kak...kak tak apa-apa kan? maafkan ayu,ayu tak sempat nak lindungi akak"

dia hanya diam.
sudah tiada guna untuk dia bersuara lagi.
hanya air mata yang membanjiri pipinya yang merah akibat tamparan itu tadi.
dia menangis teresak-esak di bahu gadis itu semahunya.

cinta! memeritkan untuk dirasa.
Cinta! menyiksakan untuk mengerti.
Cinta! perlu berkorban andai ada yang sudah ditakdirkan untuk pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience