chapter 13

Others Series 1365

Hairiey tersenyum gembira.
dia masih di bayangi dengan memori semalam.
saat dia bersama ain dan hanya mereka berdua di satu tempat yang sangat romantis itu.

Semoga hati ain sudah dia miliki.
dia bangun dan mencapai kotak kecil yang diletak di bawah katilnya.

dia duduk bersila atas katil dengan hati yang gembira.dia membawa keluar sekeping gambar milik Ain yang mungkin sudah agak berusia gambarnya.
kemudian dia mencapai pulak gambar di atas meja sebelah katil.
gambar dia dan arwah harrish sedang berdiri sambill tersenyum gembira saat mereka mengenakan baju yang sama.

memang jika dilihat pada fizikalnya mereka terlihat sangat sama.memang susah mahu memastikan yang mana satu abang dan yang mana adik.
tapi...jika sesiapa yang betul-betul mengenali mereka saja akan dapat beza yang mana mereka sebenarnya.

"abang...riey dah jumpa dengan ain.gadis yang abang sayang sangat-sangat,gadis yang hampir menjadi isteri abang.dia memang baik,cantik,sopan.memang tak disangkal lagi kenapa abang jatuh cinta dengan dia.sebab...riey pun dapat rasa perasaan yang sama"
hairiey tersenyum lebar.
tak tahu nak menggambarkan rasa hati.

"riey akan tunaikan permintaan abang yang terakhir.abang minta riey carikan ain! yes! riey dah jumpa dia.abang mintak riey jaga dia! yes! riey akan sedaya upaya melindungi dia.abang minta riey nikahi ain! insyaAllah abang,riey akan cuba buat apa yang abang suruh"

matanya kembali ke gambar ain pulak.
wajah yang tersenyum manis itu membuatkan hatinya kembali bergetak laju.
"tapi...tanpa disangka,hati riey terpaut dengan budi pekerti dia,riey suka cara dia,setiap apa yang dia buat benar-benar menambat sekeping hati yang riey miliki.riey memang benar-benar dah jatuh cinta dengan dia.permintaan abang akan riey tunaikan dengan baik"

hairiey tersenyum senang.kedua-dua gambar itu diletakkan di atas dada.dia berbaring santai melepaskan lelah seharian di kolej.
akhirnya mata dengan sendirinya tertutup.
.....................

Azam memandang Ain dengan pandangan yang penuh curiga.
setiap kerja yang dilakukan oleh ain dibuat tanpa sebarang bantahan.
wajah yang ceria tidak lagi menampakkan keletihan.
senyuman yang manis sentiasa terukir.

azam menggeleng perlahan sambil tersenyum.
"apa dah sampuk si ain ni?"

"Ain?? Ain??"

"ya?"soal ain sambil tersenyum.tangannya tidak berhenti dari mengelap meja supaya lebih berkilat dan bersinar.

"lain macam saya tengok awak harini?"

"lain macam,macam mana?"

"dari mula-mula awak masuk kerja.awak senyum...je,awak happy....je,ada apa-apa berita gembira ke?"

ain ketawa perlahan.
"takde apa lah.salah ke saya nak senyum? nanti pelanggan kita pun senang hati"

Azam tersenyum.
"suka hati awak lah...yang penting awak tak kena makan ubat"

Ain ketawa saja apabila mendengar gurauan itu.
"awak ni nak saya jadi gila ke?"

"kalau itu yang awak mahu"balas azam selamba

mereka sama-sama ketawa.

Ting!!!
pintu restourant berbunyi menandakan ada pelanggan masuk.

ain dan azam sama-sama memandang ke arah pintu.

"kenapa tiba-tiba ketawa ni? ada apa-apa ke?"tegur hairiey tersenyum kepada kedua-dua pekerja kesayangannya.

Ain hanya tersenyum saja.

azam pulak hanya naikkan kening ke arah ain.

"takde apa-apa,cuma...tiba-tiba pulak harini matahari bersinar cerah.agaknya nak gerhana kot"kata azam sambil berseloroh

hairiey dan ain sama-sama berpandangan.
mereka kemudiannya ketawa.

"apa awak merepek ni?"soal ain

"ye lah kau zam! matahari mana pulak ni? tak silap aku dekat luar tu mendung,nak hujan"kata hairiey

azam hanya tersenyum.
"takde apalah....aku masuk buat kerja dalam dulu"kemudian dia tersenyum dan terus berlalu ke dalam.

Ain meneruskan kerjanya.
back to normal!
tak mahu lagi dah kenangan malam semalam menghantui dirinya saat ini.

"Ain?"sapa hairiey

ain terus terhenti kerjanya.
dia memusingkan badan menghadap hairiey yang berdiri tidak jauh darinya.

"ye boss?"

"buatkan saya air sirap selasih yang paling best"

Ain tersenyum lalu dia mengangguk.
dia berlalu ke dalam.meninggalkan hairiey yang tersenyum lebar menahan rasa hati yang semakin hari semakin membara rasa cintanya.

tidak lama lagi dia akan tamatkan pengajian.
dia bertekad akan memfokuskan diri dengan cafe buat sementara waktu sebelum papa mengajak dia sama-sama menguruskan syarikat.

membayangkan hari itu hairiey tidak sabar lagi.
semalam lagi dia berazam akan memberitahu ain tentang perkara sebenar.
dan dia akan membawa ain berjumpa dengan mama dan papa.
walaupun...dia yakin tentang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
dia rela menempuhinya.

dia sudah berjanji akan menjaga ain.
dan dia akan membawa ain dekat dengannya.
bukan sekadar penjaga.
bahkan sebagai pelindung sebagai seorang suami yang sah pada ain.

"boss?"

hairiey tersedar.
dia memandang wajah manis tersenyum di hadapannya itu.

segelas air sirap selasih diletakkan di hadapannya.

"jemput minum boss,saya ke dalam dulu?"

hairiey keberatan.malu pulak dia mahu bertanya.
tapi...sampai bila.apa terjadi pun dia kena lakukannya.

"Ain?"

ain yang baru hendak melangkah kembali memusingkan badannya apabila tersedar namanya diseru.
"ye?"

"saya nak tanya awak sesuatu boleh?"soal hairiey

"boleh"

"hari cuti awak minggu depan awak ada nak pergi mana-mana tak?"

ain semakin pelik.
"kenapa boss?"

hairiey tersenyum.
"saya nak ajak awak keluar?"

Ain tersenyum malu.
apalah...nak tanya yang tu je.ingatkan nak tanya apa.

"penting ke boss? err...saya bukan apa,saya ingat nak bantu kak muna siapkan tempahan kuih dia dekat custumer"

hairiey serba salah.dia berfikir seketika.
"petang? awak sibuk tak?"

Ain menggaru-garu kulit kepalanya yang dilapisi lapisan tudung.
tak kan nak tolak? nanti dikatakan tak hormatkan boss sendiri pulak.
"okay"

hairiey tersenyum.

"hai!!"muncul zura yang tiba-tiba saja muncul dan mengambil tempat di hadapan hairiey.

Ain sudah serba salah.dia mahu meninggalkan meja itu semula.

"Ain?? jadi ye?"soal hairiey lagi.

Ain sekadar mengangguk sebelum dia berlalu pergi menghilang ke dapur.
pandangan mata hairiey menghantarnya hingga hilang dari pandangan.

"siapa tu?"soal zura dengan nada cemburu.
cemburu dia saat melihat hairiey memandang gadis itu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

hairiey tersenyum.
"Ain"

zura tersenyum sinis.
"pekerja cafe?"

"ye..cantik kan?"kata hairiey

zura menahan rasa dalam hati.habis berterbangan mood gembiranya sebentar tadi.

"orang cantik ni kadang-kadang buruk di dalam.you jangan mudah percaya dengan orang sangat.mana tahu niat dia apa..."

"isshh..apa you ni? tak baik tau berburuk sangka dengan ain tu.dia baik lah"

zura mencebir.
"okay fine,you menang!"

hairiey tersenyum.
"so...apa perbincangan kita pagi ni?"

"i tak faham tentang satu masalah ni.i nak you tolong ajar i.i tengah strees tau tak? exam akhir dah nak mula.macam mana kalau i tak dapat buktikan apa-apa dengan parents i?"

hairiey tersenyum.
"its okay lah.baru satu subjek you tak faham.yang lain semua you okay apa? insyaAllah kita akan sama-sama berjaya"

zura tersenyum tenang.

dari jauh ain meliarkan pandangan ke arah mereka.
timbul rasa sakit di hatinya.
tapi...siapalah dia?
dia hanya orang luar yang tidak ada maksud apa-apa bagi hairiey.
dia tidak punya keistimewaan apa-apa jika mahu dibandingkan dengan gadis cantik hitam manis yang sedang bersembang gembira bersama hairiey ketika itu.

"sedar diri ain.kau tu siapa je? kau hanya gadis kampung.kau datang sini nak cari kerja kan? jadi..pedulikan semua tu"bisik hatinya saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience