"cantiklah cafe you"kata zura usai melangkah keluar dari kereta milik hairiey.
dia tersenyum bangga apabila melihat sebuah cafe yang tak berapa besar dan tak jugak berapa kecil.
tapi tampak comel di mata sesiapa saja.
dengan pilihan warna yang menarik iaitu warna coklat gelap digabungkan dengan warna putih susu.
sungguh tampak klasik dan tenang.
"dah puas you tenung cafe ni? ke nak tunggu beberapa jam lagi?"
zura tersedar kemudian dia ketawa perlahan kerana malu ditegur sebegitu.
"sorry..sorry..i teruja sangat tengok cafe you ni"
hairiey tersenyum senang.
"macamlah sebelum ni you tak pernah datang"
"yes...memang i pernah datang,tapi kenapa kali ni lain erk?"
"i tukar warna cat dia"kata hairiey
wajah zura kelihatan terkejut.mulutnya melopong.
"i see....yelah sebelum ni cafe you warna merah kan?"
hairiey angguk kepala.
"why?"
"jom masuk dulu,nanti i cerita"
mereka beriringan masuk ke dalam.
suasana yang tenang membuatkan ramai pelanggan-pelanggannya amat berpuas hati dengan cafe mereka.
hairiey melihat sekeliling mencari meja yang kosong.
namun hampa.
maklumlah bila tiba waktu makan tengah hari sememangnya keadaan sedikit tak terkawal.
akhirnya dia mengajak zura ke meja yang agak tersembunyi dari orang ramai.
mereka duduk melepaskan lenguh kaki masing-masing.
"Selamat datang encik hairiey dan cik zura,ada apa-apa yang nak order ke?"soal salah seorang pelayan cafe sambil tersenyum.
hairiey dan zura sama-sama membalas senyuman itu.
"awak bawak dua set menu stick yang special dengan air jus epal satu dan air...
"sirap selasih?"potong pelayan itu sambil tersenyum.
hairiey dan zura turut ketawa.
"pandai awak teka kan?"kata hairiey
"kan encik hairiey kalau boleh setiap hari nak minum air tu?"kata pelayan itu dengan ramah
"yelah...betul cakap awak,boss awak ni memang suka minum air tu"sokong zura
"senanglah nanti kalau cik zura kahwin dengan encik hairiey nanti,tak banyak songeh"
kata pelayan itu sambil ketawa
hairiey juga tertawa sambil menggeleng perlahan.
zura pula sudah tersenyum malu.
"ada-ada je lah awak ni,sampai macam tu awak fikir kan? cepatlah pergi sediakan apa yang saya pesan tadi"kata hairiey malas mahu memanjangkan perbualan.
pekerja itu meminta diri ke ruang dapur.
zura masih lagi malu untuk menatap wajah di depannya itu.
tiba-tiba terasa wajahnya berbahang.
"maafkan amri..dia memang macam tu,selalu buat lawak yang hambar"kata hairiey
zura tertawa perlahan.
'bagus semua pekerja you...semuanya berdisiplin dan peramah,lagi satu...tak kekok dengan senyuman"
"Alhamdulillah mereka ada untuk i uruskan cafe ni,tanpa mereka i tak tahulah macam mana cafe ni,dengan study lagi,assigment lagi..banyak hal yang i nak kena uruskan,mujur ada diaorang"
"yeahh..i agree with you,actually i banggalah dengan you,ye lah...usia masih muda you dah ada perniagaan sendiri macam ni,dengan belajar lagi.kalau i jadi you i rasa memang dah kena makan ubat sakit kepala setiap hari"
mereka sama-sama tertawa.
"ini semua usaha arwah abang i,i hanya tolong dia uruskan...dia yang wasiatkan cafe ni untuk i jaga dan urus,dan InsyaAllah i akan cuba buat yang terbaik semampu i"
"i can see that at your face Riey...i yakin you boleh buat punya.i kenal you dari kita sekolah rendah lagi.mama dan papa kita pun berkawan baik macam kita jugak..."
Hairiey tersenyum dan mengangguk.
"thanks for you"
"welcome! so...you boleh mula ceritakan kenapa you tukarkan warna cafe infiniti ni?"
Hairiey tersenyum.dia mendekatkan badannya ke meja dengan selesa.
dia meliar pandangan ke segenap ruangan dalaman cafe itu.
"ini warna kegemaran arwah Rish"kata hairiey perlahan saja tapi cukup didengar di telinga zura
zura mengangguk faham.
"dulu masa first sekali cafe ni dibangunkan,i dengan arwah Rish berebut untuk letak warna cat masing-masing,i suka warna merah yang garang...i nak cafe ni nampak dari jauh.
arwah rish pulak nak kan cafe ni warna coklat macam sekarang...dia cakap,dia nak utamakan keselesaan pelanggan.dia cakap pelanggan akan suka dengan suasana yang ala-ala romantik macam ni...tapi,last sekali dia dia kena mengalah,you know..i as adik tetap tak nak mengalah so...i win!"
"so...you all letak warna merah macam sebelum ni?"
Hairiey angguk kepala.
"but now...i nak ubah semunya,i nak rasa suasana seperti yang diimpikan arwah.i dapat rasakan yang dia ada dengan i ketika down and up"
zura tersenyum
"sorry sebab buat you sedih"
hairiey tersenyum lebar.
"i tak sedih,i cuma nak cerita dekat you"
zura tersenyum.
beberapa saat kemudian seorang pelayan menghampiri meja mereka sambil membawa pesanan yang diminta.
zura dan hairiey masing-masing mengucapkan terima kasih.
"so...i tak nak sedih-sedih lagi,sekarang i nak makan.mana tahu cafe you ni tak sedap ke..i boleh comment kan?"kata zura sambil mencapai sudu dan garfu
hairiey tertawa perlahan.
"okay...i bagi you rasa.tapi kalau komen yang memburukkan i tak belanja you"
mereka kemudiannya sama-sama tertawa.
masing-masing dengan perut yang kosong terus menjamu selera.
..................
"Kak muna...takpe ke ain tumpang duduk dengan kak muna?"
Ain melihat sekelilingnya.
sebuah rumah dua tingkat yang sederhana besar.
kedudukannya jugak tidaklah terlalu jauh dari masyarakat.
cumanya rumah kak muna ni ada di hujung sekali di kawasan kejiranan di sini.
maklumlah,rumah taman,memang keadaannya agak sunyi.
kebanyakan penghuni-penghuni di sini sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"MasyaAllah Ain...dah berapa kali kak muna nak cakap? kak muna tak kisahlah...lagipun kalau Ain ada sini duduk dengan kak muna,kak muna adalah jugak kawan berbual,kak muna teruja giler tau bila dengar Ain nak datang KL cari kerja.sebab tu lekas-lekas kak muna ajak Ain tinggal dengan kak muna.senang,keselamatan Ain pun terjamin"
Ain tersenyum senang.
kalaulah di bumi ini ada ramai manusia sebaik kak muna ini.
jemari kak muna digapainya dan digenggam erat.
"terima kasih kak muna...Ain janji Ain akan cari kerja dan Bayar setiap bulan duit sewa dekat kak muna.Ain datang sini memang betul-betul nak cari kerja.kalau Ain tak dapat jugak kerja,Ain balik kampung je...tak menyusahkan kak muna lagi ye?"
"Ain...ain...,ini rumah kak muna,kak muna dah bayar habis dah.dah jadi hak milik kak muna.ain janganlah risau.sejak bila kak muna mintak duit dekat ain? Kak muna tahu apa yang jadi dekat Ain.sebab tu kak muna nak bantu Ain untuk berdikari sendiri.tapi yang pasti..ain tak perlu risau...Ain tinggallah sini lama mana pun ain nak.ain buat macam rumah sendiri"
"terima kasih kak..."ain memeluk tubuh yang agak gempal itu dengan erat.
kak muna terus membalas pelukannya.
"dah jom kak muna tunjukkan bilik Ain"
mereka sama-sama beriringan berjalan ke arah tangga batu itu.
Share this novel