chapter four

Others Series 1365

Muhammad Hairiey Haydar melabuhkan punggung di sofa empuk yang ada di ruang tamu rumah mewah itu.
keadaan rumahnya ketika itu sunyi sekali.
dia melihat sekeliling kemudian satu keluhan terbit di mulutnya.
terus saja tubuhnya dibaringkan di sofa berkenaan.

matanya memandang syiling yang putih bersih itu.
dalam dua tiga hari ini tidurnya seringkali terganggu dengan mimpi.
mimpi yang seringkali menyapanya.
yang peliknya setiap kali mimpi itu muncul pasti dia teringat akan abangnya.

mimpi yang hanya dia saja yang tahu.
sepasang mata yang amat cantik, beralis lentik dan anak mata yang berwarna coklat.
sepasang mata itu memberi pandangan yang sayu terhadapnya..seolah-olah ingin mencuba berkongsi cerita yang sedih.

"Jauhnya termenung? sampai mana bang?"

Hairiey tersedar dari lamunannya.
dia melarikan pandangan ke arah adik lelakinya yang berusia lima belas tahun itu.
Muhammad Haikal Mikael .

"tak ada apa lah...saja"

"ye ke..? abang ada masalah ke dengan class?"

"eh..eh..sibuk pulak dia"kata Hairiey sambil tersenyum.dia kembali duduk bersandar di sofa.

Haikal tergelak perlahan.
"ye lah...apa pulak tak sibuknya? balik-balik rumah je terus muka monyok je..abang kenapa?"soalnya tidak puas hati.

"tak ada apa-apa,saja mengantuk.."

"gaduh dengan kak zura erk?"

"ish budak ni..kan banyak kali abang bagitahu,abang dengan kak zura tu tak ada apa-apalah..."

"tapi adik tengok kak zura tu macam lain je cara dia pandang abang?"

"itu hak dia...biarlah kat dia,abang naik atas dulu"

haikal mengangguk kepala.

"hah!! kebetulan sangat-sangat,alang-alang dah korang ada sini,akak nak minta tolong,tolong jagakan baby qisya ye? sekian terima kasih"

"kak..kak..."Hairiey meneruskan panggilannya tetapi dibuat tidak layan oleh kakak sulungnya itu.
bayi berusia enam bulan yang ada diribanya itu dilihat.
baru saja dia hendak bangun tiba-tiba kakaknya entah datang dari arah mana terus diletaknya baby yang comel ini di ribaannya.
baby qisya tersenyum-senyum padanya.

"hahhahaa!! padan muka abang! apa lagi? masa ni la nak belajar jadi papa kan? oklah..bye adik naik dulu..."kata haikal masih lagi dengan sisa mentertawakan abangnya.

"hah!! adik nak pergi mana?? sekali dengan kau lah dik oii..akak nak try resepi baru ni..nanti abang ipar kau balik akak nak bagi dia rasa..kau duduk situ jaga baby qisya dengan abang kau"arah Harisya Qistina kakak sulung dalam keluarga itu dari arah dapur.

Hairiey menahan tawa dalam diam apabila terpandang wajah cemberut adik lelakinya itu.
............

Baby sharkk doo..doo...doo..
Baby sharkk doo..doo...doo..
Baby sharkk!!

Hairiey menutup mulut kerana menguap.
dia berpaling ke arah adiknya di seberang sana.
di antara mereka berdua baby qisya sudah tidak berkelip matanya melihat ikan-ikan jerung menari-nari di skrin tv.

"so boring...."kata haikal dengan muka tanpa kerelaan.matanya masih statik di skrin tv.

"abang dah mula bencikan ikan jerung lima belas minit yang lalu"sahut hairiey turut menyokong adiknya.

Haikal mengeluh.

Hairiey menjeling melihat wajah ceria baby qisya.dengan perlahan-lahan dia ingin mencapai remote control namun...

"tskk...tsskk...ma...ma!!!!"

kalut-kalut remote itu diletaknya semula.
dia berpusing ke arah dapur.mujurlah kakak singanya tidak mendengar.
dia berpusing melihat baby qisya yang sudah tersenyum semula.
dia mengeluh perlahan.terus dia bersandar semula.

"kan adik dah kata jangan...."

hairiey menala pandangan ke wajah bosan adiknya.
dia tertawa perlahan.
"redha..."katanya
...............

"Ermm...sedapnya bau,akak masak apa?"soal Ayu sambil kakinya menghampiri kakaknya yang dari tadi berperang di dapur.

"akak masak biasa-biasa je..dah nak siap dah pun,nanti kita makan sama-sama ye"jawab Ain sambil tersenyum.

"wahh..ada tomyamlahh..kegemaran kita kan kak?"

Ain melihat wajah teruja adiknya.
"ye...dah pergi panggil abah"

"okay..."jawab ayu sambil terus berlari-lari ke depan.
Ain tersenyum sambil menggeleng melihat telatah adiknya itu.

suasana di meja makan agak sunyi daripada sebarang percakapan.
Ain menjelingkan mata melihat ke arah abahnya yang tenang menyuap nasi ke mulut.

"Err..abah,boleh Ain tanya sesuatu?"

pak Rahim memanggung kepala melihat anak sulungnya.
"lain macam je soalan Ain kali ni?"soal pak Rahim sambik tertawa perlahan.

Ain hanya senyum.
"Boleh tak kalau Ain nak cari kerja dekat KL?"

kali ini tiada lagi senyuman di wajah tua itu.
Ain tidak senang duduk.
aku ada buat salah ke?
maafkan Ain abah.

Ain melihat ke arah Ayu yang turut terhenti suapannya.
Pak Rahim terus mencuci tangannya ke dalam mangkuk dan terus berlalu ke ruang depan.

Ain semakin serba salah.
apa aku dah buat ni?

"kakak..kan abah tengah makan,janganlah tanya soalan tu time makan"kata Ayu

"tapi...itu hanya soalan biasa Ayu...akak nak cari kerja,salah ke?"

"maknanya akak serius dengan soalan akak tadi?"soal Ayu dengan riak sedih

"betul...akak nak cari kerja,boleh jugak kakak dapat duit untuk kita,untuk Ayu belajar"

"Akak...janganlah pergi,dekat sini pun akak boleh dapat duit kan? akak kan pandai menjahit?"

"akak nak cari kerja yang lebih terjamin,sampai bila akak nak menjahit? akak teringin nak kerja yang lebih baik dari sekarang..sekurang-kurangnya akak dapat bagi duit bulan-bulan dekat abah"

Ayu sudah terdiam.
kalau benar itu keinginan kakaknya dia tiada hak untuk menghalang.

Ain menghampiri pak Rahim yang duduk di ruang tamu rumah papan itu.
segelas air kopi panas diletakkan di depan pak Rahim.
dia duduk disebelah abahnya itu.

"abah...izinkan Ain pergi,Ain janji Ain akan jaga diri,izinkan Ain abah..."

"dekat kampung ni Ain tak boleh nak cari kerja ke?kenapa harus pergi ke bandar yang kita langsung tak tahu sama ada bahaya ke apa ke..."

Ain meraih tangan tua itu meminta simpati.
"Abah...sekali je bah,izinkan Ain ke sana.Ain nak cari duit untuk kita semua.nanti Ain boleh bagi abah dengan Ayu macam-macam,apa je yang abah dengan Ayu nak..InsyaAllah Ain boleh bagi"

Pak rahim merenung wajah anaknya
"abah tak mintak semua tu,abah tak minta Ain hulur duit untuk abah,belikan abah macam-macam,cukuplah anak-anak abah ada depan mata"

"tapi bah...Ain teringin nak cari pengalaman dekat sana abah..ramai anak-anak orang kampung pergi sana dan mereka berjaya bah..yang penting pandai jaga diri je"

"abah bukan tak bagi Ain pergi,tapi..abah tak nak kalau apa-apa jadi pada Ain nanti...cukuplah dua-duanya ada depan mata abah,kalau antara Ain dengan Ayu ke sana tak senang duduk abah di kampung ni"

Ain menarik nafas lelah.
"Ain janji akan jaga diri...tolonglah bah"

"Ain tak kenal sesiapa pun dekat sana,macam mana kalau datin tu terjumpa dengan Ain? siapa nak lindungi Ain nanti?"

Ain tertawa perlahan.
"Abah...Ain boleh jaga diri,soal Datin tu...tak mungkinlah bah..buat apa dia nak cari Ain lagi"

"Orang macam tu..takkan puas hati selagi dia tak dapat buat macam-macam pada Ain"

"Abah..abah jugak yang ajar Ain supaya jangan berburuk sangka dengan orang,Ain ke sana cari rezeki..."

pak Rahim mengeluh sambil menggeleng.
"Ada saja jawapan Ain untuk bantah abah ye?"

Ain tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang comel.

"tapi...Ain dah okay ke? baru kemarin abah tengok Ain masih bersedih"

Ain tersenyum semula.
siapa cakap aku dah okay?
aku hanya kuat di depan abah dan Ayu.
tapi di dalam ni,masih lagi sama abah..
sebab tu Ain nak cari kerja,Ain nak kejar impian.

"InsyaAllah bah...Ain dah okay"

"betul ni? abah boleh percayakan Ain?"

Ain mengangguk kepala.

"boleh jaga diri?"

Ain angguk lagi.

"baiklah..abah izinkan,dengan syarat..Ain jaga diri,jaga solat,jangan sesekali lupa call abah atau Ayu dekat sini,dan yang penting jangan salah pilih kawan..."

Ain tersenyum senang.tubuh tua itu dipeluknya.
"terima kasih abah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience