"Are you okay?"soal zura dengan risau dan pelik.tak pernah-pernah hairiey yang dia kenal duduk termenung tanpa cakap apa-apa dan membeku macam di depannya sekarang.
Hairiey tersenyum kepada zura.bunyi kenderaan lalu-lalang di luar cafe tepi jalan ini sentiasa kedengaran.
"i'm okay"balas hairiey
zura kerutkan kening kemudian mencebir bibir.
"okay apanya...dari tadi asyik i je yang cakap sorang-sorang.you tak sihat ke?"
"nothinglah..i okay,cuma..."
"cuma apa? you ni..suka buat i suspens betullah"marah zura dengan risau
hairiey ketawa perlahan.
"Nothinglah...jom kita makan"
"i dari tadi lagi dah makan.you tu...yang termenung jauh tu kenapa? kenangkan girlfriend lah tu"kata zura dengan nada cemburu.
hairiey ketawa lagi.
"you jeoulous erk?"
"mana adalah!"sangkal zura tapi dalam hati!
"i mana ada girlfriend,siapalah yang nak kan i ni...i bukan siapa-siapa,kalau dulu bolehlah...tu pun sebab diaorang kejarkan abang Rish..dan tersilap orang"cerita hairiey bersama ketawa.
zura mencebik bibir.ye lah tu takde orang nak! habis...surat-surat cinta,fans club tu apa?
"muka you dengan arwah Rish kan sama? mana tahu diaorang nak sampaikan surat tu untuk you tapi bagi alasan untuk abang Rish"
Hairiey ketawa perlahan.
"okay i'm done! you jeolous"
"Hey! mana adalah"sangkal zura
"yes! you're cemburu!"
"No!"jawab zura bersama senyumannya.wajahnya sudah memerah! mana tahu si hairiey ni!
Hairiey tertawa perlahan.
"And now you're blushing too!"
Zura tertawa perlahan.memang semakin merahlah muka dia.
"dah lah Riey...you ni suka usik i kan!"
Hairiey tertawa perlahan.terhibur dia dengan sikap zura hari ini.
memang mereka suka bergurau begitu.
tiba-tiba mata hairiey terpaku ke arah seseorang yang sedang membayar makanan yang dibungkus di kaunter pembayaran.
dia meneliti betul-betul.
'macam kenal'
gadis yang bertshirt biru dan berseluar track hitam serta tudung bawal itu berlalu ke pintu keluar gerai yang dia sedang makan bersama zura ketika ini.
Zura turut melihat ke arah mata hairiey tertumpu.
tapi...tiada sesiapa pun?
'Ain! yes! itu Ain'
Hairiey terus bangun dan mencapai beg sandangnya yang mengandungi buku-buku dan peralatan kolej digalas ke bahu kanan.
"Riey? you nak pergi mana?"soal zura pelik bila melihat Hairiey seperti tergesa-gesa mahu pergi.
Hairiey meletakkan wang berjumlah lima puluh ringgit di atas meja.
"i kena pergi...sorry,nanti i explain okay?"terus hairiey berlalu tanpa sempat Zura berkata-kata
zura merengus perlahan.rambutnya yang terjatuh ke dahi dikibas ke belakang.
"siapa yang hairiey kejar sebenarnya?"soal dia sendirian.
..................
Hairiey mengikuti langkah kaki ain dari jauh.
dia cuba untuk tidak terlepas dari ain yang berjalan dengan agak laju itu.
dia menoleh ke belakang.
sudah jauh dia berjalan mengikut Ain sejak dari gerai itu tadi.
"Ain tak datang kerja?"soal dia sendirian.
dia menyelok poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
nombor seseorang cuba didail sambil matanya tidak lepas dari melihat ain.
"Hello Azam!"
"ehh! mana salam kau ni? tiba-tiba sergah aku ada apa-apa ke?"soal azam
"err...Assalammualaikum"
"hah! waalaikumsalam...kenapa?"
"Ain tak datang kerja erk?"soal hairiey
"kan dia cuti hari ni? kau jugak yang bagi dia cuti hari Ahad kan?"soal azam
Terus dahinya ditampar perlahan.
"sorry..sorry bro! aku lupa...okay terima kasih"
terus telefonnya dimatikan.
Azam baru mahu membuka mulut tetapi
telefonnya sudah gelap!
dia menggeleng perlahan.
Hairiey memeruskan langkah.walaupun penat dan berpeluh dia tidak peduli.yang pasti dia mahu tahu ke mana ain mahu pergi.
'kenapa kau nak ambil tahu ke mana dia pergi Riey'soal akalnya
dia berhenti melangkah sementara melepaskan lelah.
"dia kan pekerja aku'jawab hatinya
"tapi dia cuma pekerja?'
'yes! salah ke?'soal hatinya membantah.
'memang salah! sebab pekerja kau sedang bercuti,yang kau sibuk kejar dia kenapa'soal akalnya
'aku nak pastikan dia selamat'
'pekerja kau yang lain ada jugak yang cuti,kau tak nak pastikan diaorang selamat ke?'soal akal
Hairiey mengeluh perlahan.
"diamlah! aku kena jugak follow ain,atas sebab apa aku tak tahu!"
...................
Ain seperti menyedari sesuatu.
terasa seperti dirinya diperhati sedari tadi.
dia tidak berani untuk berpusing ke belakang.
dia hanya mampu berdoa dalam hati moga-moga tiada apa-apa kejadian yang menakutkan terjadi padanya.
hatinya terasa semakin tidak tentu arah apabila telinganya seperti terdengar-dengar jejak langkah seseorang di belakangnya.
dia membuat keputusan untuk berhenti.
dan bunyi itu juga turut berhenti.
kerongkongnya terasa kering kerana takut sesuatu yang tidak baik terjadi.
"siapa tu!"soal ain dengan gusar.
dia melihat sekeliling.
baru siang begini takkanlah dah ada hantu.
kalau bukan hantu ini mesti geng kepala hantu!
Tiba-tiba ain terlihat seperti sesusuk tubuh di balik sebatang pokok.
Ain menghampiri dengan perlahan-lahan.dibuang jauh rasa takut itu demi keselamatannya.
kalau dia terus berjalan.pasti dia diikuti lagi.
lebih baik dia rungkaikan kebenaran.
Ain menghulur tangan mahu menyentuh bahu manusia itu dari arah belakang.
"encik?"panggil ain
"Aarrrgghh!!!"
Ain terjatuh ke tanah.nasi yang dibelinya mujur tidak tertumpah.masih elok di dalam bekasnya.
mereka sama-sama terkejut.
hairiey terundur ke belakang manakala ain terjatuh ke bawah.
"eerr...Ain,awak tak apa-apa?"soal hairiey cuba membantu ain untuk bangun.
"tak apa encik...saya boleh bangun sendiri"kata Ain lekas-lekas bangun.
sakit di punggungnya masih lagi terasa.tetapi dia tidak mahu dibantu oleh bossnya itu.
nanti dikatakan mengada-ngada pulak.
Hairiey mengurut belakang lehernya.
apa nak jawab ni?
jantung Ain sekali lagi berdebar saat mata mereka sama-sama bersabung.
ain melihat ke arah lain.
"apa encik buat dekat sini?"soal ain cuba mengawal suasana yang janggal itu.
hairiey melihat sekeliling mencari alasan.
"Errr...emm..saya datang jumpa kawan dekat-dekat sini tadi"jawapan yang selamat.
dekatlah sangat! dah berapa meter dia tinggalkan kereta dekat restourant tadi.
"ohh..."Ain tersenyum ikhlas.tak mahulah nampak janggal sangat.
Entah kali ke berapa hati hairiey mula berdebar-debar lagi saat menatap senyuman manis itu.
dia mengalih pandangan ke arah lain.
"esok awak kerja kan?"soal hairiey
"err...ye encik"
"okay...esok jangan sampai lewat masuk kerja"
"baik encik"jawab ain.
pernah ke dia lewat masuk kerja?
"awak dah makan?"soal hairiey saja-saja.walaupun dia dah tahu bungkusan di tangan ain itu adalah nasi.
"err...belum encik,tapi...ni saya dah tapau"kata ain sambil tersenyum.plastik di tangan kanannya diangkat sedikit.
hairiey cuba mencari soalan-soalan yang bernas untuk ditanya pada ain lagi.
dia tidak mahu pertemuan ini suatu pertemuan yang singkat.
kalau boleh dia nak ajak ain keluar minum atau makan.
tetapi...mahu ke gadis seperti ain ini?
"Kalau tak ada apa-apa...saya minta diri dulu ye encik?"kata ain
hairiey semakin gusar.
'cepatlah idea datang!'gesanya
"Ain!"
"ye?"
"esok awak balik petang kan?"
"ye encik hairiey"
"err...esok pukul enam tunggu saya dekat rumah awak,saya datang jemput"
kening ain bertaut.
"kenapa encik?"
hairiey mencari jawapan dengan pantas.
"setiap pekerja saya memang saya buat syarat macam tu.dia orang kena ikut saya pergi makan or minum...untuk saya kenal dengan pekerja saya"
"setiap?"
"yes...setiap seorang pekerja baru.so...esok tunggu saya dekat rumah awak"
"tapi....encik kan dah kenal saya? saya dah isi borang peribadi diri kan?"soal ain
"siapa bos sekarang ni?"soal hairiey sedikit tegas.sebabnya...dia dah tak ada jawapan.
ain tersentak.dia tertunduk ke bawah.
"maafkan saya encik hairiey"
"esok tunggu saya dekat rumah awak"
"encik hairiey tahu rumah saya?"
hairiey terdiam.betul jugak.mana dia tahu rumah ain.
"err...awak tunggu sini.saya datang ambil awak dekat sini"
ain mengangguk dengan terpaksa.
"encik...boleh saya tanya sesuatu?'
"apa?"
"encik selalu bawa pekerja encik ke mana?"
hairiey tersenyum senget.
"esok awak akan tahu"
hairiey pantas berlalu pergi.
tinggallah ain dengan mata yang terkelip-kelip masih dalam kebingungan.
"ishhh!! suka hati je! aku baru ingat nak rehatkan badan..."keluh ain.
dia pun pantas berlalu pergi semula.
..................
"you pergi mana riey? sampai hati kan you tinggalkan i sorang-sorang dekat sini?"soal zura seperti merajuk.
Hairiey tersengih.
"maaflah...i pergi tegur kawan i tadi,lama tak jumpa,so...borak panjang sikit"
"kawan you? mana?"soal zura mencari-cari seseorang.
"dia dah balik...you dah habis makan?"
zura mengeluh.
"dah...you tu belum makan bagi habis lagi"
"i dah kenyanglah...jom kita balik"
zura angguk saja.mereka sama-sama bangun dari situ dan pergi.
...................
Kak muna menghampiri ain yang sedang duduk diam menyepi merenung ke arah kaca tv yang tersiar gambar english blockbuster.
tetapi...rasa-rasanya fokus ain bukan dekat tv tapi ke lain.
"macam nak pecah cermin tv tu kena tenung dengan ain"tegur kak muna.
ain tersedar.dia tersenyum saja.
"ada masalah ye? duit tak cukup?kalau tak cukup...cakap dengan akak,kalau ada masalah apa-apa pun cerita je dengan akak"
ain tersenyum.
"tak ada apalah kak...cuma..."
"cuma apa?"
"siang tadi...ain terserempak dengan encik hairiey,boss ain"
"dia buat apa dekat sini?"soal kak muna pelik
"dia cakap dia jumpa kawan dekat kawasan sini.ain pun pelik,tapi..mungkin betul apa yang dia cakap tu"
"so...?"
"dia cakap nak ajak ain keluar esok lepas balik kerja"
"jumpa? buat apa?"soal kak muna
"dia cakap...memang setiap pekerja baru akan ikut dia dan keluar dengan dia pergi mana-mana je...untuk kenal dengan lebih lagi pekerja dia"
kunyahan keropok kak muna terhenti.
dia meletakkan mangkuk berisi keropok di atas meja.
dia melihat ain bagaikan tidak percaya
"dia cakap macam tu?"
"ye kak muna..."
"setiap pekerja baru?"
ain angguk lagi.
seketika kemudian kak muna tersenyum penuh misteri.
dia tersenyum sambil melihat ain.
"kenapa akak senyum macam tu?"
soal ain pelik.
"saja...esok keluarlah dengan dia"
"tu lah..nampaknya terpaksalah ain ikut,rasa menyesal pulak jadi pekerja baru"keluh ain
kak muna tersenyum sendiri.
hanya dia yang mengerti.
Share this novel