Ain duduk termenung sendirian di sofa luar biliknya.
kak muna ketika itu sedang menonton tv cerita kegemarannya di ruang tamu bawah.
saja ain tak nak mengganggu,jadi dia duduk di atas saja.lagipula...akalnya sedari dua hari lepas dia asyik memikirkan akan hal cincin yang kini terletak cantik di dalam kotak baldu berwarna merah di tangannya kini.
Ain memegang cincin yang cantik terhias indah itu dan dilihatnya dengan perasaan yang bercampur aduk.antara memori silam,kesetiaan,cinta dan pangkat menjadi taruhannya kini.
"Ya Allah..patut ke aku terima lamaran ini? sesungguhnya aku masih lagi tidak dapat melupakan abang harrish,patutkah aku terima lamaran ini sedangkan hati aku kini masih lagi merindui yang dulu? aku buntu ya Allah.berikan aku petunjukmu,apa yang harus aku lakukan"
Air mata yang bertakungan lekas-lekas diseka.
"Ain...sudikah awak menjadi isteri saya? menjadi suri hati saya? menjadi sesuatu yang berharga buat saya?"
"saya sedang melamar awak ain!"
Ain bersandar ke belakang.kata-kata keramat yang masih ternging-ngiang di cuping telinganya sedari dua hari lalu sejak kejadian tersebut.
"Ain....boleh akak duduk?"tegur kak muna tiba-tiba muncul
Ain pantas membetulkan duduknya.dia tersenyum ke arah kak muna.
kotak cincin di tangannya disembunyikan di belakang.
kak muna mengambil tempat di sebelahnya.
"Ain sembunyikan sesuatu dari akak?"soal kak muna
"takde apa lah kak..."jawab dia cuba untuk beriak biasa.
"Ain..jangan macam ni,dari riak muka ain pun akak dah tahu yang ain sebenarnya dalam dilema,ain..akak tak buta lagi tau untuk nak cam yang di tangan ain tu sekotak cincin"
Ain memandang wajah kak muna yang tenang.dia mengeluh dalam hati.tiada guna lagi dia bersembunyi.
dia membawa keluar tangannya dari belakang badan.
kak muna tersenyum apabila melihat ain menunjukkan kotak kecil berbentuk hati berwarna merah.
"takde apa kak...ia cuma sesuatu yang belum pasti"kata ain
"siapa?"kak muna memandang ain dengan pandangan prihatin.dia sudah menganggap ain sama seperti adik perempuannya.
jadi tiada masalah sekiranya ain mengalami masalah dan dia sudi mendengar.
"boss ain"
kak muna tersenyum.
"so...?"
ain memandang kak muna.kemudian dia mengeluh.kotak cincin itu diletak di atas meja.
"Ain keliru kak...semua ni menjadi tiba-tiba,ain kenal dia baru beberapa bulan.dan tiba-tiba dia membuat keputusan ini"
"dia ada cakap yang dia sukakan ain?"
ain mengangguk saja.
"ain pulak?"
mata bundarnya memandang je wajah kak muna dengan tanda tanya.apa maksud kak muna?
"maksud akak...hati ain pulak macam mana?"
"ain....ain tak faham dengan diri ain sendiri kak,kadang-kadang ain suka dengan cara dia.cara dia,muka dia semua tentang dia seakan sama dengan arwah tunang ain dulu,tapi....ain cuba untuk lupakan semua hakikat tu.dia boss ain kak...macam mana ain nak sukakan dia?"
kak muna tersenyum.tangan ain digenggamnya.
"ain...kadang-kadang cinta tu dia tak datang sekarang tau? ada jugak cinta selepas nikah,yang penting ain selesa dan rasa bahagia bila bersama dengan seseorang tu.kita tak tahu kan mungkin Allah nak gantikan seseorang untuk ain jadikan suami dan sifat serta perangainya sama dengan lelaki yang ain cinta selama ni?"
"kak muna..boss tu,dia tak kenal latar belakang ain lagi,dia tak tahu tentang macam mana kehidupan ain sebelum ini.dan ain juga macam tu,ain kenal dia hanya sebagai seorang boss yang patut ain hormat sebab ain ni pekerja.ain tak nak buat keputusan terburu-buru macam apa yang dia buat tu kak"
kak muna mengusap kepala ain.rambut lurus ain diselit ke belakang telinga.
"okay macam ni,akak pun tak nak paksa ain.akak pun tak boleh sesuka hati bagi ain setuju ataupun tak.cuma...ain kena tanya ayah ain,tanya hati ain dan tanya dekat Allah.apa semua ni betul ataupun salah"
"ain nak jawab apa dekat dia kak?"
"ain jangan jawab lagi.tanya ayah dulu,ain berdoa banyak-banyak dan buat solat istiqarah"
ain tersenyum.
"terima kasih kak sebab bagi kata-kata semangat untuk ain"
"ain ni akak dah anggap macam adik akak tau.semua masalah ain akan jadi masalah akak juga"
ain tersenyum.
"akak nak tanya satu je lagi,boleh?"
ain mengangguk.
"ain masih ingatkan arwah?"
ain menarik nafas dalam kemudian dia tersenyum.
"siapa yang akan melupakan kisah yang paling manis dalam hidup dia kak? tipu la kalau ain cakap ain dah lupakan semua memori tu kak.memori semua tu masih terpahat dalam hati ain.cuma...ain sedaya upaya untuk menerima ketentuan Allah.ain terima atas apa yang terjadi"
"baguslah kalau macam tu.mungkin nanti hati ain dah boleh terima orang baru? walaupun tidak seindah yang dulu"
ain tersenyum.
"insyaAllah kak"
"dah lah...ain kena banyak berdoa.tanya Allah"
ain mengangguk saja.
.........................
"Assalammualaikum ayah?"
"waalaikumsalam...."jawab pak Rahim tersenyum girang di talian seberang sana.perasaan rindu akan anak sulungnya benar-benar sudah menggunung.
"ayah dengan ayu sihat?"soal ain tersenyum ceria.
terasa lapang hatinya saat mendengar suara yang sepenuh jiwa dirinduinya.
"Alhamdulillah ayah dengan ayu sihat dekat kampung,ain macam mana? kerja semua okay ke?"soal pak rahim.mana tahu anaknya berada di dalam kesusahan.
"Ain okay ayah...kerja pun okay,ayah janganlah risau pasal ain.yang penting ayah jaga kesihatan dekat kampung.lama ain tak balik jenguk ayah...Ain minta maaf ayah,kerja ain sekarang tak menentu.kalau nak cuti pun sehari je.kecuali kalau ain minta dengan boss sendiri"keluh ain
pak rahim tersenyum.
"ain janganlah risau pasal ayah.ayu ada untuk jaga ayah.dia lah yang memasak,mengemas,mencuci.dah puas ayah larang adik ain tu...ayah suruh dia tumpukan perhatian dekat peperiksaan yang tak lama lagi ni.dia sibuk pulak buat benda lain"
"ayah kutuk ayu ekk!!?"
ain tertawa sakan apabila terdengar suara ayu yang menyergah ayah.
seperti dia dapat melihat wajah terkejut ayah yang mesti comel itu.
"mana ada ayah kutuk ayu...ayah cerita"jawab pak rahim sambil ketawa.
ayu memcebirkan bibir kemudian dia juga turut tertawa.
"kak ain!! jangan percaya cakap ayah tau kalau ayah kutuk-kutuk ayu...ayah tu yang sebenarnya degil,ubat pun jarang makan"
ketawa ain terhenti.
"ayah....ayah tak makan ubat ke?"soal ain risau
pak rahim membuat isyarat memarahi ayu yang kini disebelahnya.ayu hanya tersengih.
"ayah makan...cuma,biasalah...ayah jemu hari-hari kena makan ubat,sekali sekala badan ayah ni nak rehat dari pil-pil ubat tu jugak"
ain menggeleng kepala dengan kecewa.
inilah ayah.dari dulu cukup susah nak makan ubat.
"ayah...ayah kan ada darah tinggi? memanglah kena makan ubat.kan ain selalu pesan dekat ayah supaya selalu makan ubat,ayah buat ain risaulah.."
"ain..ayah tak apa-apa.ayah sihat lagi ni.ayah bukan selang banyak hari.kadang-kadang tu sehari je..."
"ye...ain tahu,tapi ayah kenalah makan ikut saranan dokter,ayah...makan ubat ekk?"pujuk ain dengan risau.
"ermm...ye lah,ayah makan setiap hari"
ain tersenyum.
"ayah...."
"iye? ain ada masalah ke?"soal pak rahim.
Ain berfikir seketika.
perasaannya bercampur untuk menceritakan semua yang terjadi kepada ayahnya.
buat ayah risau saja.
lagipun...dia dan hairiey masih belum ada kata putus.
ain tak tahu macam mana cara nak bagitahu ayahnya.
"Ain?"
"err...takde apalah ayah,ayah...ain nak cakap dengan ayu sekejap boleh?"soal ain cuba menceriakan suaranya.
pak rahim beriak pelik.
macam ada yang tak kena dengan anak sulungnya itu.
"nahh...kak ain nak cakap dengan ayu"pak hamid menyerahkan gagang telefon kepada ayu.
ayu yang sudah tak sabar menyambut huluran itu dengan pantas.
"hello kak!!"
pak hamid berlalu ke ruang tamu di depan.
dia memandang ayu yang seronok berborak dengan ain di talian.
timbul kerisauan di dalam hati pak hamid.
"macam ada yang tak kena,Ya Allah...kau lindungilah anakku yang berada di perantauan,kau permudakanlah urusannya,Aamiin"pak hamid cuba membuang perasaan risaunya.
........................
suasana di cafe agak riuh dengan pelanggan yang tak henti-henti mengunjungi cafe.
semestinya mahu merasai menu-menu yang mereka sediakan.
tengah hari itu ain dan yang lain agak sibuk.
masing-masing sudah berpeluh dan berpanas sakan.
walaupun pendingin hawa ada di segenap ruang cafe.
"Ain?? tolong akak bawak ni ke meja nombor dua belas"kata kak bibah sambil menghulurkan kepada ain menu makanan barat.
"baik kak..."jawab ain.
dia meletakkan pinggan dan segelas air yang telah diorder di dalam sebuah dulang.
dia membawa dengan berhati-hati.
"kenapa jauh sangat meja nombor dua belas ni?"keluh ain di dalam peluh dan panas.
dia membawa dengan berhati-hati menuju ke arah seorang lelaki yang agak berumur duduk membelakangkannya.
"Silakan makan encik,ini hidangan yang encik order daripada kami"kata Ain terus mengasingkan hidangan itu dari dulang dan diletak perlahan-lahan di hadapan lelaki itu.
"terima kasih"jawab lelaki itu sambil tersenyum.sedari tadi dia memandang ain yang tidak menyedari kehadirannya.
"sama-sa..."Ain memandang wajah yang tersenyum tenang dihadapannya sekarang.
wajah yang agak lama dia tidak temui.
"dato...."kata ain menahan perasaan.
"dah lama ain kerja sini? kenapa papa tak tahu pun?"soal dato salim dengan ramah.
hati ain sedikit sensitif apabila mendengar perkataan 'papa' yang baru diucapkan tadi.
dato salim memang baik dengan dia.kecuali....datin salina.
"baru lagi dato"jawab ain dengan perlahan.
dia tidak sampai hati mahu memandang lelaki sebaya ayah di hadapannya sekarang.
mereka sama-sama merasai kehilangan.
"ain duduk dulu.."kata dato salim.
"maafkan ain,tapi ain....."
"papa dah minta izin dengan orang dalam"kata dato salim.
ain serba salah.dengan berat hati dia duduk berhadapan dengan dato rahim.
lelaki yang dia hormati.
"suka papa tengok ain sekarang,ain dah lebih kuat dari dulu"kata dato rahim sambil tersenyum.
"dato dan datin sihat? maafkan ain sebab selama ni langsung ain tak bertanya khabar"
"ain...jangan tukar panggilan tu,papa tetap akan jadi papa ain"
ain memandang wajah di depannya.tiba-tiba dia terasa sebak.wajah arwah harrish tiba-tiba melayari ruangan mindanya.
tidak semena-mena air matanya gugur ke pipi.lekas-lekas ain menyeka.
Dato salim tersenyum.
"papa faham perasaan ain,papa sebenarnya nak minta maaf dekat ain dengan apa yang mama pernah buat dekat ain dulu,waktu tu...mama mungkin sangat tertekan,ain maafkan mama ekk?"
"Ain yang patut minta maaf dengan mama dan papa.maafkan ain,ain yang bersalah.ain bersalah sebabkan arwah abang rish tak dengar arahan mama.dan ain yang bawa malang hingga arwah abang rish kemalangan.maafkan ain sebabkan papa dan mama kehilangan seseorang yang sangat disayangi"ucap ain dengan suara yang terketar-ketar.dia cuba untuk tidak mununjukkan emosinya ketika ini.
rasa nak menangis membuak-buak di dada secara tiba-tiba.
"Ain...semua tu ketentuan Allah,papa redha dengan pemergian arwah rish.papa langsung tak salahkan sesiapa dalam hal ni.dah ajal dia tiba ain.kita sebagai manusia apa yang kita mampu buat? cuma mama....dia semakin pulih sekarang.insyaAllah dia semakin okay"
Ain tersenyum untuk cuba menahan sebak di dada.
"macam mana papa boleh ada di sini? papa tahu ain kerja di sini?"soal ain
dato salim memandang wajah yang polos dan bersih ini.
kalau betul ain memang menjadi menantunya.sudah pasti dia yang paling teruja kerana sejak dulu lagi dia bersetuju dengan pilihan harrish.dia sendiri yang melihat kelembutan bicara,kesopanan dalam pemakaian dan seseorang yang lemah lembut seperti ain sejak dia diperkenalkan oleh harrish dulu.
memang pilihan anaknya adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan suri hati seorang suami.
"papa??"
dato salim tersedar kemudian dia tersenyum.
"maafkan papa...ain tanya apa tadi?"
Ain tersenyum.
"ain tanya...macam mana papa boleh tahu ain kerja di sini?"
"Papa datang jumpa anak papa"jawab dato salim.
Ain tersenyum.
"ohh...kak harisya ye?"soal ain
dato salim menggeleng sambil tersenyum.
"mesti haikal"kata ain
dato salim menggeleng lagi.
"papa datang nak jumpa hairiey,boss ain?"
Mendengar ayat itu membuatkan ain terdiam sejenak.akalnya cuba menghadam apa yang baru disampaikan oleh dato salim kepadanya sebentar tadi.
"Ain mesti kenal dengan hairiey kan?"soal dato salim lagi.
Ain memandang wajah di hadapannya dengan penuh tanda tanya.
"kalau ain nak tahu,hairiey tu sebenarnya adik kembar arwah harrish.sebab tu muka dan perangai mereka agak sama"cerita dato salim
dunia ain terasa gelap tiba-tiba.
dugaan apakah kali ini?
hairiey adik kembar arwah harrish.
bermakna mereka anak kepada dato salim dan datin salina.
wanita yang betul-betul membenci dirinya dari mula-mula dia diperkenalkan oleh arwah harrish dulu.
"a....a...ain minta maaf,ain tak tahu"kata ain dengan tergagap-gagap.dia ketika ini sedang menahan perasaan.
terasa seperti dia ditipu hidup-hidup oleh hairiey.
sanggup lelaki yang kononnya mencintai dia,mahu menjadikan dia isteri tergamak menipu dia sampai macam ni sekali.
bermakna hairiey tahu kisah hidup dia dan juga arwah harrish.
"apa maksud ain minta maaf?"
"se...se...sebenarnya.....sebenarnya hairiey....."
"hairiey lamar ain?"soal dato salim.
ain sudah malu tahap apa tak tahu nak cakap.
apa kata dato salim!
dato salim tersenyum apabila melihat anggukkan ain.
"papa sokong apa yang hairiey buat,papa setuju kalau ain jadi menantu papa balik.papa tetap nak kita jadi satu keluarga"
ain senyap saja.
'maafkan ain papa,tapi ain tak boleh.ain yakin sangat yang datin salina pasti beriak sama macam dulu jugak.kesian hairiey jika dia turut terima padahnya.ain tahu yang datin salina masih membenci ain'luah hatinya.
"pasal mama ain jangan risau.papa yakin nanti dia pasti boleh terima jugak"
Ain mengukir senyuman hanya sebagai menghormati kata-kata dato salim.
"insyaAllah"
dato salim tersenyum senang hati.
dia hanya mahu memudahkan urusan anak lelakinya.dan dia harap dia akan berjaya.
"Assalammualaikum pa..."sapa hairiey yang muncul dan dia terlihat sangat terkejut saat terpandang ain yang duduk bersama papanya.
"waalaikumsalam"jawab dato salim dan ain serentak.
hairriey dapat rasakan ada benda yang tak kena dengan ain.
pandangan mata ain sedikit pun tidak memandang ke arahnya.
yang ada hanya wajah bersahaja.
"ain ke dalam dulu"minta ain sambil bangun berdiri.
malas dia mahu melihat wajah yang kononnya tak bersalah itu.
sanggup hairiey tidak memberitahu kepada dia perkara yang sebenar.kini dia dah dapat jawapan yang selama ini dicari.
dato salim mengangguk saja.dia melihat reaksi kedua-duanya.sorang dengan muka memohon simpati,sorang lagi macam marah.
ain berlalu tanpa memandang ke arah hairiey.dia masuk ke dalam bahagian kitchen.
"pa...papa cakap apa dengan ain?"
"tak payahlah riey risau.papa mudahkan kerja riey.walau apa pun terjadi...ain berhak untuk tahu semuanya.itu lebih baik untuk masa akan datang"
hairiey mengeluh.
"macam mana kalau ain merajuk dengan riey papa?"
dato salim tertawa perlahan.
"Riey lelaki kan? kenalah pandai memujuk"
hairiey mengeluh kesal sambil menggeleng tak puas hati.
dato salim hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu.macam-macam hal anak-anak muda zaman sekarang ni!
Share this novel