chapter 5

Others Series 1365

"macam mana dengan cafe?"soal Dato Salim sewaktu di meja makan bersama-sama yang lain.

Hairiey memanggung kepala ke arah papanya.
"Alhamdulillah semuanya okay pa.."

"baguslah kalau dah macam tu,cafe tu kadang-kadang boleh tengok..yang penting Riey tumpukan perhatian dekat class"

Hairiey tersenyum sambil mengangguk faham.

"dari dulu lagi mama tak setuju bila Riey dengan arwah Rish nak buka cafe...kan syarikat papa ada? kenapa susah-susah nak buka cafe pulak? memang tak sama bidang dengan belajar pun kan?"sampuk datin salina

"Riey dengan arwah abang cuma nak ambil pengalaman ja ma...lagipun cafe tu inspirasi dari arwah abang Rish...sayang pulak kalau Riey buat sekerat jalan,so...Riey ingat nak teruskan je lah"

"baguslah macam tu Riey...lagipun cafe ni bukan memerlukan perhatian kita selalu,nanti bila dah habis belajar Riey kalau masuk syarikat pun mesti boleh handle punya..."sokong Azmin abang iparnya

"InsyaAllah bang..."

"yang penting kau kena cari orang kepercayaan...ye lah,mana tahu nanti kalau kau dah sibuk dengan syarikat macam mana nak handle cafe lagi...kalau dulu lain,dulu Rish ada..sekarang tinggal dekat kau sorang je.."kata Qistina dengan nada sebak

suasana kembali senyap seketika apabila masing-masing melayan perasaan yang hadir tanpa dipinta.

"arwah abang ada kawan yang kerja dalam cafe tu,Riey pun kenal.Riey nampak dia pun okay,jadi rasanya tak ada apa yang perlu dirisaukan"

"baguslah...sekarang Riey tumpu je perhatian dekat pelajaran"

"Riey selalu ke pergi cafe?"soal Datin salina tiba-tiba

"jarang ma...bila lepas kuliah ataupun hari takde class je Riey pergi.hal-hal cafe kebanyakannya Riey percayakan Azam.."

"Azam?"soal Qistina

"kawan yang Riey cakap tadi"

Qistina dan yang lain-lain mengangguk faham.
.................

Hairiey melangkah naik ke tingkat atas untuk ke biliknya.
tiba di hadapan bilik mama dan papanya tiba-tiba dia mendengar suara kedua-duanya.
terdengar suara datin salina seperti sedang menangis.

"Sudah-sudahlah tu...Rish dah dua bulan tinggalkan kita,tak baik awak nak meratap macam ni terus...nanti darah tinggi awak naik balik"kata dato salim

"macam mana saya tak teringatkan dia bang..dia lah anak yang selama ni selalu dengar cakap saya,saya cakap apa tak pernah nak bantah,kalau tak disebabkan perempuan kampung tu yang hasut anak kita...tak mungkin rish jadi degil macam tu bang.."kata datin salina menahan sebak dan amarah yang mencengkam.

"tak baik awak salahkan budak tu...Rish meninggal sebab kemalangan,bukan disebabkan sesiapapun..."

"abang pun sama je dengan semua orang,perempuan tu bawa malang abang tahu tak? selama ni mana pernah rish degil macam tu,tiba-tiba dia suruh kita pinangkan perempuan kampung tu...entah datang dari mana asal usulnya...saya dengan terpaksanya terima dia jadi menantu kita bang...malu saya dengan kawan-kawan saya yang lain...tapi demi anak kita saya boleh tahan lagi bang...tapi kalau sampai tahap anak kita meninggal,saya tak kan maafkan perempuan tu sampai bila-bila!"

"Astagfirullahalazim...apa awak merepek malam-malam ni? saya tak nak dengar lagi awak cakap macam tu,bukan saya membela siapa-siapa,tapi semua ni yang berlaku adalah disebabkan takdir,kita kena terima qadak dan qadar Allah Sal....sampai bila awak nak macam ni? sesiapa pun tak bersalah dalam hal ni.gadis yang hampir jadi menantu kita haritu pun turut sama-sama menangis bila dengar kepergian anak kita...itu awak kata penyebabnya dia?"

"dah lah...abang dengan anak-anak semua sama,tak ada siapa yang sokong saya..tepilah saya nak tidur"

Hairiey mengeluh perlahan diluar bilik itu.
dia meneruskan langkah ke dalam biliknya.
dia duduk di birai katil.
sebuah kotak kecil dikeluarkan dari bawah katil miliknya.
kotak itu diletakkan dihadapannya.
dia bersila kemas.
penutup kotak usang itu dibuka.
dia mencapai sekeping gambar seorang gadis yang manis tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang comel.
wajah itu cukup manis disebalik tudung bawal berwarna merah jambu yang dipakai.

Hairiey menumpukan perhatian pada alis mata yang cantik itu.
tiba-tiba saja hatinya terasa berdebar terus dia memandang ke arah lain.
"ada apa dengan mata ini?setiap kali aku terpandang mesti jantung aku laju mengepam darah"kata dia sendirian.

kemudian dia menyimpan semula foto itu ditempat asal.

Hairiey bersandar di kepala katilnya.
"Abang rish jangan risau..Riey akan cari gadis yang terpahat di hati abang sampai jumpa.walaupun mama dan papa tak nak bagitahu riey...riey akan usaha sendiri sampai dapat.riey jugak tak salahkan dia atas apa yang berlaku.riey cuma nak lihat dengan mata riey sendiri gadis yang hampir menjadi kakak ipar riey,riey akan minta maaf dekat dia atas sikap mama terhadap dia.abang jangan risau"kata Hairiey sendirian.
...............

Hairiey berjalan keluar dari kawasan kolej menuju ke tempat parkir kereta miliknya.
sebuah kereta toyota Harrier dihampirinya.

"Rieyy!!! nanti dulu!"laung satu suara dibelakangnya.

Hairiey tersenyum ke arah Zura yang termengah-mengah mengejarnya.

"kenapa you lari ni? secret admire kejar ke?"lawak hairiey bersama senyumannya yang menyerlahkan lagi ketampanannya.

zura tertawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
"you cakap secret admire kejar i? i mana ada peminat macam you tu...you lainlah,siap ada group peminat lagi tau dekat kolej ni...i ni siapalah"

hariey tertawa perlahan.
dia bersandar di keretanya.
"you ni suka merepek kan?"

"ehh..i tak merepek okay,cuma..i ni kira untungla sebab i ni kawan you...ramai gadis-gadis yang jeles i berkawan dengan you tau"kata zura sambil tersenyum bangga.

terhambur tawa dari mulut hairiey.
"i berkawan dengan semua orang,pedulikanlah dengan apa semua group-group yang tak mendatangkan faedah tu...me just me okay,you know me right?"

"yeahh...i kenal you siapa,you ni seorang yang humble,nice,handsome..rich....

"yang nombor tiga tu kuat sikit sebut"kata hairiey sambil tersenyum.

zura terus ketawa kuat.
"ohh yang tu you nak i sebut kuat? pleaselah...i saja puji-puji you"

"i know that"

mereka sama-sama tertawa.

"so...you nak pergi mana ni?"soal zura

"i ingat nak ke cafe,saja..dah dua minggu i tak ke sana"

"wahh..bestnya,ada makan-makan free tak?"soal zura bergurau

"of couselah ada..just for you"

"seriusly?"

hairiey angguk kepala.
zura sudah tersengih lebar.

"you nak ikut i ke?"soal hairiey

"boleh ke? tak kacau you?"

"mana ada kacau..you kan girlfriend i?"kata hairiey sambil tertawa bergurau

zura yang mendengar sudah bergetar hatinya.dia menyimpan senyuman kegembiraan.
walaupun dia tidak tahu sama ada hairiey bergurau ataupun tidak.

"okay jom"
zura memasuki ruangan penumpang sebelah pemandu.hairiey pulak menuju ke ruangan pemandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience