Ain dan kak muna sama-sama membersihkan halamam rumah.
memandangkan dia dan kak muna sama-sama cuti.
jadi mereka membuat keputusan untuk menguruskan semua pokok-pokok bunga yang banyak dan terbiar di halaman.
sejak kak muna sendirian lagi dia jenis sukakan alam flora dan fauna.
cuma..kadang-kadang kerja yang banyak dan memerlukan komitment dia untuk fokus membuat sebahagian dari pokok-pokok bunga yang ada jadi sedikit terbiar dan mati begitu saja.
cadangan mereka hari ini.
mereka mahu mengubah kedudukan pasu-pasu yang ada,ke tempat yang agak sesuai dari sebelum ini.
"sebelah sini pun nak kena alih jugak ke kak?"soal ain dengan suara yang tersekat-sekat menahan nafas yang tercungap-cungap keletihan.
sudah lebih dari sepuluh pasu bunga mereka gubah kedudukannya.
"ye lah ain.akak rasa kita letak semua ni dalam satu kawasan je.takde lah nampak semak sangat kan?"kata kak muna yang berdiri sambil menyeka peluh.
ain menangguk.
"okay.."
"ain okay ke? kalau dah letih,kita rehatlah dulu.jam pun dah pukul sembilan pagi.matahari semakin terik ni"
"ain okay lagi kak...bukan selalu nak keluar peluh macam ni"
kak muna tertawa perlahan.
"habistu...ain kerja dekat cafe tu tak keluar peluh ekk? dengan main api...jalan sana sini"
ain tersengih saja.
"memanglah ada juga peluh yang keluar...tapi dalam tu takde cahaya original.takde matahari"
kak muna tertawa lagi.
"pandai-pandai je kan ain ni?"
mereka menyambung tugasan pagi itu semula.
pasu-pasu yang sederhana besar itu memang berat.memandang pasu itu semua dibuat oleh tanah liat yang harganya pasti mahal.orang kaya macam kak muna apa ada hal dengan harga!
Aahhh...perempuan pun kuat macam lelaki jugak!
tiada yang mustahil jika kita mahu buat.
"ain!! ain!!"
"kejap kak...ain nak ubah ni"jawab ain sambil sedaya upaya mahu mengubah pasu yang agak besar itu.
rasa-rasanya dia boleh angkat sendiri.
tadi berlagak sangat cakap perempuan pun kuat macam lelaki! sekarang kenapa pasu ni berat sangat?
"Ain!!! Cepatlah ain!"panggil kak muna lagi dengan suara yang tergesa-gesa
ain mengeluh.
"kejap kak...pasu ni berat sangatlah,kenapa susah ekk nak angkat? tadi kawan-kawan dia yang lain senang je ain angkat.tapi yang ni punyalah susah,mungkin dia makan banyak sangat! obesiti punya pasal"bebel ain sendirian.
"jom kita angkat ke sana"
"ermm...ye lah"jawab ain dengan nada sedih.
macam mana pun kena minta bantuan kak muna jugak.
ehh!! kejap!
kak muna bertukar suara?
Ain memanggung kepala melihat seseorang yang turut tunduk bersedia mahu mengangkat pasu obesiti tersebut.
mereka berpandangan sebelum...
"hahh!!"
Ain tersandar ke belakang bila dia berpandangan dengan hairiey yang selamba saja.
hairiey bangun berdiri tegak semula.dia melempar senyuman serba salah kepada ain.
ain mengerdip matanya berkali-kali.
tak salah orang kan?
macam mana kak muna boleh bertukar ni?
"akak dekat sini...jangan nak tayang muka terkejut sangat,siapa suruh tak pusing bila akak panggil tadi?"suara kak muna di tempat tadi bergema semula.
Ain membuat isyarat pada kak muna.
'macam mana dia boleh masuk' dengan mimik muka dan kening ditambah dengan riak mulut sudah cukup untuk memahamkan kak muna akan soalannya.
'akak yang bagi dia masuk'jawab kak muna juga menggunakan rentak isyarat muka yang sama.
'tapi kenapa kak' soal ain tak puas hati.wajahnya disedihkan.
'akak kesian dengan dia,dia dah lama perhatikan ain.akak panggil ain,ain tak nak pandang'
ain mengeluh.
'dia nak apa kak'
bahu kak muna terangkat tanda dia tidak tahu.
'ain tanyalah dia'
ain mengeluh lagi sekali.
hairiey yang langsung tak faham apa-apa sudah menggaru-garu kulit kepala.
"eehhhemm!! maaf"
ain dan kak muna memandang ke arahnya.
hairiey tayang sengih saja.
"Err.. ain! akak masuk dalam dulu ekk? akak ada hal nak jawab call orang,korang berbual lah dulu"
"kak muna!"panggil ain
namun terlambat.kak muna sudah pun menghilang di dalam rumah.
ain mengeluh dalam hati.
dia memandang hairiey dengan tenang.
"awak ada apa datang sini?"soal ain dengan perlahan.
hairiey tersenyum.
"saya nak ajak awak keluar"
"maaflah...saya ada plan dengan kak muna pagi ni,kami nak kemas halaman rumah,awak sendiri tengok kan macam mana keadaannya?"
hairiey memerhati semu sudut.
mana ada semak! tersusun cantik je.
"tapi...saya ada hal nak cakap dengan awak"
tiba-tiba ain teringat perihal cincin yang masih di dalam simpanannya.
ain menampar dahinya perlahan.
'macam mana kau boleh lupa ain? kau kan nak bagitahu dia keputusan kau?'soal hatinya.
ain memandang hairiey,dia tersenyum ikhlas.
"saya pun nak bagitahu awak sesuatu"kata ain
hairiey tersenyum lebar.
'jangan-jangan ain nak buat keputusan terima lamaran dia? Alhamdulillah..'
"tapi bukan dekat sini,tak sesuai pulak kalau kita bersembang bersebelahan dengan pokok bunga obesiti ni kan?"ujar hairiey sambil tersenyum.
Ain memandang persekitaran dan pandangannya jatuh kepada pasu berat tadi.
nampaknya dia dengar aku kutuk kau tadi wahai pokok bunga obesiti!
memang sangat-sangat tak sesuai.
dengan jirannya.
dengan suasananya.
dengan keadaannya.
"okay...saya masuk tukar baju kejap,awak boleh tunggu tak?"soal ain
hairiey tersenyum gembira.
dapat jugak dia berjalan dengan ain hari ini.
"sampai bila-bila pun saya sanggup tunggu"balasnya
Ain menahan senyuman dalam diam.
mukanya terasa panas tiba-tiba
..........................
"Tenangkan?"soal hairiey di sebelah ain yang terlihat teruja melihat tasik yang luas terbentang di hadapan.
dari jauh ada beberapa pengunjung yang berkayak secara berpasangan.
"tenang"jawab ain sepatah saja.
dia kemudian mengambil tempat duduk di bangku yang tersedia.
hairiey mengikut jejak langkah ain.
mereka duduk bersebelahan.
"apa benda yang awak nak cakap tu?"soal hairiey
Ain memandang hairiey di sebelah.hatinya tiba-tiba saja menjadi hiba.
wajah yang sekian lama dirindui bagaikan muncul kembali ke alam realiti.
siapa sangka,rupa-rupanya memang betul firasatnya selama ini,hairiey dan harrish memang ada kaitan!
masing-masing rupanya adik beradik kembar.
'terubat rindu ain untuk abang'bisik hatinya
"Ain?? awak ada masalah ke?"soal hairiey apabila dia terus-terusan dipandang.
Ain tersedar dari hayalannya sebentar tadi.dia mengangguk perlahan.
dia membawa keluar kotak cincin yang disimpannya selama tiga hari itu dari dalam beg sandang.
kotak cincin itu kemudiannya diletak di atas tapak tangan hairiey.
Hairiey memandang wajah serius dan selamba ain ketika ini.
kotak yang sudah selamat mendarat ditangannya digenggam kuat.memang sah dia ditolak!
"apa semua ni ain?"soal hairiey
Ain menghela nafas panjang,dia merenung mata bundar milik hairiey.
"Awak yang sepatutnya tanya diri awak,apa semua yang awak dah lakukan? sanggupkan awak tipu saya selama ni? awak kenal siapa saya sebenarnya kan?"
Hairiey mendengus perlahan.
dah syak! memang sah kerana pengakuan papa.
hairiey tunduk memandang kotak cincin di tangan.
"saya belum ada masa untuk terus terang dengan awak"
"sampai sanggup awak mempermainkan saya selama ni? apa maksud awak melamar saya? awak tahu kan saya ni bekas tunang arwah abang awak?"soal ain perlahan saja.
dia hanya mahu berbincang secara santai.
tiada pergaduhan atau sakit hati.
"saya ikhlas nak kahwin dengan awak.okay saya mengaku,memang pada mulanya saya hanya nak tunaikan impian arwah abang harrish untuk jaga awak,tapi ain...percayalah,pertama kali saya jumpa awak,saya dah jatuh cinta dengan awak.bila saya dapat tahu yang awaklah orang yang selama ini saya cari...lagi saya happy ain"
Ain mengeluh.
"saya tak boleh terima awak,awak terlalu sempurna untuk saya,saya ni perempuan yang bawak malang.abang awak meninggal disebabkan saya"
"ajal maut tu di tangan tuhan ain.tak baik awak gelar diri awak macam tu,saya tak salahkan awak.saya kenal awak dengan cerita-cerita arwah abang harrish,saya sedikitpun tak berdendam dengan awak ain"
"apa motif awak sebenarnya hairiey?"soal ain
mereka berpandangan.
"saya ikhlas cintakan awak ain.bukan sebab terpaksa,bukan sebab impian arwah abang saya atau apa-apa je lah.satu saja alasan saya untuk mengahwini awak.saya cintakan awak sejak pertama kali kita berjumpa,salah ke ain?"soal hairiey dengan bersungguh-sungguh.
Ain menggeleng perlahan.
"mama awak bencikan saya,saya tak nak biarkan dia semakin membenci saya,saya tak nak dia marah lagi.cukuplah saya dah buat dia sedih dengan keputusan arwah abang awak.dan sekarang...saya tak nak ulang lagi"ain tidak dapat menahan sebak.
segala kata-kata cacian dan makian yang dilemparkan kepadanya seperti menghiris lumat sekeping hatinya.
wajah ayah yang sedih menahan malu dengan orang kampung.
wajah ayu yang terpaksa menahan malu apabila diejek oleh rakan sekolah.
dia tak mahu semua tu berlaku lagi.
biarkah ia hanya sekali seumur hidup.
"pasal mama awak jangan risau.selagi saya di sisi awak,sedikit pun awak tak akan terluka.lagipun tu mama saya ain,saya tahu macam mana cara nak memberitahu kepada dia"
Ain tertawa perlahan.
"senanglah awak cakap sebab bukan awak di tempat saya"
"ye saya tahu yang saya selama-lamanya tak akan ada di tempat awak,tapi saya tahu semua cerita duka awak ain.awak ingat saya tak tahu apa yang terjadi selama ni? malah sebab semua tu lah...saya nak jadikan awak isteri saya,saya tak nak mama pandang serong dengan awak lagi"
"awak tahu hairiey,pertama kali saya nampak muka awak,saya rasa macam saya sedang bermimpi.saya langsung tak percaya abang harrish dah takde dekat dengan saya lagi,sampaikan saya ingat saya sedang ditipu tentang kematian dia oleh mama awak sebab dia tak nak saya dekat dengan abang awak.tapi...bila saya sedar,saya tahu yang saya hanya bermimpi di dunia nyata.
hakikatnya abang harrish betul-betul dah tinggalkan saya"
hairiey memandang wajah yang sedang menanggung rindu dan sedih yang tak kesampaian.
'kesian dengan awak,macam mana mama sanggup maki awak dengan tuduhan yang macam tu'
"sekarang...saya tak nak benda tu berulang lagi,awak faham kan maksud saya?"soal ain dengan lembut.moga-moga hairiey memahaminya ketika ini.
mereka berpandangan.
"saya faham perasaan awak,saya juga faham yang awak sebenarnya masih tak boleh melupakan arwah abang harrish.tapi please ain...bagi saya peluang untuk bahagiakan awak"
Ain mengeluh.masih tak berputus asa rupanya!
"Awak...saya ni hanya orang biasa,saya bukan anak dato macam awak,saya hanya biasa-biasa saja.kalau awak nak tahu saya banyak sangat kekurangan.lebih baik awak cari yang terbaik untuk diri awak.seseorang yang keluarga awak suka"
"kenapa dengan arwah abang saya,awak boleh terima?"
"sebab saya yakin dan tahu,dia cintakan saya sepenuh hati.dia dah tahu saya ni banyak kekurangan"
"sekarang awak nak cakap saya tak ikhlas nak jadikan awak isteri? saya tak ikhlas cintakan awak?"potong hairiey dengan geram.
Ain mengeluh.susah mahu bercakap dengan orang yang tak faham kehidupan orang macam dia.
"Ss..sa..saya takut"kata ain dengan sebak
Hairiey semakin lembut.dia simpati melihat wajah di sebelahnya ini.kalau boleh dia tak mahu ada setitik pun air mata yang keluar dari mata indah itu.
"takut apa ain?"soalnya perlahan.
"Saya takut semua ni akan berulang,saya sedaya upaya mahu melupakan senuanya,bila saya nak laluinya lagi..saya tak kuat"air mata akhirnya tumpah jua.dia rindukan harrish.
Hairiey menatap wajah yang di dalam kesedihan itu.dengan nekad dia mencapai tangan ain.tangan itu digenggamnya kemas.
"nikah dengan saya,dan saya janji semuanya tak akan berulang lagi"bisik hairiey dengan perlahan dan bermakna.
Ain memandang wajah yang bersunguh-sungguh tika meluahkan kata-kata itu.
memang dia nampak sinar cinta dan keikhlasan itu terpancar di mata hairiey.
perlukah dia mempercayai kata-kata yang baru dilontarkan di hadapannya?
macam mana penerimaan abah dan ayu?
macam mana nak menghadapi datin salina?
macam mana nak belajar mencintai seseorang yang lain?
"yang penting ain tanya diri sendiri apa sebenarnya ain juga cintakan dia? ain buatlah solat istiqarah"ucapan kak muna terngiang-ngiang di telinga.
"Ain suka cara dia,cara dia sama dengan arwah tunang ain dulu,muka pun sama.cara dia buat ain senang berkawan dengan dia,dia seorang boss yang paling baik yang ain pernah jumpa"pengakuan dirinya pada kak muna beberapa hari lalu juga bermain-main di minda.
Ain kemudian tersedar.dia memandang wajah bersih hairiey yang menanti jawapannya.
akhirnya...ain mengangguk tanda setuju!
Hairiey tersenyum penuh kesyukuran.wajahnya diraup dengan tangan membuang segala resah sedari tadi.
Share this novel