chapter 19

Others Series 1365

Hairiey melihat wajah zura yang kelihatan seperti tidak sihat itu.
wajahnya kelihatan sembab dan tak bermaya.
terdetik kerisauan di hatinya.

'kenapa dengan zura? ada apa-apa yang tak kena ke?'

selesai saja kelas pada pagi itu hairiey cepat-cepat mengejar langkah zura yang seperti tergesa-gesa itu.
memang perangai zura agak pelik dalam dua tiga hari kebelakangan ini.semenjak kejadian tempoh hari hubungan persahabatan mereka seakan-akan renggang.

"zura!!! zura!!"

zura menoleh ke belakang.dia melihat hairiey yang berlari perlahan mengejar langkahnya.zura pantas melajukan langkahnya.
dia tidak mahu bertemu dengan hairiey buat masa sekarang.
dia perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
ruang untuk dia menerima kenyataan yang perit dalam hidupnya.

"Zura!!! tunggu aku!!"panggil hairiey namun zura sudah pun menghilang dengan kereta yang dipandu rakannya.

hairiey melepaskan lelah kerana berlari.
"kenapa dengan you ni zura? apa salah i?"keluh hairiey

Zura melihat cermin sisinya.hairiey tidak lagi mengejar dia.
dia kembali memandang ke depan.

aishah yang sedang memandu kereta melirik ke arah sahabat serumahnya itu mengeluh perlahan.
"sampai bila kau nak lari dari dia zura?"

zura memandang wajah risau aishah.
"aku tak tahu..mungkin sampai bila-bila"jawabnya sambil tunduk memandang jari jemarinya.

"aku tak sukalah kau macam ni zura.aku pun kesian jugak dengan riey tu...dia langsung tak tahu apa-apa,aku rasa macam ni lah...baik kau berterus terang dengan dia"

zura tersenyum sinis apabila mendengar cadangan sahabatnya itu.
"kau dah gila ke cah? diaorang dah nak kahwin pun.kau nak aku rosakkan rumahtangga orang ke apa ni?"

"habis kau nak diri kau jadi macam sekarang ni sampai bila-bila? macam tu?"

"aku perlukan ruang,sedikit masa lagi mungkin aku akan okay balik.tapi aku tak nak jadi zura yang dulu lagi.kau fahamkan maksud aku?"

aishah mengangguk saja.
"aku faham.siapa yang tak sakit hati bila cinta kita bertepuk sebelah tangan? aku tahu kau kuat zura.kau dengan dia dah berkawan lama.aku harapkan sangat kau tak hancurkan persahabatan kau dengan dia.dia tak tahu apa-apa zura.mungkin dia pun tak sangka yang kau sukakan dia"

"Dia memang baik cah.aku tak akan kacau dia lagi.aku masih berkawan dengan dia.tapi tidak serapat dulu,lagi-lagi lepas dia kahwin nanti.aku tak nak ada apa-apa lagi.biarlah dia tak tahu cerita aku ni sampai bila-bila.sedikit masa lagi aku akan okay jugak"

aishah tersenyum.
"macam ni lah zura yang aku kenal"
....................

Hairiey mengambil tempat duduk di sebuah meja yang agak belakang.saja dia singgah di cafe untuk berjumpa dengan ain.
mengubat rindu di hati mungkin.
hairiey tersenyum sendiri.

"Oii...senyum sorang-sorang,kau dah tak betul ke apa?"tegur azam yang muncul tiba-tiba

hairiey tertawa perlahan melihat azam yang menegurnya.
"salah ke aku nak sedekahkan senyuman aku ni?"

"niat tu tak salah.tapi kau senyum tu sedekahkan dekat siapa? pelanggan semua makan dekat sana.kau pandang dinding lepastu senyum"

hairiey ketawa perlahan.
"kau ni dah takde kerja ke? yang datang siap tahu apa aku buat?"

"aku ada kerja la ni...tapi kerja aku kerja special.Bos suruh aku jaga depan je harini..."

hairiey pantas ketawa sakan apabila melihat wajah cemberut azam.dia tahu azam tak berapa suka bila dia kena layan tetamu yang bermacam ragam.dia lebih rela membantu di dapur dan berpanas dengan api.tapi disebabkan siti bercuti kecemasan,azam yang menjadi gantiannya.

hairiey mencari susuk tubuh seseorang di balik dinding yang memisahkan ruangan dapur dengan meja yang sedang dia duduki sekarang.

"Ain ada kat belakang,nak aku panggilkan ke?"soal azam

hairiey tersenyum saja.tahu-tahu saja di azam ni akan niat dia.
azam mencebir bibir.tahu sangat dah....

"tunggu kejap aku pergi panggil kekasih kau"

hairiey ketawa perlahan sambil melihat azam yang menghilang.hairiey merapikan rambutnya supaya tampak kemas di hadapan ain nanti.
tidak lah ain cakap dia selekeh walaupun tengah berserabut dengan exam tak lama lagi.

"Dah lama awak sampai?"tegur ain yang muncul di belakangnya.

hairiey yang terkejut disapa tiba-tiba terus beriak macho semula.tak mahulah ain melihat dia seorang yang mudah melatah.malu la...

"baru je...awak buat apa dekat belakang tu?"soal hairiey dengan naifnya.

Ain ketawa perlahan.suka pulak dia bila tengok muka hairiey yang cute macam tu.
"dekat belakang? saya cuci kereta"jawab ain

sekali lagi hairiey terasa malu.dia juga tersenyum saja.
"dah makan dah?"soal dia lagi

"dah...awak?"

"belum...ingat nak ajak awak keluar makan,jom?"

Ain melihat kesungguhan hairiey,dia hanya tersenyum saja.
"saya tengah kerjalah...awak nak saya kena marah dengan boss saya ke?"soal ain bergurau

"ini arahan dari boss yang paling atas pangkatnya.bukan saya suka-suka tau...jom lah..."

Ain ketawa perlahan.apalah hairiey ni.
"lain kali lah..saya tak selesa bila kita keluar berdua dekat cafe,saya tak nak orang tahu.lagipun saya kerja...lain kali erkk?"

wajah hairiey terus masam mencuka.
"okay...lain kali saya tak nak dengar alasan lagi"

Ain tersenyum dan mengangguk.
"awak dari mana ni?"

"kolej..."

Ain angguk saja.kemudian dia menundukkan wajah dan seperti menahan perasaan.

"kenapa?"soal hairiey yang sedar perubahan wajah manis di hadapannya.

Ain tersenyum semula"takde apa-apa,mesti best kan belajar dekat kolej? dapat ramai kawan...buat study group.."ain tersenyum semula

hairiey dapat merasakan apa yang ain rasa.jauh di sudut hati seorang gadis bernama ain.dia mengimpikan pembelajaran seperti orang lain.
"kalau tak sambung study pun best jugak,dapat jumpa lelaki handsome dan baik hati..cute...manja.."

terus ain ketawa semula.pandai betul hairiey ambil hati dia.
"perasan je kan awak ni?"

"saya cakap benda betul..buat apa saya nak perasaan pulak?"

"dah lah,saya nak masuk buat kerja dulu"

hairiey angguk kepala saja.

"err...ain!"

ain yang baru mula melangkah memaling semula badannya.
"ye?"

"malam nanti saya ambil awak? kita jumpa kak harisya?"

"kak harisya?"soal ain dengan risau.adakah hairiey mahu dia bertemu dengan mamanya dalam masa terdekat ini.

"ye..dia nak sangat jumpa awak,errm...maksud saya,jumpa bakal isteri adik dia"hairiey tersenyum saja.

hati ain sudah tidak keruan.
memanglah kak harisya sangat baik dengan dia.tapi sejak kejadian itu...mereka sudah lama tidak berjumpa.semuanya atas arahan daripada datin salina.

"awak jangan risau,saya kan ada..."
hairiey seperti dapat merasa kesusahan hati ain.

Akhirnya ain hanya melempar senyuman dan mengangguk saja.dia berlalu belakang semula dengan hati yang berbelah bahagi.

hairiey berharap sangat,dengan pertemuan bersama kakak dan abang hisyam nanti akan berjalan dengan mudah.dia hanya mahu kak harisya tahu,yang mereka berdua serius dan dia sangat-sangat sayangkan ain.
................

"saya risaulah..."kata ain memecah keheningan malam di dalam kereta yang dipandu hairiey.

hairiey hanya senyum sahaja sambil melihat wajah ain yang kerisauan.
ain nampak cantik malam ni,berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil,rambutnya diklipkan ke belakang,ditambah pulak wajahnya yang manis.

Ain melirik ke arah hairiey yang tersenyum-senyum apabila memandang dia.
"awak ni kenapa pulak? saya tanya diam je..."soal ain pelik

hairiey tersedar dan menahan malu dalam diri.
tenung anak dara orang! kalau mama tahu,memang dia kena.
"awak risaukan pasal apa?"

Ain memandang ke luar cermin kereta,kemudian dia memandang hairiey di sebelah.
"macam mana kalau kak harisya juga tak sukakan saya? kalau perkara yang kita rancang ini membuatkan hubungan awak dan keluarga awak berkecai...kita lupakan?"kata ain dengan jujur.

"ehh!! awak??"Ain menahan diri daripada tersembam ke kanan akibat hairiey tiba-tiba membelok keretanya ke tepi jalan.

Ain menahan degupan jantung yang bagaikan mahu berhenti dengan tindakan hairiey itu.
dia melihat hairiey yang memandang ke depan dengan muka yang serius dan bengis.

"awak buat apa ni? awak nak kita kemalangan ke?"soal ain geram.

"memang itu yang awak suka kan?"soal hairiey dengan serius dan bersuara agak kuat.

tersentak ain apabila disergah sebegitu.
"hairiey....."

"Kita dah sampai tahap ni ain! awak masih nak ragu-ragu dengan kesungguhan saya?"soal hairiey mulai memperlahankan suaranya.

"ss..sa..saya tak maksudkan macam tu,saya cuma cakap berdasarkan realiti.saya tak nak awak ambil risiko macam mana arwah abang awak pernah buat,saya tak nak hubungan awak dengan keluarga awak ada masalah hairiey,itu saja niat saya..."

"macam mana dengan diri saya? disebabkan keluarga saya kena buat perkara yang saya tak suka? saya kena tinggalkan orang yang saya sayang? saya dah besar ain,saya jugak berhak untuk pilih jalan hidup saya sendiri"

"saya tahu,tapi..."

"tapi apa lagi ain? tapi awak tak ikhlas cintakan saya kan? sebab tu awak ragu-ragu dengan saya,dan awak cakap benda-benda yang saya tak suka supaya saya boleh benci awak? macam tu ke ain?"soal hairiey dengan emosi

Ain memandang wajah serius hairiey disebelahnya.
mana hilangnya hairiey yang berbudi dan sopan?

timbul rasa sedih di sudut hatinya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut hairiey.salah ke dia nak betulkan mana yang salah? dia tak mahu lagi menjadi penyebab perhubungan antara seorang anak dan seorang ibu renggang.sudah cukuplah dengan apa yang dia pernah lalui dulu.

"untuk pengetahuan awak hairiey,jauh di sudut hati saya masih ada arwah harrish,sedikit pun saya tak pernah lupakan dia.tapi...sejak saya kenal awak,kenal dengan perangai baik awak,awak jugak dapat tempat dalam hati saya,jujur saya cakap saya ikhlas cintakan awak,dan saya juga dah berazam untuk bercinta dengan awak selepas hubungan kita menjadi halal nanti.tapi...kenapa? dalam beberapa minit saja,awak dah tunjukkan pada saya sikap lain yang saya tak pernah nampak dalam diri awak selama tempoh kita berkenalan.awak juga adakah ikhlas cintakan saya?"soal ain dengan sedih.

dia mengambil keputusan keluar dari kereta itu.

hairiey tersedar semula.air mata yang bertakungan diseka laju.
"apa aku dah buat? ain? ain!!"hairiey pantas keluar dan mengejar langkah ain di hadapan.

"Ain!! tunggu dulu"

Ain memandang wajah hairiey yang serba salah.tangannya digenggam hairiey dengan erat.mereka berdiri berhadapan.

"maafkan saya...saya bersalah,saya beremosi..saya pun tak tahu kenapa saya jadi macam ni,saya terlalu cintakan awak ain..."

mereka berpandangan.

"sampaikan bila awak cakap macam tu,saya jadi marah.saya takut kehilangan awak.hanya awak yang layak berada dekat dengan saya...saya tahu apa yang awak rasa,dan saya sedang berusaha untuk menjadikan hubungan kita satu hubungan yang diterima oleh Allah,maafkan saya...."

Ain menyeka air mata yang berjurai di pipi.
dia tersenyum pada hairiey.
"maafkan saya jugak..."

hairiey tersenyum lega.
"kita usaha sama-sama ye sayang?"

ain angguk kepala.
'ya Allah...jika lelaki ini yang akan menjadi pelindungku sebagai suami,dan jika aku yang akan menjadi suri hatinya sebagai isteri..kau permudahkan urusan hamba mu ini..'doa ain dalam diam.

"jom...kita jumpa kak harisya,ini step pertama kita.saya nak yakinkan pada semua orang,tiada siapa dalam dunia ni boleh pisahkan kita..."

Ain hanya mengangguk saja.mereka kembali semula ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience