chapter 14

Others Series 1365

Hairiey berpimpin tangan bersama si kecil anak kepada Harisya iaitu baby qisya.

langkah kanak-kanak itu yang terlalu perlahan membuatkan langkah kaki hairiey juga turut perlahan.

mereka mahu turun untuk sama-sama menikmati menu minum malam bersama keluarga.
suara riuh mama dan papa bersembang sesekali dicelah oleh kak harisya bersama suaminya abang hisyam.
hairiey mengambil tempat di sebelah adiknya haikal yang lebih banyak berdiam sambil memfokuskan mata ke kaca televisyen.

"Riey,kau nak minum air apa? biar akak tuangkan"soal harisya sambil bersedia mahu memegang teko

"air milo panaslah kak"jawab dia.
terasa pulak tekak ni nak minum minuman panas dan manis.

secawan milo panas yang masih berasap tipis terletak di hadapannya.
hairiey memandang wajah semua orang.
dia sedang mencari semangat untuk memulakan sesi luahan isi hati.

"riey tak lama lagi tamat belajar kan?"soal abang hisyam dengan reaksi santai.

hairiey mengangguk sambil tersenyum.
"risau jugak riey...."

hisyam tersenyum selamba.
"yang penting usaha riey tu jangan di sia-sia kan"

"nanti lepas konvo riey nak masuk office terus ke?"soal datin salina kepada anak terunanya.

"belum tahu lagi ma...riey ingat,nak fokus dekat cafe dulu.lama cafe tu riey tinggalkan.kalau ada masa pun sekejap je riey dapat jenguk"

"baguslah tu.papa bagi riey rehat dulu.fokuskan dulu dekat cafe tu.pasal office tu biar papa dengan abang hisyam yang uruskan.nanti lama-lama bila tiba masa sesuai riey masuklah kerja"kata dato salim

"wahh...untunglah,lepas je konvo dah ada kerja yang menanti.kau patut beruntung tau? dekat luar sana mesti ada yang tengah runsing nak cari kerja"

hairiey tersenyum dia mengangguk saja.

"cafe okay sekarang ni? macam mana sambutan?"soal dato salim

"alhamdulillah pa..sambutan berjalan dengan lancar.kadang-kadang tak cukup kaki tangan.tapi Alhamdulillah.azam banyak bantu.dia yang banyak uruskan cafe"

"bagus betul budak azam tu.mama suka cara dia.bijak dalam pergaulan.hormat orang tua"

hairiey tersenyum.
"dia memang macam tu ma.bila time otak gila-gila dia tu datang mulalah..."kutuk hairiey walhal dia tidak ada niat apa-apa.dia hanya bergurau.
dia dengan azam selalu sangat bergurau kasar.
tiada istilah makan hati.

"sesuailah dengan kau"kata harisya sambil tertawa perlahan.

"nanti ajaklah azam datang makan malam rumah kita.lama papa tak jumpa dia"

"insyaAllah pa..."

suasana sunyi seketika.masing-masing menumpukan perhatian pada topik masing-masing.
papa dengan mama.
kak harisya dengan abang hisyam.
baby qisya bermain dengan haikal di sebelahnya.

hairiey menarik nafas dalam-dalam.inilah masanya.

"Riey ada benda nak cakap sikit dekat semua orang"kata hairiey

kini semua mata tertumpu ke arahnya.

hairiey tiba-tiba saja menjadi tidak tentu arah.
dia mencari-cari perkataan yang paling sesuai untuk dia memudahkan urusannya malam ini.

"apa? cakaplah cepat! ishh kau ni..suka buat suspen"kata kak harisya tidak sabar.

"sayang...tunggulah,biarlah riey bercakap"tegur abang hisyam pada isterinya.

"riey ada masalah?"soal datin salina

hairiey geleng kepala.

"cakap je riey.kami semua dengar ni"kata dato salim.

"Rie...Ri...Riey nak kahwin!"katanya dengan terketar-ketar.

"apa!!?"ruang tamu itu bagai dilanda garuda apabila suasana sunyi seketika.

hairiey melempar pandangan ke wajah masing-masing yang sudah beriak sakan.

"kahwin!!?"soal harisya bagaikan tidak percaya.

"dengan siapa!!?"soal datin salina tegas

"abang nak kahwin dengan kak zura ekk?"teka haikal sambil tersenyum senget.

"wahh..ini berita suspen,betul ke riey?"soal abang hisyam.

"yeayy...acu...acu....yeayy!!!"sorak baby qisya bagaikan memahami apa yang kami bualkan.

"Bukan dengan zura.Riey ada pilihan riey sendiri.riey dah lama sukakan dia"kata hairiey memberanikan diri

"baru nak tamat belajar,exam pun belum lagi dah nak kahwin?"soal datin salina dengan terkejut.
hatinya kembali dipagut risau.
tiba-tiba saja mindanya teringatkan arwah anaknya.

"Riey tak nak apa-apa terjadi ma.tak salah kan kalau riey kahwin awal? riey mampu nak sara seorang isteri"

"orang mana?"soal harisya

"err..nanti riey akan bawa dia datang jumpa semua orang"

harisya dan hisyam mengangguk.
kecuali dato salim dan datin salina masing-masing masih kebingungan.

"okay! mama nak tengok rupa gadis pilihan riey!"

hairiey menelan liur kesat.
macam mana reaksi mama bila dapat tahu ain orangnya?

"tak sabar akak..bila kau nak bawa dia?"soal harisya

"insyaAllah nanti kak"

"baguslah.tak salah riey nak membina masjid.abang sokong sangat-sangat.riey pun dah lebih dari mampu untuk bergelar seorang suami.cuma...riey kena belajar lagi"

"thank you bang"balas riey
...................

hairiey merenung cahaya bulan yang seperti terapung di permukaan air di kolam yang jernih di depannya.

dia memeluk tubuh menghilangkan rasa sejuk angin bayu yang damai pada malam itu.
hatinya terasa lapang dan nyaman setelah berjaya meluahkan hasrat hati pada ahli keluarganya.

apa salahnya jika dia berkahwin awal?
memang ada yang kahwin awal,kahwin lambat.
lagipun...dia tak lah muda sangat.dah boleh sangat kalau nak bergelar seorang suami dan mengambil tanggungjawab berat itu.

Cuma...yang merunsingkan hatinya saat ini bagaimana penerimaan mama nanti?
Ain jugak!
bagaimana kalau nanti Ain dapat tahu yang dia sebenarnya adik kembar abang harrish?
mahukah ain menerima dia kalau dapat tahu semua itu?
memandangkan mama jugak tidak sukakan ain.
macam mana dia nak menyelesaikan semua ini.

Hairiey mengeluh perlahan.
dia kena ambil risiko.
dia dah berazam mahu melindungi ain semampunya.
dan dia mesti berani menerima cabaran ini.
sekeras-keras hati mamanya,jika dijirus dengan kata-kata yang penuh kelembutan pasti akhirnya mama akan terima jua.
harap-harapnya begitulah.

"keras keluhan tu bunyinya"

hairiey memusingkan badan ke belakang.
dia tersenyum pada papanya yang turut berdiri di situ.

dato salim mengambil tempat duduk di bangku yang sudah tersedia.
hairiey juga menurut jejak papanya.
dia duduk di kerusi sebelah.

"apa yang difikirkan tu?"

hairiey memandang ke wajah papanya.
"pa...boleh riey tanya sesuatu?"

dato salim merenung wajah serius anaknya.
dia tersenyum dan mengangguk.

"mama masih bencikan bekas bakal isteri arwah abang rish tu?"soal hairiey

dato salim memandang kolam dihadapan.
"dah berbuih mulut papa menasihatkan mama riey.mama riey tu terlalu keras hatinya.apa yang dikata itulah yang betul.kasihan papa pada budak tu.padahal benda dah berlaku.depan mata papa,papa lihat budak tu menangis meraung bila mendengar berita kemalangan abang rish.dah puas papa nasihatkan mama"

hairiey menggosok lengannya.kesejukan kian terasa.
"pa...apa perasaan papa bila dengar riey nak kahwin?"

kini wajah anaknya yang mendung itu ditatap.
"papa bersyukur sebab anak papa dah jumpa jodohnya.kahwin awal ni tak salah riey.papa dan mama dulu pun kahwin masa kami sama-sama belajar di kolej.asalkan cinta yang dipupuk tu benar-benar menjadikan kita dan dia saling melengkapi"

"dan...macam mana pulak kalau papa tahu riey bakal berkahwin dengan seseorang yang tak disangka-sangka?"soal hairiey dengan dada yang berdebar-debar

"macam ain?"

hairiey terkesima.dia memandang wajah papanya yang hanya tersenyum saja saat mentuturkan perkataan itu.

"papa dah tahu semuanya riey.papa tak ada halangan untuk itu.papa bersyukur akhirnya kita dapat membela nasib ain.kita dan dia sama-sama rasai kehilangan itu.apa salahnya kalau kita tetap bersatu walaupun suasananya berbeza?"

"arwah abang rish mahukan riey lindungi ain pa.katanya...ain budak yang baik dan polos.dia terlalu baik jika terjatuh ke tangan yang salah.abang rish harap sangat riey boleh lindungi ain.riey pun tak tahu bila dan kenapa arwah abang rish tulis macam tu.mungkin....dia dah tahu yang dia bakal pergi tak lama lepas tu.tapi...semuanya berbeza pa.lepas je riey tengok sendiri macam mana ain yang sebenarnya.hati riey sendiri yang kuat mengatakan yang riey betul-betul sayangkan dia.bukan disebabkan atas apa yang arwah abang rish mahukan"

dato salim tersenyum.
bahu anaknya ditepuk perlahan.
"itu namanya cinta pandang pertama"

hairiey tersenyum saja.

"pasal mama,riey janganlah risau.lama-lama dia akan terima jugak semua ni.dia kena terima semuanya walau apa pun yang terjadi.papa cuma harapkan yang riey boleh terima apa-apa je yang berlaku.memang susah pada mula tapi riey kena ingat,pengakhiran dari suatu kepayahan akan membuahkan hasil yang tak pernah kita jangkakan"

hairiey tersenyum lebar.
"terima kasih papa.riey akan dengar semua nasihat yang papa bagi.ia sangat-sangat berguna pa.riey berani melangkah dan riey jugak akan berani mengharunginya"

"papa masuk dalam dulu.riey jangan lama-lama dekat luar,sejuk ni..."

hairiey hanya mengangguk.dia membuntuti langkah papanya dengan pandangan yang penuh bersemangat.setelah mendengar kata-kata yang dituturkan oleh papanya itu dia menjadi bersemangat semula.
"ain...saya akan lamar awak!"
...................

Ain membaringkan badan di atas katil yang empuk itu.
usai memasak makan malam bersama sarah dan mereka berlima makan bersama-sama ain mengambil keputusan untuk naik merehatkan badan saja.

badannya penat setelah seharian bekerja.hari ini dia dan azam sama-sama terpaksa kerja penuh.semuanya disebabkan kak syikin yang ada hal kecemasan.
nak buat macam mana.nak atau tak nak mereka kena sama-sama susah dan senang.
ini hari kak syikin.mana tahu nanti bila tiba hari dia pulak.

Ain memandang sebuah novel yang selalu dibacanya saat dia kesunyian.
dia bangun dari duduknya.dia mencapai novel itu dan laci sederhana besar ditarik agar terbuka.
novel itu dimasukkan ke dalam.
baru sahaja tangannya mahu menolak kembali laci tersebut dia terlihat sekeping gambar yang agak lama.

dia menarik gambar tersebut keluar.
wajah arwah harrish dan dia sewaktu sama-sama menikmati cendol di kampung ditenung lama.
dia dan harrish tampak bahagia saat itu.
wajah masing-masing terukir senyuman bahagia.

tidak semena-mena air matanya mengalir ke pipi.ain tersenyum di dalam duka sambil mengusap wajah yang dirindui di dalam gambar itu.

"awak...awak apa khabar? awak bahagiakan di sana? saya rindukan awak sangat-sangat"luah ain dengan suara bergetar menahan tangisan.

"saya ada cerita nak cerita dekat awak.awak dengar ekk? saya ada jumpa seseorang,rupa dia sama macam awak.memang seratus peratus sama.kalau awak tengok dia,awak mesti teruja samgat! saya suka cara dia...cara dia sama macam awak.memang sama.setiap kali saya lihat mata dia...saya jadi teringatkan awak.mata dia warna hazel sama macam awak."ain bercerita sambil menyeka air mata di pipi.

dia kemudian tertawa perlahan.
"mula-mula saya ingatkan awak tipu saya cakap awak dah tinggalkan saya.saya ingat itu awak.rupa-rupanya bukan..."

"awak tahu tak..saya tak tahu macam mana nak cerita.tapi setiap kali saya tengok dia,saya nampak awak ada dekat dengan saya.sikit lagi saya nak terjatuh cinta dengan boss saya tau?"ain tertawa perlahan sambil merenung wajah kekasih hati.

"awak...kenapa boss saya tu baik sangat dengan saya? dia layan saya macam saya ni girlfriend dia.awak nak tahu tak apa yang saya rasa pada malam tu? saya seronok sangat.saya dapat rasakan yang awak yang gantikan tempat boss saya tu.awak yang bawak saya naik roller coaster yang saya paling tak suka tu,awak yang izinkan saya naik kuda mainan macam zaman kanak-kanak saya.kita makan malam di sebuah restourant yang sangat romantik.saya bayangkan awak ada depan saya waktu tu,walaupun hakikatnya lain"

"awak...awak tenang dekat sana okay? saya akan selalu cerita dekat awak apa yang jadi dalam hidup saya.saya harap...awak tak boring dengan cerita saya...i love you harrish haydar"gambar itu dipeluk ain dengan sangat erat.

kesan air matanya sudahpun kering.
dia tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience