"Apa!! dia ajak ain keluar lagi?"soal kak muna dengan perasaan terkejut.
Ain mengangguk saja.wajah kak muna tampak sangat garang ketika ini.
"errm.....pelik!"kak muna mengurut dagunya kononnya berfikir.
"Ain pun tak tahu kenapa kak,cuma..ain syak sesuatu mungkin dia...."
"jatuh cinta dengan ain?"potong muna sebelum ain menghabiskan ayatnya.
ain tertawa perlahan.
"bukanlah kak...ain syak yang boss tu sebenarnya kesunyian.dia takde kawan,mungkin dia dah anggap ain kawan dia..dia boleh bercerita?"
kak muna menajamkan pandangannya ke arah wajah polos ain.
ain hanya diam saja,lain macam kak muna hari ini!
"haritu,masa ain keluar dengan boss ain tu,boss ain cerita apa?"
kali ini ain kelu.
dia melihat wajah penuh penantian kak muna.
tak kan nak cerita hal yang sebenar?
mahunya terkantoi dengan kak muna yang dia bergembira sakan naik kuda dekat taman tema tu.
ain tersengih saja.
"err...ermm...err dia bawa ain makan je,lepastu...dia cakaplah yang ain ni senang dibuat kawan,tu je"okay kan kalau tipu dalam keadaan terdesak?
"errm....apa alasan ain mengatakan yang boss ain tu langsung tak jatuh cinta dengan ain?"
ain tersenyum menahan tawa.
"kak muna...dia tu boss ain,dia di langit,ain ni di bumi.ain ni pekerja dia je lah kak,tak mungkinlah dia nak sukakan ain.dia baik dengan semua pekerja-pekerja dia yang lain.dia mungkin...suka dengan cara kerja ain"
"tapi...dia ada bawak pekerja lain keluar makan berkali-kali ke? ain...akak nak bagitahu ni,walaupun akak tak kenal sangat dengan boss ain tu,tapi....akak kenal pekerja dia.kak bibah tu,kak bibah sendiri yang cakap dengan akak.boss ain tu mana ada syarat macam yang dia bagitahu ain tu..takde maknanya dia nak bawa setiap pekerja baru dia jalan-jalan untuk kenal,ain sorang je..."
ain terkesima seketika.
"betul ke kak? jangan-jangan dia tak puas hati dengan kerja ain kan akak kan?"duga ain
muna pantas menggeleng kepala sambil mengeluh.
"apa pasal ain ni polos sangat?"
"polos apa pulak kak?"
"maksud akak...dia dah jatuh hati dengan ain"
ain terdiam seketika.
kemudian dia menyimpul senyuman malu.
"dah!! jangan nak berangan!"
ain tersengih.
"mana adalah kak...."
"ye lah....akak izinkan ain keluar dengan dia kejap lagi.tapi....kalau apa-apa terjadi,cepat-cepat call akak..."
"baik kak muna...terima kasih"
"ain tu bawah tanggungjawab akak sekarang...ayah ain dah amanahkan akak untuk jaga ain"
ain tersenyum.
"ain tahu kak...terima kasih sebab jaga ain sepanjang ain di sini".
"kasih diterima"
mereka sama-sama ketawa.
..................
"diam je...ada masalah ke?"soal hairiey sambil menjeling melihat makhluk di sebelahnya.
kemudian dia menumpukan perhatian pada pemanduan.
Ain membalas dengan senyuman.
"takde apalah boss"
"err...ain? boleh tak awak jangan panggil saya boss bila kita dekat luar? formal sangatlah..."soal hairiey
ain menjeling melihat hairiey di sebelah.
"habistu nak panggil apa?"
"sayang!"hairiey tersenyum sendiri bila tiba-tiba akalnya menyebut perkataan itu.
"boss?"
hairiey kemudiannya tersedar.
dia tersenyum.
"kita panggil awak dan saya? senang sikit"
Ain tersenyum.
"okay"
"so...awak nak makan dekat mana hari ni?"soal hairiey
"suka hati bos..err...awak lah"ain menahan malu dalam diri.keras pulak lidah ni bila mahu menyebut panggilan 'awak' itu.
"kalau macam tu...kita pergi makan dekat restourant kegemaran saya?"
ain membalas dengan anggukan saja.
Sesampainya di kawasan yang agak sepi dan dikelilingi oleh denai pokok buluh membuatkan ain tidak selesa.
kawasan itu teduh dan dingin serta suram.
"awak takut?"soal hairiey
"dekat mana sebenarnya kita?"soal ain.
jauh di sudut hati,dia merasa risau.mana tahu hairiey ada niat jahat terhadap dia,pesanan daripada kak muna berlegar di dalam kepala.
"kita nak pergi makan lah..."
"tapi..kenapa kawasan ni macam..."
"hutan!?"
ain angguk kepala.
"ini tema restourant ni,awak jangan risaulah..laluan dia memang macam ni,tema forest in the city"
"ohh..."
hairiey tersenyum.lucu hatinya saat terpandang wajah manis itu yang serba ketakutan.
"okay dah sampai"
Ain memerhati kawasan sekeliling.
ye lah! memang ramai,ada banyak sangat kereta terparkir tersusun rapi.
ain tersenyum sendiri.berdosa rasanya bila tadi dia menuduh hairiey mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap dia.
"jom kita ke dalam?"
ain membalas dengan anggukan.
"jom"
ain mengikut langkah hairiey namun matanya terpaku ke arah tangannya yang kini digengam erat oleh hairiey tanpa sebarang reaksi.
ain memandang wajah yang bersahaja dihadapannya itu.
wajah hairiey hanya tersenyum lebar sambil membawanya menuju ke pintu gerbang yang terbuka luas di sisinya berdiri dua orang pelayan yang ditugaskan untuk menyambut tetamu.
hairiey menganggukkan kepala kepada dua pelayan itu,dan mereka membalasnya dengan ceria.
"err..awak?"
hairiey memandangnya dengan pandangan yang tenang.
ain membuat isyarat ke arah tangannya.
kemudian hairiey tertawa perlahan.kemudian tangan ain kembali dilepaskan.
"jemput duduk"kata hairiey sambil menarik kerusi kepada ain.
ain sudah tidak senang duduk.apatah lagi apabila melihat ada beberapa pelanggan yang memandang ke arahnya.
namun ain hanya mengikut rentak hairiey.dia duduk tanpa sepatah perkataan yang keluar.
hairiey pantas membuat pesanan kepada pelayan yang menanti tanpa bertanyakan tentang ain.
tapi ain okay saja.mungkin hairiey tahu yang ain tidak biasa memesan makanan yang mahal dan pelik bunyinya.
ain terima saja apa yang bakal dihidangkan.
"ermm...awak? boleh tak awak jangan buat macam tadi lagi? saya tak selesa,nanti apa pulak orang kata"kata ain
hairiey tersenyum senang.suka dia saat melihat wajah polos itu bertutur.
"buat apa?"
"awak pegang tangan saya,awak tarikkan kerusi untuk saya...saya takut nanti orang salah faham"
hairiey tersenyum lagi.
"biarlah apa orang nak cakap,yang penting awak kenal saya dan saya kenal awak kan?"
ain kemudian hanya mengangguk sambil tersenyum saja.
tak tahu nak cakap apa lagi.semua yang dia soal pasti ada jawapannya dari mulut hairiey.
hidangan mereka tiba tidak berapa lama kemudian.
mata ain sudah terbuntang saat melihat daging stick yang terhidang dan masih berasap tanda ia masih baru dimasak.
seumur hidup ain,inilah kali pertama dia dapat merasai makanan semewah ini.
bila ditengok cara hiasannya saja sudah cukup membuatkan menu itu menjadi sangat luar biasa.
hairiey mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu.
dan pelayan itu berlalu.
"jom kita makan? lama saya tak makan stick,sekarang terasa pulak,dan saya nak makan ia bersama awak"kata hairiey
ain tersenyum.
senangnya jadi orang kaya,kalau terasa nak makan sesuatu pasti boleh.tak kisahlah dinosour ke raksasa ke.pasti akan dapat.
Ain menyedut minuman yang tersedia di dalam gelas tinggi itu.
air yang berwarna bagaikan pelangi itu menarik perhatiannya.
terasa segar saat air itu menuruni tekak.
"sedap?"soal hairiey
ain tersenyum lalu menangguk ceria.
"kalau macam tu,jom kita makan"
mereka makan dengan berselera.
walaupun pada awalnya ain tak berapa pandai mahu menggunakan pisau dan garfu di tangannya sekarang,namun semangat nak rasai stick punya pasal dan dia berjaya walaupun agak kekok.
"kak muna okay ke awak keluar dengan saya?"soal hairiey
ain memandang hairiey kemudian dia tersenyum.
"kak muna tanyalah jugak,tapi dia percayakan awak"
"errmm...kalau saya nak tanya awak something boleh?"
ain mengangguk saja.
"awak masih ada ibu bapa? awak berapa adik beradik?"soal hairiey walaupun dia dah tahu semuanya tentang ain.
"saya hanya ada ayah je,ibu saya dah meninggal masa saya umur sembilan tahun,saya ada seorang adik perempuan nama dia ayu,dan sekarang dah tingkatan lima"jawab ain sambil tersenyum.teruja dia apabila ada seseorang menanyakan akan hal keluarga tercintanya.
"oh ye ke? adik saya pun tingkatan lima jugak sekarang"
ain tersenyum
"awak berapa adik beradik?"soal ain
hairiey tersenyum.
"saya....saya...empat adik beradik,ada kakak sulung,dan ada abang saya tapi..dia dah meninggal,saya nombor tiga dan adik saya"
ain memandang wajah hairiey ketika itu.
"maaf sebab saya tanya..tentu awak rasa kehilangan sangat-sangat kan?"
hairiey memandang wajah agak muram ain di hadapan.
'ye,saya betul-betul rasa kehilangan dia.sama macam awak.Sebenarnya arwah abang saya adalah seseorang yang awak sayang dan cinta'
"kalau awak nak tahu...saya jugak pernah rasai kehilangan,pertama saya rasa down sangat-sangat bila arwah ibu saya meninggal,kemudian......."ain tidak dapat menyambung ayatnya.
pisau dan garfu diletak ke pinggan.
"kemudian?"soal hairiey,dia mahu mendengar sendiri di mulut munggil itu.
"saya...saya pernah bertunang,dan hampir kahwin,tiba-tiba...saya dapat tahu berita tentang kemalangan dia saat nak datang majlis akad nikah kami.waktu tu...saya rasa..dunia saya ni macam gelap! sunyi! langsung tak ada makna bagi diri saya lagi"
cerita ain dengan tersekat-sekat.
dia sebenarnya sedang cuba menahan sebak di dada.
hairiey berdiam saja.
"macam mana dengan keluarga bakal mertua awak?"soal hairiey masih lagi mahu mencungkil rahsia walaupun dia dah mendengar semuanya hanya dengan caci maki dari mama kepada ain.
ain memandang hairiey sambil tersenyum.dia cuba mengusir rasa sedih itu pergi.
"dia orang tentulah sedih,tapi...dia orang layan saya dengan baik sangat,saya sebagai tunang arwah pun terasa dengan kepergian dia.inikan pulak ibu dan bapa kandung dia kan?"
hairiey tersenyum senget.dia mengangguk saja.
'mama..papa..ain baik sangat,dia langsung tak cerita perihal apa yang sebenarnya berlaku'
"dah lah...awak jangan fikir,ia masa lalu saya,biar saya saja yang ingat dan simpan,jom kita makan?"kata ain cuba meraih suasana tadi semula.
hairiey tersenyum.
mereka memulakan suapan semula.
ain menghiris kepingan daging yang mahu dimakannya.
namun bahagian itu tiba-tiba saja menjadi keras.
tidak seperti bahagian lain yang lembut saja.
ain mencuba lagi menghiris namun masih lagi keras.
dia kemudiannya mencuba lagi dan akhirnya dia berjaya.namun apa yang dilihatnya itu betul-betul mengejutkan.
apa yang tidak terkejut apabila melihat sebentuk cincin bertahta berlian putih elok tertanam di dalam kepingan daging itu.
"aw...aw...awak! saya jumpa cincin!"kata ain dengan terketar-ketar,dia memandang ke arah hairiey yang tenang saja.
ain melihat sekeliling,dia mahu memanggil pelayan yang mungkin berada di situ,namun satu pun tiada.
"awak! macam mana ni? apa kita nak buat? tolong panggilkan pelayan tadi"kata ain dengan ketakutan.
"awak? awak relaks..."kata hairiey cuba menenteramkan ain yang risau semacam.
"relaks apa awak? ini cincin,mana tahu sesiapa punya...awak panggilkan pelayan tadi"kata ain
"itu saya punya!"kata hairiey
ain terdiam semula.
dia memandang hairiey.dia tak salah dengar kan?
"aw...aw...awak punya?"
hairiey mengangguk sambil tersenyum.
"saya punya untuk awak ain.."
ain memandang hairiey dengan pandangan yang sukar.mereka berpandangan seketika.
"ain...sudikah awak menjadi isteri saya? menjadi suri hati untuk saya? menjadi sesuatu yang sangat berharga buat saya?"kata hairiey dengan perlahan dan penuh maksud
Ain memandang cincin yang masih tertanam.kemudian dia memandang hairiey yang melihatnya.
"apa semua ni?"
"saya sedang melamar awak ain"
"awak...ss...sa..saya..."
"tolong terima ia ain...saya janji akan bahagiakan awak seumur hidup saya,saya akan lindungi awak sehingga ke nafas saya yang terakhir,saya minta awak terima cincin ini,dan saya bagi awak masa untuk berfikir,nanti awak bagitahu saya"
Ain sudah tiada kata yang mahu dituturkan.apa yang dilakukan oleh hairiey ini terlalu spontan dan dia berada di dalam keadaan yang tidak tersedia.
akhirnya dia hanya mengangguk saja apabila terpandang wajah kesungguhan di hadapannya.
hairiey tersenyum lebar.
POMM!!!!
"Concratulationn!!!!"
ain memandang ke arah beberapa orang pelayan yang bersorak dan meletupkan belon.
beberapa tepukan juga diberikan oleh pengunjung yang lain.
hairiey melempar senyuman pada ain.
ain juga membalasnya dengan tenang.
mereka berbalas senyuman sambil mata berpandangan antara satu sama lain.
Share this novel