"Good luck ain..."
ain tersenyum ke arah kak muna disebelahnya.
kereta kak muna sudah berhenti betul-betul di hadapan sebuah restourant yang agak seram bagi ain.
mungkin itu perasaan orang yang pertama kali mahu memulakan kerja.
"terima kasih kak muna...err ni ke restourantnya?"
"yupp..ni lah,comel kan?"
ain memerhati sebuah restourant yang berwarna coklat digabungkan dengan warna cream.
"cantik.."
"so...kerja elok-elok tau,ain masuk dalam,ain jumpa dengan encik azam..dia tu dah macam supervisor lah lebih kurang...nanti dia yang akan ajar ain buat kerja...ingat kalau apa-apa terus call akak tau..."
"baik kak...ain pergi dulu,Assalammualaikum"
"waalaikumsalam..."
ain melangkah keluar.Muna tersenyum senang di dalam kereta.selagi ain tidak jejakkan kaki ke dalam restourant itu,selagi itu dia kena pastikan ain selamat sampai.
"semoga ain dipermudahkan,terima kasih sebab sudi tolong akak"katanya perlahan.
................
Ain memerhati setiap ruang di dalam restourant yang amat cantik dalamannya itu.
semua kerusi dan meja masih lagi dalam keadaan tidak terusik.
dalam pengetahuan ain restourant ini dibuka pada pukul lapan pagi.dan sekarang jam dipergelangan tangannya dilihat.
"awalnya aku sampai....baru pukul 7 pagi"
Ain sudah semakin risau.
mana orang ni? mestilah dah ada orang sebabnya pintu depan dah tak berkunci.
Ain memerhati sekelilingnya.
"boleh saya bantu cik?"
Ain terundur ke belakang apabila terdengar suara yang menegurnya.
mujur sekali dia tidak terjatuh.
"err...sorry saya tak sengaja,boleh saya bantu apa-apa?"
Ain lelaki di hadapannya itu.
seorang lelaki yang berkumis tipis,berwajah bulat sedikit,matanya bundar dan badannya kurus tinggi.
"cik!! cik!!?"
Ain tersedar semula.
"errr...maaf,saya ganti kak bibah"
lelaki itu sedikit keliru dan berfikir seketika dan kemudian dia tersenyum.
"ohhh...cik ni yang akan ganti kak bibah tu kan? sehari kan?"
Ain tersenyum dan mengangguk.
"selamat datang,maaflah saya lupa, nama saya azam"
"sa..saya Ain,panggil ain je..tak payah panggil cik.."
azam tertawa perlahan.
"okay Ain...tugas awak harini mudah je...awak akan saya letak di bahagian kitchen, nanti saya akan ajar awak semuanya okay?"
"baik encik azam...err tapi..kita dua je ke?"
soal ain ragu-ragu
azam tertawa perlahan.
"awak pun tak payahlah panggil saya encik...panggil azam je..,awak jangan risau,semua orang dah ada...cuma dia orang tengah uruskan hal-hal yang penting..lagi sejam restourant akan dibuka.so...sibuk sikit"
"maaf,saya terlewat..."
"tak..memang awak datang tepat pada waktunya,jom...kita mulakan tugas hari ini?"
Ain tersenyum dan mengangguk dengan bersemangat.
.................
"Riey!!! Riey!!! Hairiey!!"
Hairiey yang berjalan di hadapan tertoleh ke belakang apabila namanya diulang-ulang oleh suara seseorang yang memanggilnya.
Dia melempar senyuman lebar pada zura yang sedang terkejar-kejar dibelakangnya.
"fuhhh!! penatnya!"zura menarik nafas panjang terus dihembusnya perlahan sewaktu dia sudah dihadapan hairiey.
"you nak ke mana ni? macam kena kerja hantu je?"soal hairiey saja memanjangkan leher melihat ke arah pintu dewan kuliah mereka.mana tahu kalau ada hantu yang mengejar zura.
"sepatutnya...i yang tanya you,you kena kejar dengan hantu ke apa?"soal zura geram.
hairiey tertawa perlahan.
"sorry...i nak cepat"
"nak cepat pergi mana? kan kita baru je habis class...jom lah makan-makan dulu,lagipun dah pukul satu lebih dah...kita lunch sama-sama?"
hairiey menggaru belakang lehernya.
"err...sorry zura,i bukannya tak sudi,i betul-betul ada emergency...i nak ke cafe untuk check stock barang"kata hairiey jujur.
wajah zura sedikit muram.
baru je dia berangan nak makan sama-sama dengan hairiey.
"sorry okay? lain kali i akan belanja you"
"ermm..okay,i boleh terima,lagipun...siapalah i ni kan pada you?"soal zura sengaja menduga tentang perasaan hairiey
Hairiey tersenyum lebar.
"you penting tau bagi i..you lah kawan yang paling setia dan baik yang i ada"
zura tunduk melihat lantai marmar putih di bawahnya.perkataan kawan sedikit sebanyak mengguris perasaannya.
"okay...but next time i akan tuntut janji you tadi"
"okay...don't worry,i ni penjanji yang setia"
zura tersenyum sedikit.moodnya segera berubah.
"okay..."
"i pergi dulu ye? esok kita jumpa dekat kolej..Assalammualaikum"
"waalaikumsalam"
zura hanya melihat langkah kaki hairiey berlalu ke parkir kereta.
air matanya yang ditahan hampir menitis ke pipi.
"you tak pernah nampak perasaan i pada you kan riey?"soalnya perlahan.
................
Ain membantu apa yang diajar oleh azam untuknya.
kini walaupun dia masih baru,dia sudah mula memahami tugas-tugas penting yang perlu dilakukan.
semua pekerja di bahagian kitchen begitu sibuk dengan tugasan masing-masing.semuanya kerana demi memuaskan hati pelanggan.pesanan pelanggan kalau boleh mereka cuba untuk percepatkan.
kena pulak tengah hari itu ramai pelanggan yang singgah ke cafe untuk menikmati lunch hour mereka bersama sahabat-sahabat ataupun dengan orang tersayang.
"Ain nanti ain jaga depan pulak ye? Ain ambil order...kerja potong semua ni nanti kak shimah akan buat"
"baik kak shimah"jawab ain pada seorang wanita yang umurnya dalam lingkungan 30-an.
"kak shimah minta maaf ye sebab ain terpaksa ambil tugas dekat depan,bukan apa..kita tengah sibuk sekarang ni..."
"takpe kak shimah...ain ke depan ye?"
kak shimah mengangguk.
Ain pantas meluru ke depan.dia mengemaskan ikatan apron di badan.
dia menuju ke arah kaunter pembayaran.
Ain mencapai buku kecil dan sebatang pen biru.
kebetulan azam berada di kaunter pembayaran itu menoleh ke arah ain.
"Ain...awak ambil order?"
"ye...kak shimah suruh saya ambil order,masing-masing sibuk kan?"
azam tersenyum dan mengangguk saja.
Ain berlalu ke ruang hadapan.
azam menyoroti langkah kaki ain.dia tersenyum senang.timbul rasa lain di dalam hatinya tiba-tiba.
cepat-cepat dia menggeleng dan tersenyum.dia meneruskan kerjanya semula.
Ain tersenyum sendiri saat melihat seorang lagi pelanggan restourant yang baru masuk ke cafe mereka.
Ain menarik nafas kemudian cuba tersenyum ceria.
di hadapan pelanggan dia telah dilatih untuk kelihatan lebih ceria.
Ain menghampiri lelaki muda yang duduk di meja yang agak hujung di dalam cafe.
"Encik nak makan apa?"sapa Ain dengan sopan santun.
"err...saya nak sirap selasih segelas"
jawab hairiey sambil memanggung kepala melihat pelayan cafenya.
tetapi...dia tercengang seketika.
begitu juga dengan Ain.
Ain termangu seketika saat menatap wajah pelanggan di hadapannya.
tangannya yang memegang pen menjadi beku untuk menulis.
mereka sama-sama bertentang mata.
"Harrish?? awak ke ni? awak tak tinggalkan saya lagi? awak....awak masih hidup?"soal ain dalam hati.air matanya bertakungan di tubir mata.
Hairiey menatap wajah lembut dihadapannya kini.
"kenapa muka dia macam aku pernah nampak? aku kenal dia ke? cantiknya...."kata hati hairiey sendirian.
tanpa disedari air mata yang tidak disedari mengalir laju ke pipi.
Ain tersedar lekas-lekas dia menyeka dengan tangan kanan dan mula mengukir senyuman semula.
"encik nak makan apa?"soal ain dengan suara bergetar.
dia tunduk merenung buku kecil di tangannya.
Hairiey juga tersedar.
dia menggeleng tanpa suara yang mampu keluar.
"terima kasih,pesanan encik nanti kami akan hantar"usai berkata-kata ain berlalu dengan pantas.
dia tak mahu lagi air matanya mengalir seperti tadi.
"nan.....ti..."hairiey mengeluh setelah dia terlambat untuk menahan gadis yang baru ditemuinya itu.
Ain berdiri di hadapan singki di dalam dapur cafe itu.dia membasuh mukanya dengan pantas.
"bukan...dia bukan harrish,kalau tak mesti harrish dah kenal aku"ain berkata perlahan.
"tapi...muka dia sama!"bentak hatinya
ain menggeleng.
"bukan...sedarlah Ain,lelaki tu bukan harrish,harrish dah meninggal..."Ain memejam matanya dengan rapat.mahu melupakan semuanya.
"Ain...kenapa ni? penat ye? biasalah....baru first time kerja kan?"tegur kak shimah tiba-tiba.
Ain terus melakar senyuman bagi menutup rasa yang dialaminya.
"takde apa lah kak shimah..ain saja penat sikit je,dah boleh buat kerja dah..."
"betul ni? kalau Ain nak minta balik awal pun boleh...lagipun ain ganti kak bibah je kan? nanti encik azam mesti faham"
Ain menggeleng perlahan.
"tak apa kak shimah...ain okay,errmm...ain buat kerja dulu erk?"
usai berkata begitu terus ain meluru ke depan semula.
kak shimah tersenyum sambil menggeleng perlahan.
"ini je ke stock yang kita ada?"soal hairiey pada azam di depannya.
"ye...tak banyak dah,kalau kau nak aku tolong aku okay je...mana tahu kau sibuk dengan kuliah"kata azam selaku lelaki yang mudah membantu.
lagipun dia faham situasi ketika menjadi pelajar,jadi...dia sudi membantu.
"kau tak kisah ke?"soal hairiey
"takde hal bro..aku okay je,setakat order barang.."
"thanks bro..kau lah kawan aku dunia akhirat,kau banyak tolong aku,aku ni masih mentah tak tahu tentang bisness ni...dulu okay sebab arwah yang uruskan semuanya...sekarang kau faham-faham sendirilah..."
azam tersenyum senget.
"no hal lah...aku dah anggap kau macam adik aku,kau tu je yang tak reti-reti nak panggil aku abang...aku tua pada kau tahu tak?"
hairiey dan azam sama-sama tertawa.
"gelilah aku nak panggil kau abang..."
mereka ketawa lagi.
"errr...azam!"
"yup?"
"siapa budak perempuan tadi? pekerja baru ke? kenapa aku tak tahu?"soal hairiey.
azam sedikit serba salah.
"sorry riey...aku tak bagitahu kau,aku tahu aku salah...nama budak tu Ain..dia ganti kak bibah sebab ada emergency left"
"its okay...aku yakin kau boleh tahu mana baik mana buruk...ohh,maknanya dia ganti kak bibah? berapa hari?"
"sehari je...esok kak bibah dah masuk balik"jawab azam
hairiey terangguk-angguk.
'kenapa muka dia macam aku pernah nampak erk? aduhhh!!! otak! cepatlah kau berfungsi..bila aku pernah jumpa dengan Ain ni?'
"kau kenapa? kenal dia?"
hairiey tersedar dari lamunnanya.dia tersenyum.
"takde lah...cuma macam pernah nampak sebelum ni,tapi aku terlupa...its okay...nothing important pun"
"okaylah..senarai barang ni biar aku pegang,aku buat kerja dulu...nanti boss nampak aku duduk saja pulak"gurau azam.
hairiey tertawa perlahan.
azam berlalu ke belakang semula.
hairiey mencapai sirap selasih di depannya.
straw dicapai dan diisap.
terasa lain dengan air yang dia rasa ini.
sekali lagi air itu disedutnya.
"sedap!"akhirnya segelas air selasih dihabiskannya.
Share this novel