chapter 7

Others Series 1365

Ain berjalan di sepanjang jalan pejalan kaki.
ramai sungguh rakyat di Kuala Lumpur ini tebak hatinya sendirian.

dia terpaksa berpanas terik di tengah hari itu demi untuk mencari kerja.
namun segalanya bagaikan menemui jalan buntu apabila tidak ada sebuah butik-butik baju ataupun gerai-gerai yang mahu mengambilnya bekerja.
dia mengeluh sendirian.

akhirnya dia membawa langkah kaki ke sebuah tasik yang agak luas di kawasan mana dia pun tidak tahu.
dia mengambil tempat duduk di salah sebuah kerusi batu yang terdapat di situ.
baju kurung yang dipakainya sudah berpeluh.
tudung bawalnya dikibas-kibas perlahan untuk meredakan panas.

"kenapa semuanya perlukan pengalaman?
macam mana nak dapat pengalaman kalau peluang tidak diberi? susah betul nak dapat sesuatu kerja.kesian kak muna sebab terpaksa tanggung aku yang tak bekerja ni"keluh ain sendirian.

dia melihat sekeliling.
keadaan semakin teduh kerana waktu sudah menginjak ke petang.
ramai yang berjoging dan melakukan aktiviti riadah.
tinggal dia je yang terlebih riadah.tak perlu excersice badannya dah banyak keluarkan peluh selama tiga hari sepanjang dia berada di sini.

tuttt...tuttt..

Ain meraba-raba telefon bimbit nokia miliknya.
lekas-lekas dia menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum kak muna?"

"waalaikumsalam,..Ain dekat mana tu? tak balik lagi ke?"

"Ain dekat tasik ni kak muna"

"tasik? tasik mana pulak tu? jangan lama-lama,risau kak muna.kalau Ain cari kerja tak dapat jugak sudahlah...cuba hari lain pulak ye?"

Ain tersenyum.dia bangun dan melangkah ke arah jalan yang disediakan disekeliling tasik itu.

"takpe lah kak muna...Ain boleh jaga diri,kak muna jangan risau ye?'

"ye lah...tapi kan dah petang,lagi satu kak muna nak bagitahu Ain sesuatu ni"

Keningnya bertaut.
"apa kak?"

"nanti malam kak muna balik,kak muna bagitahu,yang penting sekarang..ain balik lah,risau kak muna"

Ain tertawa perlahan.
"ye lah kak muna...Ain balik ni"

"hurmm..ye lah,hati-hati,Assalammualaikum"

"waalaikumsalam"jawab Ain.
dia kembali memasukkan telefon model lama itu ke dalam beg sandangnya.
dia meneruskan langkah ke arah jalan keluar.

tanpa disedari tiba-tiba bahunya dilanggar dari tepi.dia hampir terjatuh ke tebing tasik itu namun dia sempat mengimbangi badannya.
dadanya dipegang dengan penuh gementar.
macam mana kalau dia terjatuh ke dalam tasik ni?

"cikk...maafkan saya,saya tak sengaja"sahut satu suara di belakangnya.

Ain menoleh sekilas melihat wajah lelaki yang melanggarnya dan hampir membuatkan dia terjatuh.kemudian dia menoleh ke belakang semula.
malu untuk melihat sepenuhnya wajah itu.cukuplah yang dia tahu itu adalah lelaki.

"tt..tak apa"terus langkahnya dilajukan ke arah yang mahu dituju.

"cik!!! cik!!"laung Hairiey dengan keluhan.

"siapa perempun tu? aku mintak maaf pun sampai tak nak pandang muka aku,tapi...muka dia macam pernah nampak walaupun aku hanya dapat tengok sebelah muka dia"sungut hairiey
sambil menggaru-garu kulit kepala.

tuttt...tuttt....

hairiey mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar tracknya.

"ye ma...Riey dah nak balik ni"

"ye...okay-okay"
panggilan ditutup.dia berjalan menuju jalan keluar dari kawasan itu.
...................

"Berita apa yang kak muna nak cakapkan dekat Ain tu?"soal Ain setelah meletak dua mug terisi air milo untuk dia dan kak muna.

kak muna tersengih-sengih sambil membetulkan duduknya di sofa itu.

"kak muna...Ain suruh kak muna bercerita...bukannya tersengih macam tu"

kak muna tertawa perlahan.
lengan ain ditariknya supaya duduk di sebelahnya.

"Kak muna sebenarnya nak minta tolong Ain.."

Ain mula rasa lain.dia memandang kak muna yang tersengih-sengih melihatnya.
"Apa kak muna? cakap je...kalau Ain boleh tolong,InsyaAllah Ain akan tolong semampu ain"

"Kawan kak muna...dia nak minta tolong Ain...kak muna ada cakap kebetulan Ain tak ada apa-apa nak buat esok kan?"

"Ermm..ye,tapi esok Ain nak sambung cari kerja,kalau tak dapat jugak esok ain ingat ain nak balik kampunglah kak muna...betul cakap Ayah,baik ain cari kerja dekat kampung je"

"lahh...ain janganlah balik,kak muna baru seronok ada kawan"

"Ain dah tiga hari kat sini kak muna....sampai bila kak muna nak tanggung ain"

"haisshh...kak muna tak pernah mengungkit pun tau,ni..kawan kak muna minta tolong ain untuk gantikan tempat dia sekejap esok.."

"ganti tempat? esok? tempat apa kak muna?"

"kawan kak muna dia kerja di sebuah cafe ni.tapi kebetulan esok dia ada hal dekat kampung dia,katanya mustahak sangat.dia minta tolong ain gantikan tempat dia di cafe tu..boleh kan?"

Ain terdiam sekejap.
"susah tak kak? mana tahu nanti habis barang orang ain buat"

"ain jangan risau.esok kawan kepada kawan akak tu akan bantu ain.dia tahu ain akan gantikan tempat kak Bibah tu"

"kak bibah?"

"kawan akak tu"

ain terangguk-angguk.
"takpe ke kak muna? macam mana kalau boss besar tahu?"

"kak bibah dah minta izin dengan boss dia.boss dia cakap okay"

Ain terdiam lagi.

"macam mana ain? boleh tak?"

"ain takut ain tak boleh buatlah kak..."

"alah...boleh punya,kesian kak bibah tu ain.dia harap sangat ain boleh tolong dia..."

ain melihat wajah penuh harapan kak muna.
serba salah hatinya untuk menolak.
tapi macam mana kalau dia buat hal dekat cafe tu nanti?
ahhh...tapi boleh jugak dia ambil itu sebagai pengalaman.
lagipun...tak salah pun menolong orang dalam kesulitan.
nanti Allah akan permudahkan urusan kita.

"sehari je kan kak muna?"

"ye ain...sehari je"

Ain akhirnya tersenyum dan mengangguk menerima.

"betul ni ain?"

ain angguk lagi apabila melihat wajah gembira kak muna

"terima kasih ain.nanti akak belanja ain apa je yang ain nak ye?"

ain hanya ketawa perlahan.
semoga esok semuanya berjalan lancar.
..............

Ain melihat pakaiannya pagi ini.
tshirt lengan panjang warna hitam,seluar slack jugak warna hitam.
dia memakai tudung bawal berwarna merah hati.
dia mengoles sedikit wajahnya dengan bedak compak dari silkygirl jenama kegemarannya.begitu juga dengan sebatang lipbalm warna merah jambu.

ain tersenyum lebar pada dirinya dihadapan cermin.
nafas ditarik perlahan lalu dihembus tenang.
"ya Allah..permudahkan urusan kerjaku hari ini untuk membantu orang Aminn.."

"Ain...dah siap dah?"soal kak muna di muka pintu.

ain melempar senyuman pada wajah kakak angkat kesayangnya itu.
"kak...tak apa ke ain pakai macam ni? boss besar tu tak marah?"

kak muna tersenyum.dia menghampiri ain lalu bahu ain dipegangnya.
"ain dah cukup comel dah pakai macam ni...lagipun sehari je...cuma tu lah...."

ain semakin risau melihat wajah kak muna seperti risaukan sesuatu.

"apa kak muna? apa yang silap?"soal ain risau

"ain comel sangat...jangan boss besar tu terpikat sudahlah..."
kak muna tertawa perlahan.

"apa ni kak muna...jangannlah cakap macam tu,ingatkan apalah tadi...buat ain risau je lah"

kak muna tersengih-sengih.
"jom lah kita gerak sekarang..."

"kak muna turun dulu,ain nak ambil beg kejap"

kak muna mengangguk dan terus berlalu.

ain menarik nafas dan hembus perlahan dalam beberapa kali sebelum dia mencapai beg sandang kecil comel dan digalasnya.
dia melangkah keluar setelah berpuas hati dengan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience