BAB 28

Romance Completed 25627

Luthfi tahu yang Aisy masih lagi segan dengan status baru mereka dan dia pun sama. Dia telah selesai mandi dan bersedia untuk tidur. Aisy masih belum masuk ke bilik tidurnya sendiri sejak tadi. Luthfi bermain dengan jarinya sendiri sementara menunggu Aisy masuk tapi dia mengambil dompetnya dan keluarkan kad pengenalannya. Dia merenung kad itu lama dan letak di atas bantal sebelahnya.

"This is the right time you know the truth" Luthfi ukir senyum dan menutup rapat matanya.

Aisy senang hati bila dia masuk ke bilik Luthfi dah tidur. Dia masuk ke bilik air untuk mandi dan bersihkan diri. Dalam 10 minit dia mandi dia keluar dengan siap berpakaian. Tak perlu nak beli gown tidur seksi sebab majoritinya baju tidur Aisy agak seksi.

Tapi, bukan khas untuk menggoda ke apa. Gown tidur yang bercorak kartun, serta paras lutut. Itu sahaja. Aisy mengeringkan rambutnya dan menyiapkan diri untuk tidur seperti biasa. Pakai losyen. Aisy mengemaskan rambutnya dan berjalan ke katil.

"Muat ke bed ni? Aku tidur banyak punya ganas jugak" luah Aisy dan dia pandang Luthfi yang nyenyak. Aisy rebahkan badannya yang penat dan dia rasakan sesuatu di atas kepalanya. Dia mengambil kertas keras itu dan merenungnya lama tanpa sebarang reaksi.

"Kenapa ada kat sini?" Aisy bertanya pada dirinya sendiri dan melirik Luthfi.

"Wait a minute" Aisy keluarkan jari untuk mengira. Habis jari kaki sekali digunanya.

"27?! Aku 25! All this time, dia bukan adik2 la. Mama!" Aisy ketuk kepalanya sendiri dan memandang Luthfi.

"Sah la mamat ni tahu. Malunya aku!" Aisy kutuk dirinya sendiri sebab percaya yang Luthfi lebih muda darinya tapi ternyata salah. Aisy pegang kad itu kemas dan dia memandang wajah Luthfi. Dia mengamati setiap sudut wajah Luthfi.

"You look young" gumam Aisy dan jarinya jatuh pada hidung Luthfi.

"Raja" panggil Aisy perlahan dan dia mula menindih dada bidang itu dengan kepalanya. Luthfi tersedar bila rambut masuk ke dalam lubang hidungnya dan dia membuka mata.

"Aisy..." serak suara Luthfi ketika menyebut nama itu dan Aisy segera memandang wajah Luthfi.

"This" Aisy hulurkan kad itu kepada Luthfi dan senyuman senget diberikan khas untuk Aisy.

"Mati2 I ingat you lagi muda"

"Yes I know"

"Kenapa tak be honest?" Soal Aisy lagi.

"saja. Suka"

"ceit. Tak suka!" Bantah Aisy dan Luthfi gelak.

"Now, show me some respect" ujarnya serius dan Aisy menjauhkan dirinya dari Luthfi. Sebal!

"Faster!" Pinta Luthfi lagi dan Aisy turun dari katil.

Aisy berdiri di sebelah katil dan angkat tabik hormat. Meledak tawa Luthfi bila melihat gaya Aisy yang macam anak kecil itu. Luthfi duduk di birai katil dan memandang wajah bersih Aisy tanpa sebarang make up. Dulu dia rasa akan jadi horror tapi bila dia pandang betul2 Aisy lebih cantik macan ni. Nampak macam perempuan yang dia selamatkan dulu. Polos.

"Apa?" Soal Aisy pelik bila Luthfi asyik tenungnya.

"You tergoda dengan I kan?" Soal Aisy dengan senyum keji dan dia bercekak pinggang di depan Luthfi. Luthfi buang pandang pada outfit Aisy dan dia tak nafikan dia rasa getaran tapi tak ada yang boleh sampai bawa kepada bernafsu. Aisy kelihatan sangat pure.

"Tak. Masa kau jadi model, dah biasa sangat tengok." Jawapan Luthfi seperti biasa menikam rasa seronok Aisy dengan pedang sepanjang dua meter je.

"Raja..." Aisy hilang kata2. Betul la kan?jaga aurat kita jadi, bila suami kita yang pandang, dia menghargai. Sekarang dah rugi banyak. Jawapan dah selalu sangat tengok tu buatkan Aisy malu. Malu pada dirinya sendiri. Bukan Luthfi seorang je lelaki yang pernah tengok. Berjuta barang kali. Ah! Dia lemas.

"Jadi, mulai sekarang. Simpan semuanya untuk goda aku ok?" Pinta Luthfi lembut walaupun perminataan tak boleh nak blah. Bahu Aisy dipegang dan Aisy anggukkan kepala.

"Bukan untuk goda you. Kerana Allah" Aisy menambah dan Luthfi tergelak senang. Pakej! Itulah yang difikirnya.

"Jangan jadi tepung gomak lagi. Aku suka kau tanpa make up macam ni!"

"Ya. I selalu pakai make up tebal2 bersebab. I rindukan mama setiap kali tengok wajah I sendiri."

"I understand that. Tapi, lebih baik jangan dera wajah kau ni. Kau nampak jauh lagi cantik macam ni"

"baiklah! You yang cakap. I ikutkan je la " Aisy sengih dan Luthfi ukir senyum. Gembira!

Adam dan beberapa sepupunya menguping nak dengar perbualan Aisy dan Luthfi. Mereka sangka perbalahan yang akan meletus tapi mereka silap. Mereka lebih suka tengok Aisy dan Luthfi bertekak sebab nampak cute je.

"Apa yang kamu buat ni?!" Suara Dato Mazlan meninggi bila menyergah anaknya dan beberapa anak buahnya. Akibat terkejut mereka jatuh di depan pintu. Dato Mazlan maju dan menarik telinga mereka dan membawa mereka jauh dari situ.

"Kalau dah gatal sangat, kawin!" Marah dato lagi dan mereka tayang muka bersalah sambil menggosok telinga masing2 yang dah merah. Lelaki atau perempuan sama je perangainya. Dato Mazlan beredar dari situ selepas memberi amaran keras.

"Kau la ni!" Ujar Adam pada Zahim.

"ni semua plan Nadia. Marah dia" Zahim memindahkan salah itu pada bahu Nadia.

"Nur yang salah!" Nadia pula salahkan Nur.

"Adam! Kau yang setuju!" Akhir sekali berbalik pada Adam dan yang lain bersetuju. Adam sengih dan memeluk bahu Zahim supaya ikutnya ke ruang tamu.

"Jadi, aku lelaki ke-11?" Soal Luthfi bila dia dan Aisy sedang makan buah di pangkin. Mereka kelihatan mesra walaupun sering bertekak. Empat orang manusia yang selalu menyibuk nak jadi paparazzi tu dari atas memandang mereka. Entah apa jadahnya pun tak tahu la.

"Entah. Kenapa?" Soal Aisy balik.

"sebab no more lelaki ke-12" maklum Luthfi dan Aisy tergelak senang.

"Baru je ada impian." Maklum Aisy pula dan Luthfi mulakan sesi penuaannya dengan membuat kedutan di dahi.

"Ok. Gurau je." Aisy mengalah bila tengok wajah bengang Luthfi.

"siapa lelaki pertama?" Soal Luthfi kembalikan suasana normal.

"Zaril, model. Menyampah nak mati! Gunakan I sebab nak femes. Break"

"2, Adam nama dia. Macam hantu perangai. Lawyer, suka menipu. Break!"

"3, Zaidi. Polis. Nauzubillah, garang nak mampus! Break!"

"4, Irfan. Doktor, terlalu busy dan tak appreciate I langsung. Break!"

"Doktor pun kau dapat?" Soal Luthfi seakan tak percaya. Aisy tayang riak bangga dan Luthfi mencebik pula.

"5, Iman. Cikgu. Ya Allah, terlalu berdedikasi dan santun. Tak tergamak nak lukakan hati dia. Break!"

"Bagus apa"

"Tak bagus. Nanti I buli dia pulak"

"Ok. 6?"

"6, kawan satu sekolah dulu. Johan. Dia tu macam hantu jugak, suka ambil kesempatan" terdengar keluhan yang Aisy lepaskan.

"7, photographer. Yang ni paling tak boleh blah. Dia nak buat koleksi gambar tak senonoh I rupanya. Ya Allah. Nak tembak je dia rasanya"

"Kurang ajar betul budak tu. Dia duk mana?" Soal Luthfi garang dan Aisy tahan gelak.

"Entah, tak payah nak tunjuk gangster sangat"

"Heh. RAJA LAUT ok!" Dia tegaskan dan Aisy gelak lagi. Sebab tu la dia panggil Luthfi ,Raja.

"8, Rayyan. Artis tu. Yang kita jumpa dan you tolong I. Playboy mati kut!" "Ok. Ingat dia. 9? Reza tak guna tu kan?"

"Haah. Cakap pasal dia rasa macam best je. Rindu pulak kat dia" luah Aisy dalam, Reza la kekasih dia yang paling lama setakat ni.

"Aisy, you didnt mean it!" Keras suara Luthfi.

"I mean it. I miss him. Cara dia layan I, hurm...sangat gentleman"

"ah! Pergi mati la dengan dia. Setan jahat dia tu"

"Ya la. Lagipun I dah tak jumpa lagi dah."

"Good. better dont. Kalau tak bersepai gigi mamat tu" Luthfi beri amaran lagi dan Aisy kecut sikit. Bukannya boleh buat main sangat amaran Luthfi ni.

"10, long?"

"tak. Bukan long. Tapi, Mizan"

"Ha? Siapa?"

"Mizan ni baru je balik Malaysia. Dia tak kenal I. Muda lagi, 19"

"what? Anak ikan ke?"

"gila! Mana ada, dia cute kut" Aisy sengih.

"Dia tahu tak kau tua dari dia?"

"tahu. Dia cakap tak kisah. Lagipun dia datang terus kat I dan cakap dia suka I"

"kid! Macam mana aku boleh tak tahu ni?" Soal Luthfi lagi. Dia tak pernah tengok Aisy dengan sesiapa sejak putus dengan Reza.

"Secret lovers la. 10 hari je. Tu pun dia bercuti kat hotel ni. Dia minta I jadi teman dia sepanjang dia kat sini"

"oh, ceit. Tapi, masa tu kau tunang aku kan?"

"yup!" Aisy sengih.

"Curang dengan aku!"

"Geli! You tu asyik dengan Madina je."

"ish! Tu kes lain. Dia kawan lama. Kau tu, dengan anak ikan!"

"Anak ikan? No way la. I just like him. Young man!" Aisy tayang sengih dan Luthfi buat muka keji. Aisy ketawa pulak dengan respon Luthfi.

"so, aku lelaki ke-11?" Soalnya lagi sekali dan Azra angkat bahu.

"lelaki tu semua yang I bercinta. Kita bercinta ke?" Soal Aisy

pula.

"Mestilah. Sejak akad kita bercinta ok. So, aku lelaki ke-11"

"o...kay..." jawab Aisy lambat2.

"So, mulai hari ni kita dating" ujar Luthfi lagi dan Aisy tergelak kecil. Pelik betul la perangai Luthfi ni. Aisy masukkan epal ke dalam mulutnya dan memandang ke laman.

"as a start..." Aisy melirik ke arah Luthfi yang memandangnya.

Cup!

muka Aisy membahang tiba2 dan dia menyentuh bibirnya. Luthfi dah selamat berlari masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience