BAB 21

Romance Completed 25627

Suasana semakin samar dan apa yang Aisy mampu lihat adalah wajah Luthfi begitu juga Luthfi. Akhirnya, mereka berdua dah tak sedarkan diri lagi.

"Call ambulans" arah Rezman dan dia berdepan dengan Reza yang seakan kelu bila plan yang dia rancang tak berjaya.

"Kau ni memang jantan tak guna!" Rezman meluru ke arah Reza dan menumbuknya sekuat hati.

"Jumpa di balai!" Sambung Rezman kuat dan berkumpul bersama yang lain.

"Mira, aku tak sangka yang kau ni manusia bertopengkan..." Rezman menghentikan bicaranya. Orang dia suka ternyata salah dan sanggup mengenakan orang lain untuk kepuasan dirinya sendiri.

"Pergi mampus la kau dengan jantan tu!" Sambung Rezman lagi dan dia terus berlalu.

Keadaan Luthfi dan Aisy stabil, mereka masih belum sedarkan diri dan keadaan Luthfi agak teruk berbanding Aisy bila dia mengambil risiko terjun dari kuda.

Aisy membuka mata perlahan lahan dan dia rasakan kepala serta belakang badannya sakit2. Dia masih lagi blur dengan kejadian yang berlaku di tepi pantai tadi. Yang dia ingat hanyalah Luthfi.

Aisy memandang Farah yang sedang duduk disebelah katilnya sambil tersenyum. Aisy bangun dari baring dan bersandar pada katil.

"Macam mana Luthfi?" Soal Aisy perlahan.

"He is fine."

"Saya nak jumpa dia" Aisy turun dari katil dan Farah terus membantunya untuk berjalan ke wad Luthfi ditempatkan. Bila Aisy masuk, Rezman dan Jai ada bersama dengan Luthfi ketika itu.

"Raja" perlahan je suara Aisy menyapa dan dia berjalan mendekati katil. Luthfi pandang Aisy risau kerana telah berjalan ke sana sini.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Luthfi dan Aisy duduk di birai katil. Walaupun jaraknya dekat dia tetap rasa lelah dengan keadaan yang masih lemah.

"Keluar dulu bro!" Rezman dan Jai sama2 keluar dan tinggalkan Luthfi serta Aisy disitu.

Aisy pandang Luthfi yang langsung tak hiraukannya walaupun dah berminit bertapa di sebelahnya.

'Tangan dia patah ke?' Soal hati Aisy bila melihat tangan Luthfi berbalut.

"Apa ni?" Soal Luthfi pelik bila Aisy pegang lengannya yang berbalut.

"Patah ke?" Soal Aisy gusar.

"Tak, sakit je" jawab Luthfi selamba.

"Thanks tolong tadi, kalau you tak ada, I tak tahu la nak cakap apa"

"Kebetulan je lalu situ. Pak we kau tak datang ke?" Soal Luthfi pula.

"Tak. Tak tahu kenapa dia tak datang. Mungkin dia rasa bersalah dah buatkan I cedera kut"

"Hebat betul positif dalam otak kau ni" Luthfi tersenyum sinis dan membuang pandang ke luar tingkap.

"Kenapa ni?" Soal Aisy bila rasakan sesuatu yang pelik. Pelik dengan perangai Luthfi kali ini.

"Tak ada apa, tak sangka ada awek yang positif macam kau ni. Beruntungnya Reza Azman" dengan nada sinis Luthfi memuji dan Aisy tersenyum bangga bila dia dianggap sebagai seorang yang baik walaupun hakikatnya tak.

"I yang beruntung ada dia, he is super romantic" puji Aisy lagi dan Luthfi buat muka meluat.

"Kenapa kau tak beritahu Aisy?" Soalan yang kedengaran dari wad itu buatkan Aisy membatalkan niatnya untuk menolak pintu malah dia dekatkan telinga pada pintu pula.

"Apa?"

"Pasal Reza"

"Tak perlu kut, aku tak rasa mamat tu akan berani nak dekat dengan Aisy lagi."

"Mana kau tahu? Macam mana kalau dia nak pedajal Aisy lagi? Bahaya"

"Aku tak rasa dia akan percaya cakap kita macam tu je, dia serius suka mamat tu"

"Masalahnya soal keselamatan, dia dah berani nak cederakan Aisy, silap hari bulan dia nak bunuh Aisy macam mana?"

"Susah la Man. Aku tak nak dia cakap kita saja nak burukkan Reza"

"Fie, kita ada saksi kut. Aku yakin yang Aisy akan percaya cakap kau"

"Tengoklah macam mana nanti"

"Tak boleh lengah lagi Fie"

"Kalau dia kecewa macam mana? Dia percaya betul kat mamat tu. Aku tak nak dia kecewa"

"Tapi Fie, lambat laun dia akan tahu jugak" .

Jeda.

Aisy memegang kemas tombol pintu dan dia berlalu dari situ dengan langkah lemah. Dia mula teringat bila dia jatuh dulu, orang terakhir yang sentuh kasut itu ialah Reza, baju yang Aisy pakai juga tajaan butik Reza. Scorpion? Lambang butik Reza. Accident motorbike? Bersama Reza. Bila Aisy ingat semua balik barulah dia sedar akan maksud kiriman bunga dari Reza.

'Be careful and good luck' Aisy rasakan itu datang dari hati Reza sendiri tapi hanya sekadar memberi amaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience