BAB 14

Romance Completed 25627

Aisy memandu pergi dan dia berhenti di hotel lima bintang di depannya. Aisy turun dari kereta dan terus menuju ke cafe yang dia selalu pergi. Semua mata fokus kepada Aisy yang melangkah masuk ke dalam cafe itu.

'Subjek datang' bisik Rezman pada Luthfi yang membelakangkan Aisy tika ini. Luthfi pandang ke depan dan dia mendekati Aisy.

"Nak minum apa cik?" Soal Luthfi seperti biasa.

"Coke" jawab Aisy malas dan dia pandang ke pantai.

"Sejuk?" Soal Luthfi lagi dan Aisy anggukkan kepalanya.

"Nah" Luthfi hulurkan segelas coke tapi Aisy hanya pandang gelas itu kosong. Keluhan berat Aisy lepaskan dan dia memegang gelas itu lama.

"I nak orange juice" Aisy menolak gelas itu dan meminta air lain. Luthfi hanya menurut dan sediakan jus oren.

"No, I nak kopi" pinta Aisy pula dan Luthfi turutkan je.

"With milk, not sugar" Aisy meminta lagi dan Luthfi terpaksa turutkan.

"Tea please" permintaan lain pula Aisy minta. Luthfi mula nak naik angin dan melihat deretan cawan dan gelas milik Aisy seorang.

"Green tea" pinta Aisy bila Luthfi siap dengan secawan teh. Luthfi letak cawan itu dengan kuat atas meja dan Aisy angkat muka pandang Luthfi.

"Raja..." perlahan je Aisy menyebut nama itu dan amarah Luthfi terus hilang.

"Berapa?" Soal Aisy setelah berbalas pandang dengan Luthfi.

"Lima puluh" jawab Luthfi tenang dan Aisy tanpa riak terus keluarkan not lima puluh.

"Baki" Luthfi hulurkan baki kepada Aisy. Dia hanya berbohong tentang jumlah tadi kerana ingin lihat reaksi Aisy berubah tapi tetap sama je.

Aisy tak pedulikan baki itu dan dia angkat kaki untuk beredar dari situ. Aisy berjalan ke arah pantai walaupun matahari tengah berdiri tegak atas kepala.

Luthfi dan Rezman sama2 berpandangan dan pelik dengan perangai Aisy.

"Aku rest 15 minit" Luthfi tanggalkan apronnya dan berlari mengejar Aisy.

"Woi! Gila ke?" Soal Luthfi lancang dan letakkan topi di atas kepala Aisy. Aisy menoleh dan matanya mengecil memandang wajah putih Luthfi.

"Jom duduk sini!" Ajak Luthfi kepada Aisy dan Aisy berjalan ke arah Luthfi. Aisy duduk disebelah Luthfi dengan selamba dan matanya menala ke arah tengah lautan.

"Bahaya jalan tepi pantai waktu macam ni" ujar Luthfi tenang dan Aisy tergelak kecil.

"Apa yang kelakar?" Soal Luthfi pelik.

"Well, pelik bila you ada setiap kali I nak buat benda bodoh" jawab Aisy tenang.

"Ya ke?" Soal Luthfi tak percaya.

"Ya la, bila I decide nak stay je dalam bilik persalinan tu sebab baju I koyak, you datang. Bila I nak lari dari hospital, you halang. Bila I nak main panas, you tak bagi. Kebetulan kan?" Soal Aisy pada Luthfi dan Luthfi terlongo bila dengar apa yang keluar dari mulut Aisy.

"Apesal kau order air banyak2 tapi tak minum?" Soal Luthfi alihkan topik perbualan mereka.

"Entah. Tak rasa nak minum kut" jawab Aisy senang.

"Membazir cawan je kau ni" marah Luthfi pula dan Aisy tergelak lagi.

"Basuh je la" jawab Aisy selamba.

"Kau ingat cafe tu ramai pekerja?" Jawab Luthfi tak nak mengalah.

"Raja, cafe perlukan pekerja tak? I nak kerja la"

Kata2 Aisy buatkan Luthfi ternganga lagi.

"Kau ni mengarut ke?" Soal Luthfi.

"I serius mati ni. Lagipun, I baru je kena buang kerja. Why not I dapatkan kerja baru ni. Please" pujuk Aisy dengan wajah kasihannya dan Luthfi masih lagi tak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Nak mengarut pun ada masanya. Tapi, betul ke kau kena pecat?"

"Tak ada la, I berhenti. Sekarang ni I jadi penganggur" jawab Aisy sambil tersenyum bahagia. Tak nampak macam orang menganggur kalau boleh senyum sampai ke telinga ni.

"Aku nak sambung kerja. Bye!" Luthfi mengatur langkah meninggalkan Aisy di bawah pokok seorang diri. Aisy memandang Luthfi yang pergi dengan geram.

"Tunggu je la Raja Laut! Aku nak jugak kerja kat situ" Aisy bertekad dan dia tersenyum senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience