BAB 2

Romance Completed 25627

'Oh, pasal dia la aku kat sini sekarang' pelayan itu dah ingat semuanya balik dan dia tersenyum sendiri.

'Tapi, dulu muka innocent je, sekarang ni muka opera cina je, tebal gila make up, boleh buat batas landslide ni' hati pelayan itu bercakap lagi.

'Make up ke cement buat rumah tu?' Soal Luthfi lagi.

'Betul ke dia? Mustahil tahap dinasour ada dalam zoo je' tangkas hati pelayan itu pula.

"Waiter, come here" Aisy yg sudah bosan diperhati dan di analisa memanggil pelayan itu supaya berdiri di depannya.

"I dont know wether I'm too pretty or you never see any woman before, but, it is wrong to analyse women like that" ceramah Aisy tajam dan pelayan itu tundukkan wajah sebagai tanda minta maaf.

"Waiter, no, Luthfi. What are you looking at actually?" Soal Aisy bila dia membaca nametag pada baju kerja pelayan itu.

"Maafkan saya cik. Kita pernah jumpa tak?" Soal pelayan yang bernama Luthfi itu teragak agak. Lain jawapn yang pelayan itu harap lain pulak yang dia dapat bila Aisy gelakkan dia.

"You nak try I ke? Kid?" Agak kasar juga bahasa yang Aisy gunakan tetapi pelayan itu cuba buat reaksi selamba.

'Muka macam tepung gomak, ada hati kata Luthfi no Lie ni nak try dia. Taste aku tutup litup ok' hati Luthfi berperang lagi.

"Tak ada la. Saya betul2 macam pernah nampak je cik ni" ujarnya sebagai pembelaan diri.

"Ada paper hari ni tak?" Soal Aisy dan tanpa faham apa2 pelayan itu mengangguk.

"Mana?" Pinta Aisy lagi. Pelayan itu ambilkan dan berikan pada Aisy. Aisy buka ruangan gosip dan tunjukkan pada pelayan itu gambarnya.

"Model" Aisy senyum sinis dan pelayan itu terkejut.

'Muka canggini jadi model? Rosak kamera' kutuk Luthfi lagi.

"Nah, including your tips. Btw, kalau nak try girl lain, use another trick. Your trick? Old style" Aisy tinggalkan cafe itu dan dia tinggalkan not seratus di atas meja. Agak melampau membayar satu gelas coke sebanyak itu.

"Berlagak! Tepung gomak ni" luah Luthfi menyampah. Dia tarik surat khabar itu dan baca tajuk terpampang besar.

"'Model terkenal, Aisy, the beauty of ice putus dengan pelakon terkenal, Rayyan'" baca Luthfi dan cebikkan bibir.

"Model terkenal ke badut? Aisy? Aisey man lagi baik" kutuk Luthfi lagi dan sambung kerjanya.

"Apa kau borak dengan dia? Aisy tu!" Teruja betul Rezman kawan sekerja, serumah Luthfi.

"Kau kenal badut tu?" Soal Luthfi hairan.

"Badut kau kata? Model terkenal tu!"

"So what? Pergi sambung kerja la!" Marah Luthfi dan dia teruskan kerjanya lagi. Dia paling tak suka public figure yang perangai berlagak seperti apa yang Aisy tunjukkan tadi.

Aisy dah naik rimas bila Rayyan asyik call dia sejak tadi. Dia buangkan phone dan baling ke dalam laut tanpa fikir panjang.

'Gila punya Rayyan' bentak hati Aisy dan dia teruskan berjalan tanpa haluan. Dia sukakan ketenangan dan sukakan laut di sebelah petang macam ni, padanya jika berpeluang melihat sunset adalah pengalaman terbaik yang dia ada.

Sudah jauh Aisy berjalan dan dia berhenti di satu tempat bila hari mula gelap. Aisy duduk di atas pasir dan biarkan matahari tenggelam di depan matanya, dia tak pedulikan malam yang sedang mendatang apa yang dia rasa sekarang adalah ketenangan.

Bila dia hanya duduk termenung di situ akhirnya hari sudah gelap dan Aisy bersedia untuk balik. Dia bangun dari duduk yang selesa dan mula berjalan tapi dia tak dapat nampak apa2 kerana hari sudah sepenuhnya gelap. Aisy keluarkan fon untuk mendapatkan sedikit cahaya supaya dia dapat berjalan dalam gelap, tapi dia dah buang telefonnya.

'Apesal aku duk termenung, sekarang dah gelap dah' Aisy merungut sendirian dan teruskan berjalan tanpa haluan. Dia terpaksa mencari jalan sendiri di dalam gelap itu.

'Nak call mintak bantuan dah selamat buang phone tadi. Bodohnya Aisy' Aisy kutuk dirinya sendiri dan menyesal yang teramat.

'Agak2 ada hantu tak kat sini?' Gumam Aisy sendiri dan sedikit hatinya mula rasa cuak. Aisy tetap berjalan walaupun dia dah tak nampak apa2.

'Agaknya, macam ni susahnya orang buta rasa' Aisy berfikir secara logik akalnya dan teruskan berjalan. Sambil dia berjalan dia bernyanyi lagu kanak2 untuk hilangkan rasa takutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience