BAB 23

Romance Completed 25627

Aisy masuk ke dalam rumah Luthfi kerana memenuhi jemputan dato. Luthfi dan Aisy terus ke ruang dapur kerana tiada orang di ruang tamu.

"Mummy" sapa Luthfi lembut dan memeluk tubuh tua itu erat. Datin ikut sama tersenyum dan membalas pelukan Luthfi.

"Eh, Aisy pun ada. Kenapa Fie tak cakap?" Datin melepaskan pelukan dan mengalih kepada Aisy. Aisy senyum dan mendekati datin lalu hulurkan tangan untuk bersalam.

"Aisy cantik betul, macam mama" seraut wajah itu dipandang penuh kasih sayang dan pipi Aisy disentuh lembut. Rasa rindunya mengalir melalui Aisy kepada sahabat baiknya yang dah meninggal.

"Mama lagi cantik aunty" balas Aisy pula.

"Macam mana kenal Luthfi? Selalunya kalau aunty pergi rumah Aisy, Luthfi tak pernah nak ikut"

"Aisy pun tak pernah datang rumah aunty. Aisy kenal Luthfi sebab dah banyak dia tolong Aisy" jawab Aisy ramah.

"Ya ke? Baguslah dah kenal. Dulu Luthfi cakap Aisy ni macam tepung gomak. Pelik la bila dah jadi kawan pulak" jawab datin bergurau. Aisy rasa macam nak pengsan je bila dia dengar datin cakap macam tu. Aisy pandang Luthfi tajam.

'Mampus aku!' Gumam Luthfi dan segera keluar dari dapur.

Selesai makan malam Luthfi dan Aisy balik semula ke hotel. Aisy dari tadi lagi duk tenung Luthfi tajam sampai Luthfi rasa rimas.

"Apesal kau ni? Aku hensem sangat ke?" Soal Luthfi selamba.

"Perasan! Kenapa you panggil I tepung gomak?"

"Dah kau pakai make up tebal macam ni. Nak cakap apa lagi" Luthfi membela dirinya dan langsung tak rasa bersalah dengan kata2 nya.

"Make up ni art! Cuba hargai art sikit" marah Aisy dan Luthfi tergelak lucu.

"Ya la. Kau nak aku minta maaf je kan? Sorry"

"Raja! You ni memang jenis menyakitkan hati jugak kan" bentak Aisy dan Luthfi tersengih.

Aisy turun dari kereta sebaik kereta berhenti dan terus menonong laju ke arah cafe tapi langkah dia terhenti bila ada satu tangan memautnya sehingga mereka berpelukan. Aisy memandang empunya tangan yang sangat berani ni dan dia ukirkan senyuman lalu memukul lembut badan lelaki yang memautnya. Luthfi yang melihat adegan itu terus mendapatkan Aisy dan menarik jauh Aisy daripada lelaki itu.

"Kau siapa? Kau nak apa?" Soal Luthfi kasar dan Aisy sudah selamat selindung di belakang Luthfi.

"Raja, apa awak ni?" Soal Aisy dan berdiri di sebelah lelaki itu semula.

"Raja, kenalkan ni A..."

"Adam Yusuff" laju je lelaki yang bernama Adam Yusuff ni perkenalkam dirinya siap hulurkan tangan untuk bersalam. Luthfi dengan wajah dingin menyambut huluran tangan itu dan dia segera meninggalkan Aisy bila tangan lelaki itu memeluk bahu Aisy erat.

'Berapa juta boyfren minah ni ada?' Geram betul Luthfi dengan kehadiran lelaki itu dan kemsraan Aisy padanya.

Adam dan Aisy saling berpandangan dan tersenyum sebab dah lama sangat tak jumpa.

"Siapa tu kakak? Anak ikan eh?" Soal Adam nakal dan Aisy tergelak.

"Bukanlah, kawan" jawab Aisy ceria.

"Berbeza betul taste kakak kali ni, comel kut muka dia"

"Bukan kawan macam tu la. Just a friend. Comel kan dia?"

"Comel. Sejak bila minat orang muda ni?"

"Ya Allah! Tak ada la sampai macam tu. He is my fren je la. Ada apa datang sini?" Soal Aisy pada Adam. Adam ni kalau tak bersebab susah jugak dia nak muncul depan Aisy.

"Kak, aunty Liza masuk hospital" perlahan je suara Adam memaklumkan berita itu. Tangan Aisy di pinggang Adam segera dileraikan dan dia memang muak dengar nama tu.

"Baguslah, dah nak mati ke apa?" Soal Aisy dingin dan berlalu dari situ tapi Adam menarik tangan Aisy daripada pergi.

"Kakak, sampai bila nak macam ni?"

"Sampai perempuan tak guna tu berambus dalam family kita! Kakak tak nak cakap pasal benda ni. Adik baliklah" Aisy terus menonong pergi dengan kesal. Dia rindukan Adam tapi Adam datang hanya untuk membawa berita yang dia sendiri tak nak tahu dan meluat je.

Adam mengeluh dan beredar dari situ. Dia tahu walau apa pun yang dia cakap tak akan ubah pendirian kakaknya yang keras hati dan keras kepala tu.

Aisy berjalan ke tepi pantai dan duduk bersila dibawah satu pokok. Suasana yang berangin itu tak mendinginkan hatinya langsung. Air mata dipipinya mula mengalir setiap kali dia teringat akan arwah mamanya.

Satu tuala kecil dihulurkan kepada Aisy dan Aisy mengambil tuala itu lalu tersenyum sedikit. Luthfi tanpa dipelawa duduk bersila disebelah Aisy.

"Gaduh dengan buah hati ke?"

"Buah hati apanya, dia adik I la" jawab Aisy perlahan, bukan hal itu yang mengganggu dia sekarang ini. Luthfi pulak terima berita itu dengan sedikit terkejut.

"Adik kau?" Soal Luthfi untuk mendapat kepastian.

"Ya" jawab Aisy lagi.

"Kenapa kau menangis?" Soal Luthfi lagi bila Aisy tak kelihatan berminat nak bercakap soal Adam Yusuff.

"Raja, apa you akan buat kalau your dad curang?" Soal Aisy sebak dan Luthfi terkebil kebil pula. Dia tahu yang mama Aisy dah tiada dan dia pelik bila Aisy persoalkan soal curang.

"Aku marah la"

"So, tak salah la I marah papa I kan?"

"Bergantung jugak. Sometimes kita rasa dengan protes tu kita betul. Tak semua lelaki curang kerana dia gatal atau tak setia, tapi ada cinta kedua dalam hidup dia" terang Luthfi tenang. Aisy pandang Luthfi dan menangis lagi.

"Tapi, papa I tak patut kawin lagi lepas mama pergi" sebak Aisy mengenangkan hari perkahwinan papanya adalah hari pertama dia balik dari luar negara.

"Aisy, kau tak patut hukum papa kau. Who is us? Allah yang tentukan jodoh kita"

"But, he cheated!" Aisy bertegas untuk salahkan papanya.

"How about you, lepas kau break with a man, kau connect with other man. It always have a replacement right?" Luthfi cuba letakkan diri Aisy sendiri di tempat papanya.

"Case I lain, we just a couple. Bukannnya husband and wife"

"Bila kita sayangkan seseorang dan kita tahu kita akan pergi, perkara pertama yang kita akan fikir ialah, siapa akan jaga dia nanti. Right?" Soal Luthfi pada Aisy yang hanya diam.

"Example, kau ada kids, then kau kena kerja. Kau rasa tak someone should take care of your kids. Right?" Aisy terus diam lagi.

"One day, bila kau dah rasa akan pergi, tapi kau ada suami dan anak. Kau tak fikir yang kau nak orang lain jagakan mereka bila kau tak ada?" Aisy terus diam lagi dan kali ini dia agak bersetuju dengan Luthfi. Perasaan seorang perempuan. Sayangnya seorang perempuan sehingga sanggup berikan yang terbaik.

'Mungkin mama yang minta semua ni' hati kecil Aisy berbisik lembut dan Aisy jatuhkan kepalanya atas bahu Luthfi. Dia memang rasa nak menangis sekarang ni.

"Papa kau happy tak?" Soal Luthfi setelah sekian lama diam dan beri ruang untuk Aisy berfikir.

"Happy, at first, bila mama tak ada, he was crying a lot. About three years. Then, he met my stepmother"

"Dia happy kan? Bukan ke kewajipan seorang anak doakan kebahagiaan dan kesejahteraan ibubapanya"

"Maybe you are right. I miss my family and I miss papa so much" luah Aisy dalam tangis dan Luthfi tersenyum. Aisy ni nampak je keras tapi manja yang amat dan mudah je nak bagi nasihat.

"You know what, mama kau lebih beruntung dari mama baru kau. Why?because she is first love papa kau. First love bawa sampai mati" Luthfi senyum pula dan Aisy rasa ketenangan menyapa hatinya. Wajah mamanya yang seakan tersenyum memandangnya buatkan dia kuat dan yakin untuk memaafkan papanya.

"First love? Mesti sakit kan tak dapat jadi first love husband kita?" Soal Aisy lagi.

"Maybe yes maybe not. Dapat jadi his love pun dah ok kut. Selalunya, orang yang jadi pengganti ni, akan bersyukur dan terima seadanya."

"I agree with that point, as a human. But, as a woman,it is sad"

"So, as a woman too, you shouldnt let your new mom feel that way. Menjadi yang kedua dah susah, tambah pulak dibenci. Its hurt. Kita tak tahu sama ada kita yang keberapa nanti"

"Betul jugak! Tak sabarnya nak dapat lelaki ke 10" senang je Aisy cakap dan Luthfi berkerut.

"Dah la jadi monyet" Luthfi bersuara mendatar dan bangun dari duduk dan berjalan pergi tinggalkan Aisy yang sudah ada angan untuk bercinta lagi. Baru je tadi dia break, sekarang dah berkobar kobar balik nak bercinta. Pening!

"Kurang asam! Panggil aku monyet!" Marah Aisy dan mengejar langkah Luthfi yang dah jauh di depan. Luthfi ukir senyum selambanya dan teruskan berjalan.

Aisy risau nak melangkah masuk ke dalam rumah banglo papanya itu. Dah lama dia tak menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. Dia memandang Luthfi yang hanya kelihatan tenang dan selamba.

"Kalau dia ni laki aku,aku dah bergantung kat dia ni" gumam Aisy resah.

"Weh, no worries la. Kau tahu kan yang semua orang risau sebab kau marahkan mereka. Bukannya dorang marahkan kau. Jadi, kalau kau masuk tak ada orang nak marah pun" Luthfi buka mulut dan Aisy diam je.

"Balik la! Lain kali kita datang. Raya ke" cadang Aisy cepat.

"Kau yakin ke kita hidup lagi masa tu. Now or not forever"

"Raja! You ni memanglah" geram betul Aisy kalau bab dipaksa ni. Luthfi tahan senyum dan melihat pintu rumah dibuka perlahan lahan. Bukan susah nak gertak Aisy ni sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience