BAB 18

Romance Completed 25627

Dua minggu Aisy bekerja dan semuanya berjalan dengan baik. Aisy semakin suka kerja di cafe itu walaupun penat sikit. Yang paling dia suka ialah, Luthfi semakin rapat dengannya dan dia senang berada di siai Luthfi.

"Jom kita tengok wayang malam ni!" Ajak Zura gembira dan yang lain ikut sama setuju.

"Raja nak belanja!" Aisy bersorak kuat dan Luthfi buat muka bengang.

"Sejak bila pulak aku cakap?" Soal Luthfi geram.

"Yes! Raja dah setuju" Aisy tak endahkan bangkangan Luthfi.

"Yay! Thanks Fie!" Zura, Rezman dan Nina dah teruja sangat nak keluar ni sebab Luthfi yang akan belanja. Aisy tayang muka tak berdosa bila Luthfi pandangnya macam nak telan.

Suasana gamat itu tenggelam seketika bila ada orang masuk ke dalam cafe. Semua orang pandang empunya diri dan Aisy segerakan langkah tinggalkan tempat itu.

"Aisy, I nak cakap dengan you ni" Reza membuka mulut dan langkah Aisy berhenti. Semua orang mula sambung kerja balik kecuali Luthfi. Tajam matanya menikam wajah Reza.

"Cafe dah nak tutup" Luthfi bersuara tegas.

"Aisy, I betul2 nak minta maaf. Bagi I dua minit je" pinta Reza merayu dan satu keluhan berat Aisy lepaskan lalu berjalan keluar dari cafe. Reza ikut sama keluar bila nampak Aisy keluar.

"Dua minit" Aisy bersuara malas.

"I bukan tak nak pedulikan you, tapi I takut sebab kasut rekaan I yang buatkan you jatuh. I rasa bersalah sangat dan takut you akan salahkan I. You tahu kan, I paling sedih bila you marahkan I. I takut you akan minta putus dengan I. Sebab tu I tak jumpa dan call you. I love you so much." Terang Reza bersungguh dan Aisy rasa hatinya lembut sedikit. Dia memang tak boleh bila Reza merayu padanya.

"Jadi, you tak sengaja?" Soal Aisy lembut.

"Yes. I risau gila."

"Kenapa baru sekarang you nak jumpa I?" Soal Aisy perlahan.

"Sebab you declare kita dah over. I cari you dah berhari, tak sangka you ada kat sini" pujuk Reza lagi dan Aisy ukirkan senyuman dan terima pujukan itu dengan hati terbuka.

Luthfi pandang ke luar cafe dengan perasaan jengkel. Dia nampak semuanya dengan jelas dan dia tahu keadaan mereka dah membaik sepenuhnya.

"Siapa tu?" Soal Rezman pada Luthfi.

"Boyfren dia la tu." Jawab Luthfi dan ke belakang cafe untuk tukar baju. Waktu kerja dah habis.

Bila semua orang dah siap untuk balik Aisy bawa Reza untuk perkenalkan pada kawan2 barunya.

"Reza, ni kawan2 I. Ra... Luthfi, Rezman, Zura dan Nina. Guys ni boyfren I, Reza" Aisy perkenalkan dengan ceria. Mereka bersalaman dan berbalas senyum ringkas.

"Sorry, tak dapat nak join tengok wayang malam ni, ada hal" pinta Aisy dan melirik pada Reza.

"Baguslah, kami pun ada hal jugak" Luthfi berkata dingin dan terus keluar dari cafe. Rezman tergesa gesa beredar sama kerana nak mengejar langkah laju Luthfi. Aisy hanya manpu pandang Luthfi yang pergi macam tu je.

Makan malam yang romantik Reza sediakan kepada Aisy bagi memujuk hati Aisy. Aisy sukakan suasana ditepi pantai yang nyaman dan tenang itu. Fikirannya melayan jauh dan Reza didepannya dilupakan buat seketika.

"Aisy, you fikir apa?" Soal Reza bila Aisy tak beri respon pada apa yang dia bualkan.

"Tak lah, I just nikmati malam ni" jawab Aisy tenang.

"Aisy, I..."

"Reza, boleh tak kalau malam ni kita tak payah cakap apa2. Just enjoy the moment. I like this feeling" Aisy terus nyatakan hasrat hatinya dan Reza hanya mampu mengalah dan terima keinginan Aisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience