BAB 19

Romance Completed 25627

Luthfi dan Rezman yang kebetulan lepak di tepi pantai ternampak Aisy dan Reza.

"Fie, macam mana progress kes tu?" Soal Rezman bagi mengelakkan Luthfi terus pandang ke arah Aisy.

"Entah la, zero je. Jai pun tak cakap apa2" jawab Luthfi dan mengalihkan pandangannya kepada Rezman.

"Bila dengar Aisy cakap pasal Mila, macam mustahil je Mila kan?" Rezman utarakan pendapatnya.

"Mungkin, tapi, kalau desperate sangat macam mana?"

"Betul jugak. Pening!" Keluh Rezman dan ikut sama berbaring beralaskan tangan seperti Luthfi.

"Fie, kau rasa Aisy betul2 sayang ke kat mamat tu?" Soal Rezman lagi. Luthfi pandang langit yang luas tanpa bintang itu. Fikirannya juga kosong.

"Mana aku tahu, ingat aku ahli nujum"

"Mana tahu kan." Rezman sengih sedikit bila Luthfi tak tunjukkan minat nak bercakap soal itu.

"Apa yang kau doa tu" soal Rezman pelik bila mulut Luthfi terkumat kumat membaca sesuatu.

"Aku doa malam ni hujan lebat dan angin kencang!" Jawab Luthfi dan bangun dari baring. Rezman ikut langkah Luthfi yang menonong pergi macam tu je. Pelik pulak Rezman dengan doa Luthfi kali ini.

"Raja! Dari mana?" Soal Aisy lantang bila Luthfi melewati tempat itu. Luthfi pandang Aisy sekilas dan memandang Rezman yang tengah berlari anak mengejar langkahnya.

"Baru habis dating." Jawab Luthfi selamba dan teruskan langkah kakinya. Aisy terdiam bila dengar Luthfi jawab macam tu dan dia rasa tak senang. Aisy pandang Reza.

"Dah nak hujan la, I nak balik. Esok I kerja" kata Aisy pada Reza.

"Ok. Jumpa esok?"

"Ok. Nanti you call I. I balik dulu" Aisy ambil begnya dan terus tinggalkan Reza di situ.

Aisy datang awal kerja hari ini kerana dia nak berbual dengan Luthfi tapi, Luthfi tak masuk kerja pulak pagi ni. Petang sikit barulah Luthfi masuk.

"Raja tak sihat ke?" Soal Aisy pada Rezman. Rezman senyum dan mengangguk. Rezman tahu yang Luthfi sengaja nak masuk petang pada hari ni sebab nak jumpa Jai.

"Raja sakit apa? Demam?" Soal Aisy lagi dan Rezman menggelengkan kepala.

"Sakit lelaki" jawab Rezman dan Aisy rasa otak dia dah berputar sampai pening. Sakit lelaki?

"Serius?" Soal Aisy mendapatkan keyakinan. Rezman ketawa pula sekarang ni. Kelakar bila wajah Aisy berkerut sampai macam tu sekali.

"Tak ada la, dia ada hal sikit" jawab Rezman betulkan keadaan dan Aisy anggukkan kepala sebab faham.

"Encik nak minum apa?" Soal Aisy dengan senyuman manis dibibir. Pelanggan lelaki itu tersenyum balik bila melihat Aisy.

"Kopi" jawab lelaki itu sepatah dengan senyuman pelik. Aisy dapatkan kopi dan hulurkan kopi itu kepada pelanggan tersebut.

"Tak sangka ada waiter cantik macam you kat cafe ni" Aisy pandang ulat bulu miang depan dia ni dengan menyampah dan tak pedulikan lelaki itu.

"Waiter, I nak tambah susu" lelaki itu memanggil Aisy lagi dan Aisy hulurkan pek susu tambahan.

"I nak you teman I minum, boleh? I akan bayar lebih" dengan kenyitan mata lelaki itu bersuara. Rezman tinggalkan kerjanya dan meminta Aisy menggantikan kerjanya.

"Saya boleh teman encik, sampai tahun depan pun boleh" jawab Rezman dingin dan lelaki itu tinggalkan duit atas meja dan berlalu pergi dengan segera. Aisy ukir senyum dan kembali ke kerja asalnya.

"Kalau ada lagi lelaki macam tu jangan layan" pesan Rezman.

"Selalunya Raja tak bagi I layan customer lelaki, hari ni dia tak ada, terpaksalah" Aisy menjawab dan Rezman tersengih. Luthfi dalam garangnya terlalu menjaga kebajikan Aisy sebenarnya dan paling malang, Luthfi sendiri tak tahu yang dia terlalu ambil berat mengenai Aisy.

Rezman membuat satu panggilan telefon bila waktu rehat mereka 30 minit.

"Apa Man? Pukul dua nanti aku masuk kerja la" Luthfi dengan malas memaklumkan perkara yang sama pada Rezman.

"Bukan pasal tu la, kau tak ada ni, ramai pulak customer lelaki yang datang. Dah la jenis menggatal semua. Ada yang nak pegang2 Aisy pun..." belum sempat habis sepenuhnya ayat Rezman, Luthfi dah matikan telefon.

Luthfi naik motorsikalnya dan datang ke cafe secepat mungkin. Bila dia sampai memang betul ramai pelanggan lelaki yang berada di depan Aisy. Luthfi menukar baju ke seragamnya dan terus ke meja depan. Aisy teruja bila nampak muka Luthfi muncul di situ saat dia perlukan.

"Aisy, pergi susun cawan" arah Luthfi tegas dan Aisy hanya menurut.

"Encik nak minum apa?" Soal Luthfi dingin dan ada pelanggan yang tinggalkan cafe dengan kadar segera. Rezman mendekati Luthfi dan menepuk bahu kawannya itu.

"Dah lama ke makhluk ni semua menyemak?" Soal Luthfi.

"Lama dah, kesian Aisy"

"Dah tu, kau tengok je ke?" Soal Luthfi bengang.

"Relax la bro. Mestilah aku tolong tapi tak cukup tangan kat sini" jawab Rezman dengan sengihan lebar. Luthfi merengus dan pandang Aisy yang khusyuk menyusun cawan.

"Aisy, jangan layan sangat pelanggan yang over" keras teguran itu dan Aisy anggukkan kepala.

"I selalu lega setiap kali you muncul depan I" ucap Aisy ikhlas sehingga Luthfi rasakan jantung dia dah berhenti berdenyut seketika.

"Dah, pergi sambung kerja" arah Luthfi mendatar dan Aisy ketawa kecil.

Luthfi pandang laut yang luas. Rezman disisinya langsung tak dipedulikan.

"Fie, aku rasa kes Aisy tu, libatkan orang yang dekat dengan dia la" Rezman bersuara pecahkan suasana sunyi itu. Luthfi pandang Rezman dengan kerutan di dahi.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Luthfi.

"Sebab, aku rasa lain macam je bila pandang Reza tu."

"Apa kaitan pulak dengan mamat tu?" Soal Luthfi hairan.

"Kalau kita sayang lain kita pandang dia, tapi, kalau ada maksud terlindung, lain pandangannya. Mata tak pernah menipu"

"Sejak bila kau tatap mata Reza?" Soal Luthfi selamba dan Reza tersengih ringkas.

"Firasat aku je tu. Yang pasti, aku tak percayakan Reza" Rezman tegaskan pendiriannya dan Luthfi yang buntu terus buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience